LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

LTU : INTEGRATED FARM KAMBING DAN LEMBU

BLOG PENTERNAKAN DAN PERTANIAN yang wujud sebelum wujudnya blog LTU. Dari merekalah LTU berlajar membuat blog dan memulakan Internet Marketing.Pemiliknya SHAM INTEGRATED (nama panggilan saya) 0192272127 Hisham.


Masa zaman Pak Lah banyak blog penternakan dan SHAM antara USAHAWAN yang tegar dalam bidang ternakan dan pertanian.
Sila ikuti kisah selanjutnya DISINI  http://integratedfarm.blogspot.com/
KREDIT UNTUK SHAM YANG CEKAL BERUSAHA.Semoga ALLAH memberkati dan memurahkan rezeki beliau....amin http://integratedfarm.blogspot.com/

Share

Read more...

LTU : KAMBING AQIQAH & BAKA JAMNABARI




Gambar 1 Kambing Cross atau kacukan yang sesuai untuk akikah atau korban.Harga Antara RM550 ~ RM750.Kena datang ambil sendiri.Upah sembelih RM50 ja.Berat antara 25kg ~ 35kg.

Gambar 2.Kambing Jamnabari sesuai juga untuk dibuat Pembaka Harga RM1000++ tapi kalau rasa nak akikah pun boleh.

Gambar 3.Kambing Saenan + Jamnabari sesuai juga untuk dibuat Pembaka Kambing tenusu Harga RM1000++ tapi kalau rasa nak akikah pun boleh.

Gambar 4 Sama aja dgn kambing ke-2 tapi campuran Jamnabari dgn ???  juga untuk dibuat Pembaka Harga RM1000++ tapi kalau rasa nak akikah pun boleh.

Share

Read more...

LTU : Kolam dan Ikan




Air sangat penting dalam Penternakan Lembu Tenusu.Air digunakan untuk minuman dan pembersihan lembu dan kandang.Air kolam yang digunakan untuk minum digalakan campur dengan sedikit garam bagi mengelakan lembu kembong perut.

Ikan sebagai sumber sampingan juga berperanan sebagai penanda aras bagi mengelak keracunan pada sumber air.Bagi mendapatkan sumber air,sekiranya ada tanah yang berlebihan,penternak digalakkan membina kolam.Kolam berfungsi menyimpan air dan juga sumber penternakan ikan.

Kolam yang dipenuh ikan juga menarik perhatian tetamu yang datang.Sekiranya Ladang anda kerap dikunjung oleh lawatan IPT,SMK,SK atau TADIKA ,kolam ikan akan menjadi daya tarikan pelajar.

Kolam di LTU dipenuhi oleh kebanyakkan ikan talapia merah,akan tetapi ianya juga dihuni oleh ikan talapia hitam.keli,haruan,belida dan lain lain.Yang menariknya ada seekor biawak yang menjaga kolam dari dicerobohi biawak yang lain.Biawak sederhana besar itu tidak memakan ikan yang hidup.Itulah keistimewaan yang dirahmati Allah kepada LTU.

Nasihat LTU : DOA ITU SENJATA MUKMIN

Share

Read more...

REBRANDING : LTU FRESHIAN SAHIWAL




Inilah produk hasil pembakaan di Ladang Ternakan Ulu Yam.Kami namakan "LTU Freshian Sahiwal"
Penjantan yang berusia 3 tahun lebih bernama "GARY". Betina-betina yang ada menghasilkan anak yang
baik hasil perkahwinan dengan GARY.
Setiap betina menghasilkan minima 10 liter susu sehari.Setiap liter susu di jual dengan harga RM3.00.Cara kami menjual ada dua cara:-
1.Peraih datang mengambil dengan harga RM2.50/liter dengan kuantiti yang banyak
2.Menjaja di tepi jalan dengan harga RM3.00/liter.

Hasil jajaan tepi jalan purata kami dapat menjual lebih kurang 100 liter sehari.

Pemakanan amat penting bagi lembu tenusu.Makanan yang baik boleh menghasilkan susu yang bermutu tinggi.
60% ~ 70% atau sehari 1.5 tan rumput di perlukan untuk ternakan di LTU.Disamping itu kami juga memberi makanan tambahan seperti pallet,hampas soya.hambas barli.hampas gula merah,garam dan vitamin tambahan.
Kebersihan kandang juga memain peranan bagi menghasilkan susu yang berkualiti dan berkuantiti.

LTU Freshian Sahiwal adalah jenama Ladang ternakan Ulu Yam.Walaupun belum dipattenkan tetapi kami sinonim dengan baka lembu jenis ini.Umpama kasut juga,kalau bandingkan jenama "Bata" dan "Nike" tentu harga yang berbeza.Begitu juga Proton Waja dan Toyota Camry.Kalau kita hendak barangan kita berkualiti,
perkara wajib yang harus kita tumpukan adalah :-
1.Baka yang baik
2.Pemakanan yang baik
3.Kesihatan dan kebersihan
4.Pengurusan yang mantap.

Perkongsian ILMU dengan penternak baru dan lama adalah keutamaan kami.Setiap ilmu baru dan lama amat penting bagi setiap penternak.Jangan kita menyalahkan pihak lain bila perlaburan kita tidak mendatangkan hasil yang baik.Tindakan yang perlu kita ambil adalah mendapat nasihat dari rakan ternak yang lain.Bak kata orang kalau tak tahu berguru,kalau tak pandai berlajar.

Akhir sekali jangan lupa dan lupa untuk "BERDOA", kerana "DOA" itu senjata mukmin.
9/10 hasil pendapatan adalah dari Perniagaan ( pertanian atau penternakan ).Kejayaan yang di kecapi oleh LTU belum boleh dibanggakan lagi kerana ada lagi PENTERNAK lain yang lebih berjaya dari LTU.
Pesanan LTU pada penternak baru : USAHA DAN BERDOA TANGGA KEJAYAAN.



Share

Read more...

JAWAPAN UNTUK PERSOALAN HAMBA ALLAH-2

hamba allah: lembu shariwal mix yg di import just berharga rm3800(IBU DAN ANAK)... SKALI DGN KOS PENGHANTARAN
5 Nov 10, 14:47
hamba allah: saye telah rujuk pada jabatan haiwan n saye mmg berpengalam dlm bidann ni... harga lembu tidak berpatutan langsung dgn harga pasaran susu..


JAWAPAN LTU

Syukur Alhamdulillah kerana tuan mendapat Harga yang sangat MURAH (IBU DAN ANAK).
Tuan kami memohon meninggalkan nama,alamat dan nombor telefon agar mudah PENTERNAK LAIN untuk menghubungi anda.
Hagra tuan lebih murah dari harga lembu korban yang berat sekitar 250kg ~ 300kg.

Share

Read more...

JAWAPAN UNTUK PERSOALAN HAMBA ALLAH

hamba allah: SAYA X BERNIAT NAK MEROSAKKAN PERNIAGAAN ORG LAIN TAPI SEBAGAI HAMBA ALLAH, SAYA RASA NI TANGGUNGJAWAP SAYA UNTUK MEMBANTU ORG LAIN DARI TERJERAT DGN CARA LICIK CIK SIDIK N CIK HALIM..
4 Nov 10, 22:41
hamba allah: fikir2 kan la nasihat saya.. saya nasihat kepada sape2 yg berminat untuk memulakan perniagaan ni perlu pusing 1 kandang ke 1 kandang n perlu belajar sendiri or ikuti program di jabatan haiwan..
4 Nov 10, 22:38
hamba allah: cik sidik n cik halim berhenti la menipu org... if berniaga n nak untung mmg x salah tp jgn la tipu org yg baru nk berlajar.... kesian dorg... rm5000 just untuk seekor lembu dara mmg x berpatutan.!!!!

JAWAPAN UNTUK PERSOALAN HAMBA ALLAH


Assalamualaikum 


Terima kasih kerana komen anda.Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.
Kami TIDAK menjual LEMBU DARA yang tidak BUNTING dengan HARGA RM5000.00.
Harga kami lembu bunting awal BERMULA dari RM3500.00.Sekiranya anda ingin mendapat
maklumat lanjut sila hubungi kami di 0123770445 Abg Sidek atau 0175132208 abghalim.
Tuan juga boleh menghubungi Pejabat Veterinar Hulu Selangor ,di Kuala Kubu Bahru atau
Ibupejabat Veterinar Selangor di Shah Alam.


Harap maklum dan memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekeliruan atau salah faham.



Share

Read more...

DOSA MENINGGALKAN SOLAT

Solat Subuh

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor

Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar

Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka’abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya’

Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya’ nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Share

Read more...

PRODUK TERBAHARU DI LTU





Pasangan kerbau kesayangan JESS n JESSICA mendapat anak jantan yang di beri nama BOBBY
Share

Read more...

TADIKA ANAK UNIK RAWANG JAYA






Untuk membuat lawatan seperti di atas sila hubungi kami 1 minggu sebelum tarikh lawatan.....
Harga boleh dirunding....019-2195589.....
Share

Read more...

LAWATAN TADIKA ANAK UNIK





Penghargaan dan terima kasih atas kesudian anak-anak 'TADIKA ANAK UNIK' Rawang Jaya..Terutama Pengetua Madam Wong Yoke King membuat lawatan sambil belajar. Anak-anak amat gembira dan teruja sekali apabila dapat melihat dengan lebih dekat dan ada yang berani memegang binatang ternakan di Ladang Ternakan Ulu Yam seperti Lembu Susu Dan Kambing Susu.

Read more...

PROJEK TANAMAN RUMPUT









Share

Posted by Picasa

Read more...

KAMBING EMPAT dan TIGA AMBING

Jamnabari empat ambing pengeluaran susu


Boer Cross 3 ambing pengeluaran susu



Kambing kacukan saenan/boer/jamnabari yang memiliki empat ambing.


Share

Read more...

ROMBONGAN AJK SURAU AL HIKMAH



Depa ni aku syok,dah lebih 6 tahun berurusan dengan kami setiap musim korban.
Bila mai saja,ada cerita baru.Sambil bergebang dan perkena teh tarik susu lembu.
Terima kasih Tuan Tuan dan Puan,Semoga Allah memberkati niat suci tuan-tuan dan puan-puan semua.
Share

Read more...

TESTIMONIA "FBT"- C




Share

Read more...

TESTIMONIA "FBT"- B





Share

Read more...

TESTIMONIA "FBT"- A




Share

Read more...

LEMBU UNTUK DI JUAL





LEMBU BAKA FRESHIAN SAIWAL

UMUR ANTARA 8 BULAN HINGGA 1 TAHUN

HARGA ANTARA RM3500 dan KEATAS

SILA HUBUNGI : ABG SIDEK 012-3770445

KAK CIK 019-2195589

EMAIL :uluyamfarm@gmail.com

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP