LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Lawatan Sambil Berlajar


Salam Penternakan

Selalunya yang datang berkursus terdiri dari orang dewasa yang ingin memulakan hidup sebagai usahawan penternakan.Baru-baru ini pelajar pelajar dari SMK Batang Kali datang melawat.

Kedatangan mereka kami sambut dan dedahkan mereka dengan ilmu penternakan.walaupun kedatangan mereka cuma beberapa jam tapi ilmu yang mereka dapat amat berguna.Kini sekolah juga telah ada subjek pertanian.Para pelajar dialiran pertanian ataupun perniagaan amat sesuai didedahkan dengan ilmu ini.

Sekiranya ada sekolah sekolah yang berminat untuk membawa pelajar ke ladang ternakan ulu yam sila hubungi :-

Puan Zaiton HP 019 219 5589

Read more...

KAMBING DI KEHENDAKI


Salam Penternakan

Kami memerluka kambing Jantan Cukup umur berat diantara 25 ~ 30kg
Harga Boleh dirundingkan
Keterangan lanjut sila hubungi :-
abg Sidek Hp 012 3770445

Read more...

BAGAIMANA MENENTUKAN UMUR LEMBU ?


Gambarajah diatas menunjuk frasa gigi lembu menurut umur.Bagi menentukan umur lembu,kedudukan gigi perlu di pelajari.Untuk mengetahui tekniknya....Sila Hadiri kursus di Ladang Ternakan Ulu Yam

Hubungi : Puan Zaiton Hp 019 219 5589

Read more...

PENGASAS LTU


Ladang Ternakan Ulu Yam diasaskan oleh Mohd Sidek Syer Mohammad.Berbekalkan pengalaman lebih dari 30 tahun berkecimpung dalam dunia ternakan lembu dan kambing.Bermula dari awal 1970-an,beliau telah membantu ayahanda beliau seorang anggota PDRM.Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim untuk mendapatkan bekalan darah dari seorang penderma disana,bagi memenuhi keperluan bondanya yang mengidap Luekimia.

Setelah kematian ibunya,tinggallah bapanya memelihara anak-anak yang masih kecil dan memerlukan susu.Ketika era itu susu "CAP JUNJUNG" adalah jenama pilihan.Mana mungkin seorang anggota PDRM membeli susu CAP JUNJUNG untuk keperluan harian mereka.

Langkah bijak ayahanda beliau dengan membeli seekor lembu susu dari sahabat penderma darah di Tangjung Malim.Bermula dengan seekor lembu,kini Encik Mohd Sidek Bin Syer Mohammad memiliki beratus ekor lembu tenusu.Setiap hari,hasil tenusu diantara 600 liter hingga 1000 liter.

Ikutilah PENGALAMAN berharga beliau dengan menghadiri "FARM BISNES TALK" anjuran LADANG TERNAKAN ULU YAM.
Sila hubungi ; PUAN ZAITON BINTI OTHMAN di 019 219 5589 ....untuk keterangan lanjut.

Read more...

KENAIKAN HARGA MAKANAN TERNAKAN


Salam Penternakan

Pengeluaran makanan ternakan seperti lembu dan kambing telah di dominasi oleh bukan bumiputra.Manakala penternak pula 70% adalah Bumiputra.Apabila dominasi,secara tidak langsung kita terpaksa atau dipaksa membeli dari mereka.Tetapi kini apabila Industri ini berkembang pesat,kaum penternak dan usahawan bumiputra telah memulakan langkah bijak dalam mengimbangi dalam pengeluaran makanan ternakan.

Carta diatas menunjukkan peningkatan harga yang begitu ketara dan membebankan.Untuk mengatasi masalah ini,penternak mesti berusaha menanam rumput sebagai makanan tambahan.Disamping itu memberi sokongan kepada rakan niaga kita yang mengusahakan Industri Pengeluaran Makanan Ternakan.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP