LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Idam pembekal utama di Selangor


Idam pembekal utama di Selangor


2010/09/19

LADANG Ternakan Ulu Yam mensasarkan untuk menjadi pengedar lembu dan kambing tenusu yang terbesar di Sela­ngor dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, sasaran itu bukan mustahil berikutan pada masa kini dia memiliki sebanyak 200 ekor lembu tenusu dan 60 ekor kambing tenusu yang dibiakkan sendiri sejak 2004.


“Pasaran terhadap pengeluaran susu dari kedua-dua ternakan memang sangat menggalakkan kerana sehingga kini kebanyakan hasil keuntungan yang kita peroleh adalah berdasarkan penjualan susu.


“Jika kita dapat membiakkan baka kambing serta lembu dalam skala lebih besar, kita memang boleh menjadi pengeluar dan pembekal utama susu di Selangor,” katanya.


Bagaimanapun, Mohd Sidek berkata, buat masa ini ternakan lembu dan kambing yang diusahakan secara komersial itu bukan bagi memenuhi permintaan produk susu yang dikeluarkan sama ada bagi pasaran Kuala Lumpur mahupun seluruh Selangor, sebaliknya bagi memenuhi permintaan individu yang berminat mendapatkannya.

“Bagi membekalkan produk susu kambing dan lembu untuk pasaran Kuala Lumpur saja memang kami tidak mampu kerana memerlukan beribu-ribu ekor lembu serta kambing tenusu, apatah lagi bagi pasaran lebih besar.


“Namun, bagi memenuhi permintaan individu yang berminat mendapatkan susu segar kambing atau lembu... buat masa ini, itu yang kami termampu,” katanya.


Mohd Sidek berkata, pihaknya kini turut merangka strategi pe ngurusan bagi memperbesarkan lagi ladang ternakan dimiliki bagi membolehkan baka lembu serta kambing daging yang berkualiti dapat diperluaskan.


Katanya, ini bagi memboleh kan Ladang Ternakan Ulu Yam menjadi pusat sehenti dalam membekalkan produk hasil daripada kedua-dua ternakan terbabit sama ada susu atau daging bagi majlis keramaian, korban atau aqiqah atau bekalan daging kepada peruncit dan pemborong.


“Setahu saya, pada masa kini tidak ada satu ladang ternakan yang menjadi tempat sehenti dalam menjual produk lembu dan kambing, apatah lagi membekalkan baka haiwan terbabit.


“Jika ada yang menjual daging atau susu, belum tentu lagi mereka dapat membekalkan baka lembu atau kambing berkualiti kepada penternak lain dalam skala besar,” katanya.


Selain itu, Mohd Sidek berkata, dia ingin memadam persepsi negatif kebanyakan rakyat di negara ini yang beranggapan bidang penternakan lembu dan kambing tidak mampu memberi pulangan memberangsangkan berikutan persaingan dalam pasaran dan memakan kos perbelanjaan tinggi.

Katanya, ini kerana ramai beranggapan terlalu ramai menceburi bidang itu, menyebabkan sesiapa yang baru menceburi nya sukar mendapatkan pasaran sama ada pasaran terhadap daging atau susu lembu dan kambing.


“Ini yang menjadi masalah kepada masyarakat di negara kita kerana beranggapan menternak lembu dan kambing adalah rumit kerana memerlukan kos perbelanjaan besar, terutama membabitkan makanan haiwan berkenaan.


“Sebenarnya, kebanyakan mereka silap apabila memulakan penternakan dengan melabur terlalu tinggi pada kandang ternakan, sedangkan mereka sepatutnya membuat pelaburan pada ternakan itu sendiri, terutama dalam mendapatkan baka berkualiti,” katanya.


Justeru, bagi mengikis tanggapan negatif sedemikian, pihaknya turut mengadakan kursus dan latihan penternakan lembu dan kambing yang mendapat pengiktirafan Jabatan Veterinar Hulu Selangor kepada individu yang berminat dengan bidang itu.


Katanya, kursus dan latihan itu akan merangkumi khidmat nasihat untuk memulakan bidang penternakan, termasuk pengurusan perbelanjaan, terutama terhadap makanan haiwan berkenaan.


Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut me ngenai kursus berkenaan boleh melayari laman web Ladang Ternakan Ulu Yam di alamat www.uluyamfarm.com.my atau berhubung dengan Mohd Sidek secara terus di talian 012-3770445.
RUJUK METRO AHAD http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IdampembekalutamadiSelangor/myMA/myArticle/


Share

Read more...

KELIAN FARM - BALING KEDAH


Dalam kerancakan suasana sekarang dalam industri penternakan kambing, banyak ladang serta penternak muncul untuk membangunkan industri penternakan yang sudah lama ditinggalkan. Kelian Farm yang terletak di utara semenanjung juga wujud untuk sama-sama memeriahkan industri ini. Kewujudan Kelian Farm bukanlah dalam bentuk persaingan kepada ladang-ladang serta penternak-penternak yang sedia ada tetapi lebih kepada membantu dalam meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara yang masih lagi kekurangan daging kambing tempatan.

Ladang ini memulakan operasinya kira-kira setengah tahun yang lepas dan lebih kepada proses pembelajaran dalam bidang penternakan. Ia merupakan projek usaha keluarga dengan penglibatan ahli-ahli keluarga terlibat dalam pengurusan, perancangan hinggalah kerja harian seperti pemberian makanan dan sebagainya.

Dengan kemahiran serta pengalaman yang diperolehi, kini Kelian Farm memulakan operasinya dengan operasi ternakan berkonsepkan penternakan kambing Boer secara komersil.IKUT CERITA SELANJUTNYA di http://kelian-farm.blogspot.com/


Share

Read more...

DOA UNTUK KEDUA IBUBAPA




Rassulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau yang telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”




Share

Read more...

Ternakan TENUSU atau Pedaging




Salam Penternakan,Salam Kemaafan dan Salam 1 Malaysia

Acapkali kita sering memikirkan bagaimana untuk memerlukan Bisnes penternakan.Ramai dikalangan Usahawan yang baru untuk berjinak dalam Industri Penternakan keliru untuk memilih jenis ternakakan yang bakal di usahakan.Disini LTU memberi sedikit panduan untuk memulakan Bisnes ini.
1.Mesti ada tanah,sekurang-kurangnya 1 ekar (kalau lebih lagi baik)
Tanah yang agak jauh dari kediaman awam (elek komplen)
Tanah yang luas untuk tanaman rumput Napier ( menjimatkan kos makanan)
Tanah yang mempunyai kemudahan letrik dan air. (Air yang banyak untuk ternakan
lembu)
Kalau tanak pajakan atau sewa,pastikan ada perjanjian bertulis.

2.Modal yang cukup atau sekurang-kurangnya 30% ~ 50% dari nilai projek.Selebihnya anda boleh pinjam Bank (hadiri kursus adalah salah satu syarat sokongan untuk pinjaman Bank)

3.Pembinaan Kandang ternakan cuma sekadar 30% ~ 40% dari jumlah modal.Sekiranya anda berkemampuan anda boleh membina kandang mewah.Jangan membazir wang dalam proses pembinaan kandang ternakan. (kerana anda ingin menjadi penternak ternakan BUKAN penternak kandang).Untuk menjimatkan kos pembinaan kandang,cuba dapatkan kayu dan bahan 2nd hand atau terpakai atau Factory reject.Pastikan anda merancang tempat dan plan kandang.Ini penting untuk pembesaran dimasa hadapan.

4.JENIS TERNAKAN
1.Minat dan cenderung anda pada jenis ternakan
2.Pasaran yang senang ditempat anda
3.Kemahiran anda pada jenis ternakan
4.Modal atau bajet anda

Nasihat dan Tip LTU
Jika tempat anda susah sumber air,anda dinasihatkan menternak kambing.
Pilihlah samada kambing susu dan daging
Kambing susu baka SAENAN harga agak mahal tapi hasil yang memuaskan.Disamping itu
anda boleh menjual baka yang baik,susu dan kambing pedaging (3 in 1)
Jenis kambing susu 1.Saenan atau 2.Jamnabari (susu dan daging)

Jika anda memeliharan kambing pedagiang baka BOER anda cuma mendapat daging dan tiada susu.Anda juga boleh memelihara kambing KATJANG (kambing kampung)

Menternak kambing boleh dimulakan dalam modal yang minima.

TERNAKAN LEMBU
Lembu memerlukan sumber air yang cukup bagi proses mencuci kandang dan mandi.Lembu juga meminum banyak air.Oleh itu sumber air perlu mencukupi.Kawasan yang luas bagi lembu tenusu adalah lebih baik.Penternak boleh menanam rumput untuk menjimatkan kos makanan.Lembu susu juga perlu dilepaskan bersiar-siar meragut rumput dan berjalan untuk mengurangkan STRESS.

Penternak lembu tenusu secara tidak langsung akan menjadi penternak lembu pedaging.Lembu betina digunakan untuk hasil tenusu.Lembu jantan untuk baka dan pembenihan.Sekiranya lembu jantan dalam fizikal yang tidak sesuai untuk dijadikan baka,ianya diklafikasikan sebagai lembu pedaging yang bersedia untuk di Qurban atau Aqiqah.Begitu juga lembu betina yang sudah sampai dipenghujung usia atau tidak produktif lagi.Lembu betina ini bolehlah disembelih untuk kegunaan dagingnya.

SEKIRANYA ANDA MASIH LAGI SAMAR,anda boleh menyertai "FARM BUSINESS TALK' anjuran LTU dengan menguhubungi Pengarah Operasi kami Puan Zaitun di talian 019 2195589 untuk pendaftaran.







Share

Read more...

METRO AHAD 19-9-10 :Ternakan cinta pertama Mohd Sidek




BAGI sesetengah orang, apabila mempunyai kerjaya atau perniagaan yang boleh dibanggakan serta mampu menyara kehidupan sekeluarga, pastinya ia mencukupi buat diri mereka.


BESAR...baka lembu jantan New Zealand, Friesian Sahiwal yang digunakan bagi membiak lembu jenis tenusu.
sebelum - selepas
SEGAR...Mohd Sidek bersama susu segar yang baru diperah. JINAK...Kambing baka Boer Cross yang turut diternak Mohd Sidek. BANYAK...sebahagian lembu daging baka Brahman yang diternak. LUMAYAN...sebahagian daripada 130 lembu daging di Ladang Ternakan Ulu Yam.

BANYAK...sebahagian lembu daging baka Brahman yang diternak.

Sebaliknya, kepuasan bagi dirinya adalah dengan menceburi bidang yang diminatinya sejak kecil.

Demi mencari kepuasan itu, lelaki ini yang hanya mempu nyai pendidikan tertinggi hingga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sanggup ‘me nutup’ syarikatnya dan membuka ladang ternakannya sendiri.


Malah siapa sangka, kerana mengikut minat juga, usahanya membuahkan hasil apabila kini mempunyai 470 ternakan iaitu 330 ekor lembu dan 140 ekor kambing daging dengan nilai lebih RM1 juta.

Berkat pengorbanan dilakukan juga, dia mampu mengeluarkan sehingga 600 liter susu hasil daripada kedua-dua ternakan terbabit dengan nilai pendapatan sehingga RM25,000 sebulan.

Mengimbas kembali detik awal bagaimana minat menternak itu mula tersemai, semuanya bermula sejak kecil apabila dia bersama enam adik-beradiknya membantu ayah menjaga beberapa ekor lembu tenusu yang diternak, termasuk membersihkan najis haiwan berkenaan.

Setiap hari, mereka adik-beradik datang ke kandang lembu dimiliki ayahnya bagi memberi makan serta mencuci kawasan kandang, selain bersama-sama membantu memerah susu lembu dengan tangan mereka.

Namun, apabila berpindah kediaman dari Sungai Besi ke Bangi ketika dia berusia 16 tahun, rutin hariannya tidak dapat dilaksanakan selepas ayahnya menjual semua ternakan.

“Saya masih ingat, hampir setiap hari kami membantu ayah menjaga lembunya dan kerana sejak kecil lagi diajar serta ‘duduk’ bersama lembu berkenaan, lama kelamaan saya suka pekerjaan itu dan timbul minat untuk menternaknya.

“Ketika ayah menjual lembunya juga tidak silap saya, ada kira-kira 50 hingga 60 ekor lembu yang semuanya membiak atas usaha kami tujuh beradik yang sama-sama menjaganya dan sedih juga bila melihat lembu dijual,” katanya.

Menurut Mohd Sidek, sebaik tamat STPM, dia pada mula nya bekerja di sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan pemasangan peralatan telekomunikasi.

Namun, selaras dengan pengalaman dimiliki saban tahun, dia mula membentuk sebuah syarikat kontraktor yang mengambil kontrak pemasangan peralatan kelengkapan telekomunikasi dengan syarikat lain.

Sebagaimana manusia lain, Mohd Sidek berkata, bidang kontraktor diceburinya memberi ba nyak tekanan kepadanya apabila terpaksa menghadapi persaingan sengit dengan kontraktor lain bagi mendapatkan tawaran atau kontrak dengan mana-mana syarikat telekomunikasi.

Tidak tahan dengan tekanan itu dan dengan berbekalkan sedikit modal, dia nekad menutup terus pintu syarikatnya pada 2004 dan beralih kepada bidang diminati nya sejak kecil iaitu penternakan.

“Terus terang saya akui, jika dihitung pendapatan yang saya peroleh dari syarikat kontraktor yang saya miliki, ia lebih daripada cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan saya bersama isteri dan anak setiap bulan.

“Namun kerana tidak tahan, saya sentiasa terfikir untuk tidak meneruskan perniagaan itu dan mencari bidang lain hinggalah akhirnya saya memutuskan untuk menternak lembu sebagaimana bidang yang saya minat sejak kecil,” katanya.

Ternyata, usahanya tidak sia-sia kerana keputusannya serta minatnya membuahkan hasil apabila daripada 20 ekor lembu tenusu baka New Zealand jenis Friesian Sahiwal yang dimiliki, ia kini membiak sebanyak 200 ekor.

Kerana minatnya juga, Mohd Sidek kini turut berbangga apabila memiliki lembu daging baka Brahman, kambing daging baka Boer Cross dan Jamna Bai Cross serta kambing tenusu baka Soanen.

Mohd Sidek berkata, sebagaimana pengalaman ditimba sewaktu kecil, dia memastikan ladang ternakannya bersifat lebih sistematik dan bersih bagi menjamin tahap kesihatan haiwan yang diternaknya.

Malah, sebagaimana dipelajari daripada ayahnya, dia turut sentiasa bersama-sama pekerja menguruskan ladang ternakannya.

“Perkara ini yang kebanyakan nya tidak diambil berat oleh penternak kerana apabila membuka ladang ternakan, mereka hanya berharap dan bergantung kepada pekerja.

“Sebenarnya itu salah, kerana daripada apa yang saya pelajari, ladang kita adalah tanggung jawab kita... pekerja hanya membantu dan jika mereka jatuh sakit, kepada siapa pula hendak kita harapkan melainkan diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, kehidupannya lebih puas apabila menceburi penternakan kerana dia dapat meluangkan masa turun padang bersama-sama isteri serta anak di ladang ternakan yang diusaha kan atas tanah seluas lapan ekar di Batang Kali, Selangor.

Kini, Mohd Sidek boleh berbang ga berikutan ladang ternakan diusahakannya mendapat pengiktirafan Jabatan Veterinar Hulu Selangor, terutama dalam mengendalikan siri kursus dan latihan kepada bakal penternak.

PROFIL
NAMA: Mohd Sidek Sher Mohamad
ASAL: Sungai Besi, Kuala Lumpur
USIA: 50 tahun
PENDIDIKAN: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
JAWATAN: Pengarah Ladang Ternakan Ulu Yam
ISTERI: Zaiton Othman
ANAK: Nurul Hidayah Mohd Sidek (11)

METRO AHAD 19-9-10 : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TernakancintapertamaMohdSidek/myMA/myArticle

Share

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP