LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

USAHAWAN TERNAK JAYA RUMINAN - SELANGOR




Berkat kesabaran dan kerja kuat semua kakitangan Ladang Ternakan Ulu Yam kami di anugerahkan USAHAWAN TERNAK JAYA RUMINAN - Peringkat Negeri Selangor pada 21hb December 2010 sempena Hari Peladang,Penternak Dan Nelayan. Terima kasih di ucapkan atas sokongan anda semua....Wassalam.....


Read more...

LAWATAN BANK RAKYAT - IKS




Lawatan kakitangan Cawangan Bank Rakyat di setiap negeri untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana perjalanan perniagaan Ternakan Lembu dan Kambing.


Read more...

TADIKA SPACE ART - KEPONG











Lawatan semasa cuti sekolah pada December 2010...Anak2 Tadika ini sangat teruja apabila dapat mendampingi ternakan yang ada di Ladang Ternakan Ulu Yam




Read more...

Akhlak dalam pemasaran

Akhlak dalam pemasaran

DIkirim oleh epondok di Februari 28, 2010

Rate This
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN


PEMASARAN adalah antara aspek penting dalam sesebuah institusi perniagaan. Institusi-institusi ini bukan sahaja perlu menitikberatkan persoalan pengeluaran produk yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Namun mereka juga perlu proaktif membina rangkaian perniagaan melalui pemasaran produk yang berkesan.

Pihak pengurusan sebuah syarikat perniagaan perlu melihat persoalan ini secara bersungguh-sungguh. Disebabkan kurangnya penekanan kepada aspek pemasaran, maka produk yang diperkenalkan tidak berjaya sampai kepada masyarakat.

Institusi kewangan Islam perlu lebih inovatif untuk mengeluarkan produk-produk yang dapat memenuhi keperluan ummah dan menjamin kemaslahatan mereka. Bukan hanya untuk memenuhi dan mengejar sasaran tahunan semata-mata. Memiliki produk yang berkualiti tidak cukup jika tidak digandingkan dengan kaedah dan strategi pemasaran yang baik.

Institusi kewangan Islam adalah antara entiti penting yang terlibat dalam jihad membangunkan sistem ekonomi Islam. Sebagaimana maklum, dasar dan pembawaan operasi institusi-institusi ini perlu mengambil kira persoalan dosa dan pahala. Hukum-hakam Allah SWT tidak boleh dikesampingkan demi mencapai keuntungan yang disasarkan.

Islam tidak pernah menghalang kita untuk mendapatkan keuntungan, namun biarlah keuntungan tersebut diperolehi dalam ruang lingkup batasan-batasan yang telah digariskan oleh al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

Semua individu yang bekerja di institusi-institusi kewangan Islam memikul tanggungjawab yang besar untuk memperkenalkan dan menyebarkan sistem kewangan Islam kepada seluruh lapisan masyarakat.

Semua warga kerja institusi kewangan Islam, dari perspektif Islam, mereka adalah daie (pendakwah) yang menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Mereka merupakan kelompok yang secara langsung atau tidak langsung yang mula-mula berinteraksi dengan pelanggan.

Pelanggan pula merupakan mad’u (orang yang diseru) dalam memasarkan produk yang berteraskan sistem muamalah Islam.

Sebenarnya, individu-individu yang berada di industri kewangan Islam khususnya yang terlibat dalam aktiviti promosi dan pemasaran produk-produk perlu bangga dengan kerjaya tersebut.

Mereka mempunyai peluang untuk bertindak sebagai pendakwah sekali gus sebagai penyelamat manusia daripada bergelumang dengan dosa-dosa riba, judi dan lain-lain.

Oleh yang demikian, niat yang betul perlu dipasakkan ke dalam hati mereka agar semua tugas yang dijalankan mempunyai nilai di sisi Allah SWT.

Oleh sebab itu, maka institusi-institusi kewangan Islam perlu menyediakan kursus-kursus latihan untuk individu-individu ini kerana mereka berada di barisan hadapan untuk bertemu pelanggan.

Pihak syarikat perlu melahirkan tenaga pemasaran yang mempunyai kefahaman dan keyakinan dengan sistem kewangan Islam di samping memiliki akhlak sebagai seorang ‘pendakwah’.

Dalam mengendalikan proses pemasaran produk, pihak institusi kewangan Islam perlu memastikan semua konsep, mekanisme, bahan-bahan dan aktiviti pemasaran hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

Ini untuk memastikan imej institusi kewangan Islam terjaga di mata masyarakat. Antara aspek penting dalam aktiviti pemasaran yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan produk.

Mematuhi syariah

Produk yang ingin dipasarkan mestilah mematuhi syariah. Pengeluaran produk-produk perlu melalui kelulusan Jawatankuasa Syariah yang dilantik oleh institusi kewangan berkenaan.

Ini selaras dengan peruntukan pembentukan Jawatankuasa Syariah sebagaimana termaktub dalam Seksyen 5(b) Akta Takaful 1984. Sebagaimana yang telah dijelaskan, produk berkenaan juga hendaklah mengambil kira keperluan semasa serta menjamin kemaslahatan ummah.

Ini kerana, mungkin ada produk-produk yang telah mengikut lunas-lunas akad muamalah, namun tidak sesuai untuk kebaikan syarikat dan masyarakat. Maka tentunya ia tidak wajar dikeluarkan.

Semasa urusniaga di antara pihak syarikat dan pelanggan mestilah berlaku dengan memelihara rukun-rukun dan syarat-syarat kontrak yang digunapakai. Sebagai contoh, sekiranya menggunakan kontrak jualan (bai‘), maka rukun-rukun seperti penjual, pembeli, barang dan sighah perlu dicermati agar kontrak tersebut sah dan tidak batal.

Produk atau barang yang hendak dijual mestilah jelas, wujud dan mampu diserahkan kepada pelanggan mengikut masa dan harga yang dipersetujui bersama. Sekiranya gagal dipatuhi, maka kontrak tersebut adalah haram kerana mengandungi unsur gharar (keraguan).

Ia jelas dilarang berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti. (riwayat Muslim)

Elemen yang penting juga dalam pemasaran adalah harga. Penentuan harga produk mestilah dibuat secara adil dan mengikut pasaran semasa. Tidak wajar pihak syarikat mengenakan harga yang tinggi sehingga menyukarkan pelanggan untuk mendapatkannya.

Akhirnya, para pelanggan tidak mempunyai pilihan kecuali beralih kepada institusi yang tidak patuh syariah. Ejen-ejen pemasaran mesti menerangkan ciri-ciri produk secara jelas supaya dapat difahami oleh pelanggan.

Ini termasuklah harga produk, metod pembayaran, upah dan manfaat kepada pelanggan. Selain itu, mereka tidak boleh memberikan tekanan kepada pelanggan untuk membuat pembelian dan sekiranya perlu, para pelanggan tersebut diberikan masa untuk membuat pembelian.

Saluran atau medium adalah aspek seterusnya yang penting dalam sesuatu aktiviti pemasaran. Saluran atau medium pemasaran perlu mengikut prinsip-prinsip syariah.

Institusi kewangan Islam perlu mempunyai garis panduan syariah dalam penganjuran program pemasaran kepada pelanggan-pelanggan seperti taklimat produk, kempen promosi produk, konvensyen, seminar dan sebagainya.

Penganjuran dan perjalanan program-program tersebut perlu dipantau supaya tiada unsur yang tidak mematuhi syariah seperti hidangan minuman keras, majlis hiburan serta maksiat, percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas dan sebagainya.

Periklanan

Seterusnya adalah pengiklanan. Iklan digunakan untuk mempromosi produk khususnya kepada masyarakat yang sukar dikunjungi. Ia adalah lebih efektif dan menjimatkan masa.

Namun, iklan yang dipaparkan melalui televisyen, radio atau akhbar perlulah menerangkan ciri-ciri sebenar produk berkenaan. Ia tidak boleh digambarkan secara berlebih-lebihan sehingga memukau dan menipu pengguna.

Sabda Nabi SAW: “Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, golongan orang-orang yang benar dan para Syuhada”. (riwayat Tirmidzi)

Bahan-bahan percetakan yang diperlukan dalam memasarkan produk seperti brosur dan risalah perlu dipastikan tidak mengandungi bahan-bahan yang bercanggah dengan syariah seperti gambar, imej atau perkataan yang berunsurkan maksiat atau yang boleh menjejaskan reputasi syarikat sebagai institusi kewangan Islam.

Sebagaimana yang telah difahami, pelanggan adalah merupakan sebuah aset penting kepada industri perniagaan. Sebagai daie, kita perlu bertanggungjawab menjaga etika dan adab dalam berurusan dengan mereka.

Sikap amanah perlu wujud dalam diri agar pihak pelanggan meyakini dan mempercayai syarikat dan sekali gus dapat menarik minat masyarakat kepada sistem kewangan Islam.

Keadilan kepada peserta yang memberikan kepercayaan penuh terhadap kita dengan harta dan masa depan mereka akan terjejas sekiranya terdapat sikap rakus dan tidak amanah warga kerja institusi kewangan Islam. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab: 72)

Ejen-ejen pemasaran perlu mengelak mengkritik atau memburuk-burukkan pesaing. Mereka perlulah menonjolkan kelebihan-kelebihan yang ada pada produk yang ditawarkan berbanding memburukkan syarikat yang lain.

Sekiranya sikap memburukkan pihak lain ini diteruskan, maka ia akan menyebabkan berlakunya suasana yang tidak harmoni dalam industri perniagaan terbabit. Mereka juga perlu memahami dengan sebetulnya ciri-ciri produk yang ditawarkan.

Kadang-kadang terdapat pelanggan yang perlu diberikan layanan istimewa untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi melakukan pembelian atau mendapatkan perkhidmatan syarikat.

Layanan istimewa ini sebenarnya tidak dilarang oleh Islam. Namun, mestilah memastikannya berada pada garisan yang betul mengikut kehendak syariah dan prinsip-prinsipnya.

Justeru, layanan tersebut tidak boleh sampai ke peringkat melakukan perkara-perkara haram seperti rasuah, pelacuran, minuman keras dan hiburan yang berunsurkan maksiat.

Inilah beberapa elemen yang perlu diperhalusi oleh semua mereka yang terlibat dengan institusi perniagaan yang berasaskan Islam. Kita mungkin begitu bersungguh-sungguh menggerakkan syarikat untuk mencapai tahap yang diinginkan oleh Lembaga Pengarah syarikat.

Namun, dalam banyak keadaan kita lupa untuk memenuhi tahap yang diinginkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya rezeki bukan datangnya daripada manusia, namun ia mutlak datang daripada Allah SWT.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kejayaan yang hakiki dari sudut pandangan Islam adalah apabila kita dapat meraih keuntungan dunia dengan mendapat reda Allah SWT hasil usaha yang optimum dan berdasarkan syariah Allah SWT. Hidup berkat, akhirat pasti akan selamat.


Share

Read more...

ADAPTASI KONSEP 4P MENURUT ISLAM

ADATASI KONSEP 4P MENURUT ISLAM


1- Produk (Produk)
Rasulullah S.A.W memasarkan barang dagangan atau produk yang menepati citarasa pengguna di kalangan masyarakat Arab. Baginda turut mengutamakan kualiti produk sepertimana Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai manusia! Makanlah apa yang baik & dihalalkan di dunia & janganlah kamu mengikuti langkah syaitan" (Al-Baqarah: 168)

2- Promosi (Promotion)
Promosi adalah aspek penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa promosi yang betul akan mengundang kegagalan yang memeritkan. Walau Rasulullah S.A.W menyedari betapa pentingnya promosi dalam melakukan perniagaan, baginda tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual & pembeli. Baginda tegas mengatakan bahawa seorang peniaga yang baik perlu menjauhi diri drpd sumpah/janji yang berlebihan dan melampaui batas. Daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan" (Direkodkan oleh Muslim)

Seterusnya dlm satu hadith baginda bersabda :

" Yang dinamakan jualan palsu adalah usaha utk melariskan barang dagangannya, lagi berusaha dgn cara yang tercela" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

3- Penetapan Harga (Pricing)
Harga sesuatu barang dagangan/jualan amatlah penting. Dalam proses penetapan harga, Rasulullah S.A.W mengamalkan konsep tertentu yang dapat difahami dalam hadith di bawah daripada Abdullah bin Umar :

"Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri"
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)

Jika diteliti dalam hadith di atas, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang. Namun baginda amat mengesyorkan persaingan yang sihat dgn menekankan kpd kualiti produk & memberi nilai hebat kpd pelangan dr produk yang dipasarkan...

4- Pemilihan Lokasi (Place)
Semua peniaga telah maklum tentang betapa pentingnya lokasi/pemilihan tempat dalam perniagaan. Di zaman Rasulullah lebih 1400 tahun dahulu, faktor pemilihan tempat amatlah ditekankan oleh baginda. Pasar-pasar di sekitar Makkah menjadi tumpuan baginda kerana di situlah pedagang-pedagang luar berkumpul dan mengedarkan barangan yang dibawa.

Baginda telah berusaha menempatkan dirinya di kalangan peniaga di sekitar Makkah terutamanya di pasar-pasar besar yang menjadi tumpuan sejak dari kecil lagi. Di sanalah juga Rasulullah S.A.W menjalinkan jaringan sebanyak mungkin dgn para pedagang tempatan & luar Makkah. Di samping itu baginda mementingkan hubungan yang baik dengan semua pelangannya.

Baginda telah melarang beberapa strategi yang tidak adil contohnya strategi yang boleh membebankan petani-petani di kampung dan juga bakal pelangan. Ini dapat difahami dgn lebih jelas dalam hadith baginda S.A.W daripada Jabir :

" Tidaklah dibolehkan penduduk kota menjadi perantara niaga bagi orang di desa. Biarkanlah orang memperoleh rezeki Allah satu daripada yang lain."
(Direkodkan oleh Muslim).

Dapat difahami secra umumnya, semua strategi yang mengundang kepada ketidakadilan dan kezaliman kepada mana-mana pihak adalah dilarang menurut Rasulullah S.A.W dan wajib dielakkan diamal oleh para peniaga. Etika & amanah serta jujur dalam berniaga amat penting demi
PETIKAN DARI http://www.wangcyber.com/forum/archive/t-36252.html
Share

Read more...

PEMASARAN @ MARKETING

Salam Penternakan

Semalam selesai sudah Farm Business Talk edisi Disember 2010.Kehadiran hampiri maksimum LTU iaitu 10 perserta.Permasalahan dan kecacauan pemikiran bagi Usahawan baru adalah PEMASARAN.
Nak tulis pasai pemasaran bukanlah saya terlalu expert tapi sekadar perkongsian boleh la kot.

4P - Marketing Tools - Klasifikasi yang paling terkenal alat pemasaran 4P, iaitu:
1.produk,
2.harga,
3.tempat, (place)
4.promosi.

1.Produk kita adalah ternakan yang sihat,berkualiti dan berdaya saing
2.Harga ternakan setanding atau menyamai atau murah dari persaing kita
3.Tempat (place) lokasi kita mudah dihubungi.Contoh berhampiran jalanraya atau mudah dilawati.
4.Promosi .Akitiviti ini meminta kita agar lebih agresif.Promosi ternakan paling mudah :-
- Mengedarkan risalah produk ke Masjid dan tempat ibadat,pasar,maslis perkahwinan,majlis keramaian,hospital (wad bersalin) dan karnival yang dianjurkan oleh kerajaan atau swasta.
- Penggunaan ICT seumpama blog (percuma0 laman Web (berbayar) telekomunikasi
- Media Cetak dan Media Elektronik
- After Sale servis.Ianya membantu kita mendapat pelanggan baru dari recommend pelanggan lama yang berpuas hati dengan servis yang kita berikan.Dizaman serba maju ini,harga bukan menjadi beban utama TETAPI cara kita berkomunikasi dan keikhlasan membantu mereka menjadi pilihan.Walaupun harga yang kita tawarkan murah tetapi sikap angkuh kita membuat PELANGGAN muak dan meluat .

Sekiranya anda mempunyai pendapat lain sila kemukakan di ruang komen untuk kita berkongsi bersama.




Share

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP