LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

DARI UTUSAN MALAYSIA

Krisis makanan ancaman dunia

SEJAK jutaan tahun dahulu dunia diciptakan Tuhan dengan iklimnya sentiasa berubah mengikut caturan serta putaran cuaca sebagai mana kehendak-Nya.
Jika dahulu semasa zaman prasejarah (dinosaur) kehidupan bumi diliputi hutan tropika, sesetengah tempat diliputi ais, beku serta sejuk.
Perubahan demi perubahan iklim berlaku sehingga haiwan-haiwan pra sejarah tersebut kini telah bertukar menjadi fosil namun arus perubahan tersebut tidak pernah terhenti pada titik tertentu.
Kini, kita sekali lagi merasakan perubahan iklim tersebut di mana saintis mendapati suhu di bumi semakin meningkat secara mendadak saban tahun.
Sesetengah saintis berpendapat perubahan iklim merupakan aturan bumi atau lebih tepat ia bersifat semulajadi, namun sebahagian pula mengatakan ia akibat kerakusan aktiviti manusia itu sendiri.
Bagaimanapun, ia terus menjadi perdebatan hangat yang tidak berkesudahan di kalangan mereka.
Bagi sesetengah pihak pula mendakwa kenaikan suhu bumi secara mendadak bermula sejak era revolusi perindustrian yang berlaku di seluruh dunia beberapa abad terdahulu.
Maka, teori yang paling tepat adalah aktiviti manusia itu sendiri telah mendorong ke arah perubahan iklim yang sangat pantas berlaku terhadap bumi kini.
Mengapa? Perhatikan, sehingga kini perkembangan sektor perindustrian menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida (CO2) secara berleluasa menjadikan hampir keseluruhan bumi kini dilitupi gas tersebut.
Hal demikian menyebabkan hawa panas daripada sinaran mentari yang diterima bumi tidak dapat dipantulkan semula ke angkasa lepas kerana terperangkap dalam litupan gas yang mengelilingi bumi.
Maka wujud fenomena menggerunkan menyelubungi saintis dunia yang dikenali sebagai kesan rumah hijau.
Apakah kesan rumah hijau? Bayangkan anda sedang berada di dalam sebuah balang kaca yang sedang dipancarkan dengan sinaran matahari terik tanpa ada sebarang pelindungan, apakah yang akan terjadi?
Pastinya anda akan kepanasan, sesak nafas, berpeluh dan mungkin mengakibatkan berlakunya penyahidratan dan akhirnya pengsan.
Kejadian musim kemarau bertambah panjang menyebabkan sesetengah tempat berubah menjadi gurun dan tidak lagi sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian.
Jadi apakah kaitan situasi perubahan iklim ini terhadap stok makanan dunia?
Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keselamatan Makanan (CEFSR), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jinap Selamat, perubahan iklim mampu meningkatkan bencana alam kepada tahap yang tidak dapat dijangka.
"Perubahan iklim bukan berkenaan kenaikan suhu dunia sahaja, ia termasuk perubahan sistem ribut yang lebih kuat, kemarau yang panjang, serta peningkatan aras laut yang melampau.
"Apa yang lebih membimbangkan adalah, perubahan ini mempengaruhi pengeluaran makanan, jaminan makanan serta keselamatan makanan untuk manusia itu sendiri," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang baru-baru ini.
Jelas Jinap, terminologi tersebut kadang kala digunakan khusus merujuk kepada perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia.
Malah, ujar beliau, Malaysia juga mencatatkan kenaikan suhu antara 0.5 hingga 1.5 darjah celsius dalam masa 40 tahun kebelakangan ini dan kenaikan tersebut terus meningkat tanpa ada tanda-tanda akan kembali menurun.
Lebih mencemaskan, peningkatan suhu dunia secara mendadak mampu mempengaruhi sifat, taburan dan kelaziman patogen dan juga pencemaran kimia dalam bekalan makanan.
Hal demikian kerana kehadiran patogen seperti bakteria, kulat, parasit, virus, kimia (mikotoksin), antibiotik serta dadah veterinar dalam makanan tidak mampu lagi disekat kerana ia mampu menjadi rintang terhadap sebarang pencegahan apabila suhu meningkat naik.
Perubahan iklim juga menyebabkan penyakit bawaan makanan tidak dapat di kawal seterusnya menyebabkan bekalan makanan menjadi tidak selamat dan dicemari dengan pelbagai patogen berbahaya.
Sementelah itu, menurut Pensyarah Kanan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM), UPM, Profesor Dr. Fatimah Mohamed Arshad, perubahan iklim dunia secara mendadak juga turut menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia.
"Apabila berlakunya perubahan iklim, bumi akan menunjukkan reaksinya yang tersendiri.
"Ia seperti berlakunya bencana alam seperti banjir besar, ribut, kemarau panjang yang pastinya menjejaskan pengeluaran produk makanan dunia," katanya.
Sebagai contoh, krisis makanan pernah melanda dunia ketika awal 1970 an, di mana Rusia dan Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia mengalami musim kemarau yang panjang sekali gus menjejaskan pengeluaran bijirin terutamanya gandum.
Penurunan bekalan bijirin dari dua negara tersebut telah memberi kesan terhadap harga pasaran bagi beras di mana harga untuk makanan ruji tersebut meningkat tinggi berikutan permintaannya melonjak naik.
Cuaca juga turut menjadi faktor utama mendorong berlakunya krisis makanan yang teruk pada tahun 2008. Cuaca buruk telah menjejaskan pengeluaran bijirin di Eropah Utara, Rusia, Australia, dan Afrika Barat.
Pada masa sama, negara pengeluar beras utama seperti Vietnam mengalami masalah infestasi manakala Bangladesh mengalami banjir yang teruk.
Sementara itu, China turut mengalami masalah cuaca di tambah pula pasaran beras adalah amat tipis, sekitar tujuh peratus kerana kebanyakan negara yang menghasilkannya adalah untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk di eksport.
Justeru apakah cara terbaik bagi menangani permasalahan serta kebimbangan yang sedang melanda dunia kini?
Apakah masih adakah harapan untuk umat manusia kembali memulihkan keadaan dunia yang sedang dilanda perubahan iklim yang tidak dijangka tersebut.
"Mereka perlu segera menyedari kepentingan dasar serta polisi yang didokong kini agar mampu menangani permasalahan tersebut," katanya.
Justeru, mengambil konteks Malaysia sahaja, kerajaan telah memberikan tekanan terhadap jaminan makanan sebagai salah satu strategi utama dalam polisi makanannya.
Ia termaktub dalam semua Rancangan Malaysia pada setiap lima tahun (semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara ( I hingga III), Dasar Jaminan Makanan (2008) dan yang terbaru Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian).
Namun bagaimana dengan keadaan di seantero dunia? Menyedari krisis tersebut tidak dapat ditangani secara individu, maka negara-negara dari seluruh dunia perlu duduk semeja bagi membincangkan masalah tersebut.
Antara forum bagi membincangkan itu itu ialah persidangan antarabangsa Keselamatan dan Kawalan Makanan di bawah Perubahan Iklim yang dianjurkan oleh UPM dan Selamat Sustainable Network yang akan berlangsung di Pulau Pinang bermula hari ini.
Persidangan yang julung kali diadakan tersebut melibatkan penyertaan dari seluruh dunia di mana mereka akan membincangkan isu-isu berkaitan serta mengenal pasti kaedah dan strategi untuk memelihara kesejahteraan kehidupan dan keperluan penyelidikan dalam bidang tersebut.
Atau anda boleh menghantar maklum balas ke emel foodclimatechange@food.upm.edu.my. dan mendaftar melalui www.foodclicks.upm.edu.my

Share

Read more...

BATIK BRANANG



LTU menerima cenderamata dari salah seorang Usahawan Selangor yang berasal dari Kedah
Saudara Zamrie @FACEBOOK/Zam Ri
Terima Kasih dan semoga lebih berjaya ..amin.
Share

Posted by Picasa

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP