LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

LAWATAN DARI JPV MALAYSIA




Hari ini 13-4-10 Pegawai dari JPV MALAYSIA MENGADAKAN LAWATAN KE LADANG TERNAKAN ULU YAM.LTU mengharapkan pihak JPV memberikan komen dan laporan tentang keadaan semasa LTU kepada pihak tertinggi Kementerian.Bidang PENTERNAKAN masih luas untuk diterokai oleh genarasi muda dan usahawan baru.

Pihak pengurusan LTU mengucapkan RIBUAN terima Kasih kepada pihak JPV kerana kesudian melawat ke LTU.Setidak tidaknya pihak JPV tidak terlepas pandang akan kewujuddan LTU dalam membantu KERAJAAN dalam bidang PENTERNAKAN.

Read more...

ANUGERAH TEKUN DAN PENUBUHAN KKUT






Pada 12-4-10 bertempat di Auditorium Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia,Kuala Kubu Bharu,HULU SELANGOR,MAJLIS PERJUMPAAN USAHAWAN TEKUN HULU SELANGOR dan PELANCARAN KELAB KOMUNITI USAHAWAN TEKUN ( KKUT) KAWASAN HULU SELANGOR.

Majlis ini dirasmikan oleh YB DATUK SERI NOH HAJI OMAR MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA.Ramai juga di kalangan ahli politik yang hadir antaranya,Datuk Rahim CEO TEKUN,YB,Ketua Jabatan dibawah Kemeterian Datuk Noh dan Pemimpin UMNO dan BN.Tak nampak pula kelibat MR SAMY,mana dia pigi?

Antara ucapan yang menarik perhatian adalah ucapan dari DATUK RAHIM,katanya,dialah orang yang mendesak kerajaan menubuhkan TEKUN bagi membantu MELAYU di Penang.Bermodalkan wang pinjaman TANPA wang pengurusan TEKUN menumpang di PEJABAT UMNO NEGERI dan Bahagian.Oleh kerana lantang dan asyik dok cakap pandai,Datuk Rahim dilantik menerajui TEKUN.Tahniah Datuk Rahim kerana berjaya menerajui TEKUN dengan baik......SOALAN LTU bila nak mai melawat LTU...huloq huloq la sama kat kami.

Ucapan Datuk Noh mengambarkan yang dia mempunyai CIRI-CIRI MB SELANGOR dimasa hadapan.Sebelum dimakbulkan menjadi FUTURE MB SELANGOR,mai la melawat LTU dulu.Tak kisahlah apa FAHAMAN politik kita.

Selepas itu acara Anugerah Usahawan Tekun,sapa PINJAM banyak kali dan bayar dengan baik dapat Anugerah.Nak tanya Datuk Rahim sket...asyik dia je pinjam,habis orang lain camna ?

Selepas Anugerah Usahawan Tekun,majlis penyampaian sijil perlantikan AJK KKUT .Depa ni lah yang menang anugerah dan depa ni lah yang jadi AJK.
PERSOALANNYA :-

1.Kemungkinan depa adalah panel penilaian Anugerah ?

2.Kemungkinan juga depa ni dilantik kerana menang Anugerah ?

3.SEGALANYA MUNGKIN ?

4.SALAHNYA kerana tidak di TERANGKAN atau diperjelaskan,ciri-ciri pemilahan PEMENANG ANUGERAH dan CIRI CIRI PEMILIHAN AJK.Ini yang menjadi KEMUNGKINAN.

Tidak boleh melakukan perkara "MUNGKIN" ketika DEMAM PILIHANRAYA KECIL Ini boleh memungkinkan FAKTOR BN kalah.

OBJEKTIF KKUT

. Mewujudkan jaringan di kalangan usahawan TEKUN

. Menggalakkan kerjasama dan usahasama dikalangan usahawan TEKUN untuk kepentingan bersama.

. Melaksanakan aktiviti-aktiviti sosio ekonomi yang bermanfaat untuk Ahli ahli KKUT.

. Menjadi Mentor di kalangan usahawan TEKUN serta membantu TEKUN NAsional dalam urusan pemberian pinjaman dan bayaran balik

. Menjadi penyumbang utama kepada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan penyelaras dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Persatuan Persatuan Peniaga dan Penjaja.

Read more...

LAPORAN FARM BISNES TALK








Antara Peserta yang menghadiri Farm Bisnes Talk yang lepas.Mereka terdiri dari Profesioanal Singapura,Air Tarfic Controller,Pasangan Anak Menteri Dari Bangladesh,Jutera dan Anggota TLDM.

LTU mengharapkan kejayaan mereka memulakan Bisnes Penternakan.Sekiranya mengalami kesulitan,sila hubungi LTU untuk rujukan.

"SELAMAT MAJU JAYA"

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP