LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

TERNAKAN IKAN KELI

Pengenalan Ikan Keli Ikan keli termasuk di dalam keluarga Clariidae. Ia berbeza dari jenis-jenis ikan berduri yang lain daripada keluarga Ictaluridae seperti Ictalurus spp. Keluarga Schilbeidae seperti ikan patin dan keluarga Bagridae seperti ikan baung. Dua sepsis keluarga Clariidae yang biasa dikenali di negeri ini ialah keli bunga. Clarias Macrocephalus dan keli kayu, Claras batrachus. Ikan ini berupaya untuk hidup di dalam pelbagai keadaan dan mutu air. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil untuk diternak dan boleh distok lebih padat dari kebanyakan spesies lain. Ia boleh hidup di atas darat untuk beberapa jam atau di dalam air yang rendah kandungan oksigen terlarut kerana ia mampunyai organ arboresen yang membolehkannya bernafas untuk selagi alat pernafasan ini masih lembab. Ikan keli eksotika/Afrika, Clarias gariepinus/lazera dan kacukan Clari macrocephalus dan C. gariiepinus telah mula diperkenalkan dari Negara jiran pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan di negara kita. Info dari : Jabatan Perikanan Malaysia Asas Ikan Keli Ikan keli mempunyai misai yang terletak berdekatan dengan hidung. Ia berfungsi sebagai alat pengesan ketika bergerak dan mencari makanan. Ia juga mempunyai alat pernafasan tambahan yang disebut ‘arborescent organ’ yang tumbuh pada insang kedua dan keempat, sehingga ikan keli boleh bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Warna tubuhnya di mana terdapat ikan keli yang berwarna perang gelap dan perang terang, malah terdapat juga yang berwarna hitam. Ketika larva baru menetas, ia berukuran sekitar 3.4mm dan lebar mulutnya lebih kurang 0.28m. Setelah ia berusia 7 hari, sirip dada akan tumbuh sepanjang 7mm dan sirip perutnya berukuran 14.9mm. Larva akan mencapai bentuk yang sempurna apabila pembesaran yang jelas di antara sirip punggung, ekor dan anus yang akan kelihatan pada hari ke-22 dan panjangnya adalah 24.4mm.Ikan keli mempunyai sengat yang menjadikannya adalah sangat berbisa. Jika terkena sengatan ikan keli ini kesannya sedikit gatal dikawasan gigitan. Berdasarkan Weber de Beaufort(1965) ikan keli diklasifikasikan sebagai berikut;Filum : Chordata, binatang bertulang belakang.Kelas : Pisces, mempunyai insangOrdo : Ostariophysi, ikan yang mempunyai tulang pada bahagian atas sebagai alat pelengkap keseimbangan.Subordo : Siluroidae, berbentuk panjang dan tidak bersisik.Keluarga : Clariidae, ikan yang memiliki cirri khas dengan bentuk kepala pipihbertulang keras, sirip dada dilengkapi dengan sengat sebagai senjata dan alat Bantu untuk bergerak serta memiliki alat pernafasan tambahan dimana ia boleh menghirup oksigen dari udara bebas.Genus : ClariasSpesis : Clarius batrachus. Syarat – syarat kehidupan Ikan keli hanya hidup di kawasan air tawar sahaja. Ikan keli boleh hidup di kawasan dataran rendah dan dataran tinggi hingga ketinggian 700m pada paras laut. Ikan keli dapat dipelihara di perairan rendah kandungan oksigennya seperti di dalam parit, kolam atau tempat takungan lebihan air. Ini disebabkan olet alat pernafasan tambahan yang ada pada ikan keli membolehkannya bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Malah ikan ini juga tahan kepada bahan-bahan organik. Cara hidup ikan keli 1. Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan seperti palet diberikan.3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri. Menentukan lokasi penternakan Lokasi penternakan yang tepatLokasi penternakan dikatakan tepat jika telah menepati aspek iaitu aspek social, ekonomi dan teknikal. Aspek sosial ini bermaksud menggunakan sumber yang terdapat di sekitar lokasi secara optimum. Sumber yang dimaksudkan bukan hanya dari sumber semulajadi tetapi juga sumber manusia iaitu tenaga kerja, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan.Manakala aspek ekonomi pula, jarak lokasi kegiatan penternakan dengan tempat penjualan hasil adalah penting untuk dipertimbangkan. Ini juga bertujuan untuk menjamin kesegaran ikan tersebut apabila dijual kepada pengguna.Aspek teknikal merupakan tenaga kerja yang pakar tentang ikan keli adalah diperlukan dari segi biologi, pembesaran, pencegahan haiwan pemangsa dan penyakit, penyediaan makanan dan pengumpulan. Ternakan Pada masa ini ternakan ikan keli dijalankan didalam sawah padi, kolam2 tanah, kolam kanvas dan tangki konkrit. Pada asasnya sistem pengeluaran ikan didalam sawah padi adalah berbentuk perangkap dimana ikan liar dari parit dan taliair atau telaga memasuki petak sawah yang ditenggelami air pada awal musim. Pengurusan petak sawah bagi menggalakan pertumbuhan plankton saperti pembajaan dan baja organik tidak dibuat. Ikan juaga tidak diberi makanan tambahan. Ikan2 yang biasa dituai ialah ikan keli kayu, Clarias batrachus, keli bunga, C.macrocephalus, ikan haruan Channa striatus dan ikan sepat, Trichogaster pectoralis. Antara halangan bagi ternakan ikan dalam sawah ialah tanaman padi dua musim yang menyebabkan tempoh tanaman yang singkat, kaedah mekanissasi intensif dan penggunaan racun perosak yang meluas.Ternakan didalam kolam dijalankan secara semi-intensif, dimana kadar kemasukan adalah diantara 10 - 30 ekor/m2. Makanan rumusan atau perut ayam yang telah direbus serta bahan2 sampingan pertanian saperti hampas kacang soya/kelapa digunakan. Tempoh ternakan adalah 3 - 4 bulan, terutama bagi keli eksotika.Ternakan ikan keli dalam tangki konkrit dan tangki fibreglass/kanvas semakin mendapat perhatian orang ramai, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang besar. Saiz tangki konkrit digunakan berbeza2, biasanya tangki bersaiz 3m x 5m dengan kadar kemasukan lebih kurang 100/m2 digunakan. Penggredan Ikan Keli Ikan keli yang diternak samaada menggunakan kolam simen atau tanah perlulah dipantau sepanjang masa. Pemantauan dibuat bagi memastikan pembesaran keli yang sama dan sekata bagi mengelakkan pemangsaan sesama sendiri. Perlulah diingatkan bahawa keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Ia mudah tertarik dengan pergerakan haiwan lain dan mempunyai tunas rasa di sekitar badannya. Ini menjadikan spesis ini mampu menghidu pada waktu malam ( gelap ). Kerja – kerja pengasingan keli yang besar dan agresif perlulah dilakukan bagi mengelakkan peratusan kematian yang tinggi. Sebanyak 10 % keli yang bersaiz besar kebiasaannya ada sepanjang tempoh penternakan keli ( dari 2minggu ke atas ). Oleh yang demikian pada setiap 2 atau 3 minggu kerja – kerja penggredan haruslah dilakukan menggunakan jaring yang bersesuaian. Penggredan boleh dilakukan pada sebelah petang untuk mengelakkan tekanan / stress kepada ternakan keli. Masa penggredan : 5 – 7 petang. Pemerhatian Ternakan Masalah yang perlu diberi perhatian di dalam penternakan ikan keli dalam kolam simen adalah spt. Berikut : 1. Kedalaman air yang sesuai : jangan benarkan ikan keli anda berkumpul sehingga menjadi bola / bulatan / berhimpun berlapis - lapis. Jika ini terjadi bermakna air kolam terlalu banyak / dalam dan perlu dibuang sehingga ikan tersebut bersurai ( 2-3 lapis sahaja ). 2. Ikan keli yang kelihatan menegak dengan misai terjurai dipermukaan air menandakan terdapat masalah. Cuba periksa pH air kolam dan suhu air ternakan. 3. Petua orang dahulu dengan meletakkan batang betik di dalam kolam ternakan boleh diamalkan ( tanpa paksaan ) untuk mengelakkan penyakit. 4. Ikan keli terutamanya peringkat 1 – 30 hari adalah haiwan yang malas kerana sanggup mati daripada berulang alik dari dasar ke permukaan air untuk bernafas ( mendapatkan oksigen / udara segar ) oleh itu pastikan paras air di kolam anda adalah sesuai. 5. Jika cuaca panas terik, lindung ternakan anda menggunakan pelepah kelapa, potongan pvc paip, kotak2 plastik di dasar kolam ataupun menggunakan jaring hitam / black netting di permukaan ban kolam. 6. Ambil perhatian sekiranya anda menggunakan jaring hitam / black netting, pastikan udara / angin masih boleh melalui permukaan kolam bertujuan untuk penyingkiran gas ammonia yang terhasil daripada sisa pellet, makanan, dan bahan buangan ternakan ( tinja ikan keli ). 7. Kutip sisa makanan, pellet yang tidak habis untuk menggelakkan penguraian ammonia kerana ammonia amat larut di dalam air. Ini akan menjejaskan ternakan anda dan meningkatkan kadar % kematian ikan keli. 8. Jangan beri makan pada waktu mendung dan hujan. 9. Ikan keli yang agresif dan mempunyai saiz yang besar perlulah dikeluarkan daripada kolam ternakan. 10. Tips untuk melihat jumlah ikan keli anda, lihatlah pada waktu malam menggunakan lampu suluh kerana ikan keli tidur dipermukaan kolam. ( matanya akan bersilau warna merah sekiranya disuluh lampu ). 11. Pemangsa ikan keli anda adalah biawak, burung hantu, raja udang, ular, memerang, kucing, dan yang paling bahaya sekali adalah penyamun tarbus ( buat keje malam-malam). Penggangaran Makanan Dilakukan pada setiap 2 minggu dengan cara seperti berikut : 1. Tangkap 10 ekor ikan secara rawak. 2. Timbang. 3. Ambil purata berat seekor. 4. Darab bilangan ikan dalam kolam. 5. Jumlah berat keseluruhan ikan. 6. Kira keperluan makanan berdasarkan jadual dibawah. Hari Peratus dari berat badan : 1. 1-30 - 5 % 2. 31 - 60 - 3 % 3. 31 - 90 - 3 % Pemberian Makanan 1.Jangan beri makan ikan pada waktu mendung dan hujan. 2.Jangan beri makan 12jam selepas pelepasan benih. 3.Beri makan 2 kali sehari dari : • 9 – 11 pagi . • 5 – 7 petang. Pengutipan Hasil Ikan keli yang diternak menggunakan kaedah dan pemakanan yang betul akan mencapai saiz pasaran pada hari yang ke 90. Ikan yang awal mencapai saiz pasaran ( 4 – 5 ekor / kg ) perlulah dikeluarkan daripada kolam dan boleh dijual. Masa yang sesuai bagi pengutipan hasil adalah dari jam : 1. 9 – 11 pagi. 2. 5 – 7 petang. Berhentikan pemberian makanan 24 jam sebelum ditangkap / tuai. Penyakit Ikan Pacat halus sedut darah HIRUDINEA sejenis parasit (pacat) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ia berbentuk bujur dan mempunyai alat penyedut yang mampu menyedut darah mangsa. Hirudinea lebih minat menyerang pada ikan tidak bersisik, terutama keli (Clarias sp.), baung (Mystus sp.) dan juga patin (Pangasius sp). Banyak spesies Hirudinea yang menyerang ikan, antaranya Genus Placobdella dari keluarga Glossiphonidae. Lazimnya ia hanya menyerang ikan air tawar. Tanda serangan pacat ini boleh dilihat dengan mudah terutama pada bahagian badan ikan. Biasanya, ikan sering menggeselkan badannya pada bahagian dinding kolam akibat kegatalan. Bahkan, ia sentiasa bergerak liar tidak tentu arah. Pada bahagian badan terdapat tanda tompokan merah yang jelas. Bintik merah ini semakin jelas jika serangan pacat yang begitu serius. Beberapa kaedah rawatan atau pencegahan boleh dilakukan. Antaranya ialah air kolam hendaklah sentiasa berkeadaan bersih. Sebaik-baiknya, air kolam yang digunakan hendaklah dirawat terlebih dulu dalam kolam takungan sebelum dimasukkan ke kolam ternakan.Kaedah rawatan air ini penting bagi mengelak berbagai jangkitan parasit merbahaya yang akan menyerang ikan ternakan. Tunggul kayu yang terdapat dalam kolam juga hendaklah dibuang. Ini kerana bahagian tunggul atau kayu reput adalah sarang parasit serta tempat pembiakan berbagai virus penyakit. Selain itu, semua alat yang digunakan di kolam yang terkena serangan penyakit hendaklah diasingkan dan jangan digunakan di kolam lain. Ini berikutan wabak penyakit boleh berjangkit melalui penggunaan alat yang kurang bersih. Rawatan menggunakan Diptrex juga boleh digunakan. Sebanyak 0.25ppm Diptrex boleh digunakan dalam kolam tangki atau 0.5ppm untuk kolam tanah. COPY FROM : http://dedapagro.webs.com/asasternakanikan.htm Share

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP