LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

TERNAK KAMBING

BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:

1. Kambing Kacang (Katjang)
2. Jamnapari/Ettawah
3. Anglo Nubian
4. Kacukan
5. Saanen

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.


Kambing Kacang (Katjang)


Jantina Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 1.6 kg 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg 25 - 30 kg




Ciri-ciri:-

 Asal dari Malaysia dan Indonesia.
 Badan yang kecil dan pendek
 Tanduk melentur ke atas dan ke belakang.
 Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.
 Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
 Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
 Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
 Kelahiran kembar .
 Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.


Kambing Jamnapari


Jantina Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3 - 4 kg 68 - 91 kg
Betina 3 - 4 kg 36-63 kg






Ciri-ciri:-

 Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
 Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
 Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.



Kambing Anglo Nubian


Jantina Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.5 kg 70 - 85 kg
Betina 3.9 kg 55 - 70 kg






Ciri-ciri:-

 Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
 Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
 Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
 Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm.
 Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
 Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.


Kambing Kacukan


Jantina Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 2 - 2.5 kg -
Betina 2 - 2.5 kg -





Ciri-ciri:-

 Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
 Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
 Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri.
 Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun.
 Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.



Kambing Saanen



Jantina Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.0 kg 68-91 kg
Betina 3.3 kg 36-63 kg





Ciri-ciri:

 Berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
 Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
 hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
 Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
 Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
 Ekornya tipis dan pendek.
 Tanduk pada kedua jantina
 Kekacang di leher
 Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari



CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK


Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:


 Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
 Kenaikan berat badan yang cepat
 Berat badan semasa 1 tahun
 Keluaran susu yang banyak
 Jarak kelahiran yang rapat
 Cara Pemilihan Konformasi Badan


Cara-cara Pengamatan

Sifat Jantan Betina
Warna Warna berbeza mengikut jenis baka. Sama
Kulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat, tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkuk. Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut.
Saiz Besar dan berat badan tidak lebih dari 25 kg. (had minimum berbeza mengikut baka) Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minimum berbeza mengikut baka)
Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata. Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan.
Leher dan bahu Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit
Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan Sederhana
Rangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik. Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan narnpak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada.
Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan
Bahagian belakang Lurus, tegap, lebar dan belakang berdaging penuh Lurus, tegap dan lebar di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram
Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh; keduanya selari Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari.
Kaki belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar. Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh.
Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik.Kuku pendek dan menghala ke hadapan Rata di bawah memboleh kaki kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata
Buah Zakar dan zakar Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan. tidak terlalu labuh.
Ambing dan puting susu Ambingnya besar dan tergantung dengan baik dan susu tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak berketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik.
Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas
Kesihatan Sihat Sihat


Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

Teknik berdasarkan penilaian

Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.


PENGURUSAN TERNAKAN


 Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada


o Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
o Cerai susu hingga bunting
o Pengurusan Kambing dewasa
o Pengurusan kambing bunting hingga lahir
o Pengurusan baka jantan
o Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
o Lahir hingga 3 bulan


Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)


 Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan

 Susu kolostrum dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.

 Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui botol.

 Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.

 Pusat anak-anak kambing disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, juga menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.

 Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya

 Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.

 Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.

 Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.

 Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang dicampurkan dengan I - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.


Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga baik kerana berat badan biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.

Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan baka bolehlah dijual.


Pengurusan Kambing Dewasa

Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun


Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran

Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.


Baka Jantan

Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.

Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.


Pengurusan Penggemukan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.


Pengurusan Kambing Sakit/Cedera

Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,


PENGURUSAN AM


Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:


Pengurusan Keterangan
Kawasan Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan. Perparitan di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis dibuang jauh dari kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.
Buruh Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan kandang pula dibersihkan.
Jadual Pengurusan Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.
Pengenalan Ternakan Rekod ternakan perlu disediakan apabila seekor anak dilahirkan. Pengenalan- memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya..
Pengasian Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada umur 4-5 minggu- mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
Mematikan Tanduk Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.
Memotong Kuku Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit .
Menggunting Bulu Kambing kacukan mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan bulu bercampur dengan susu.
Kawalan Kutu Sembur ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu pada badan kambing.



Sistem Berkurung (intensif)

 Memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut
 Makanan dan minuman diberi setiap hari - konsentrat, rumput dan garam jilat.
 Kebiasaannya diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka
 Kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi
 Kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.


Ciri-ciri Sistem Ragut Lepas

 Kawasan ragutan yang luas.
 Kambing meragut sepanjang masa
 Kos yang tinggi
 Pengurusan rumit-ternakan merayau


Sistem Separuh Berkurung (separa-intensif)

 Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam.
 Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik.
 Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.
 Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.


PEMILIHAN KAWASAN

 Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:

 Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.

 Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.

 Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Perumahan


Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

 Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.
 Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Contoh Pelan Kandang:

1. Pandangan Sisi
2.Pandangan Serong
3.Pelan Ringkas
4.Pelan Ringkas- Pandangan hadapan
5.Pelan ringkas-80 100 ekor Kambing
6.Kandang Kambing Berlantai bawah
7.Pelan Kandang-15-20 ekor
8.Pelan Bangsal kambing


Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang

 Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang
 Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
 Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
 Tidak terkena angin yang kencang
 Terpelihara dari hujan dan panas
 Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
 Ruang makan dan minum mencukupi
 Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit


Pembinaan Kandang

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

Lantai hendaklah -

 tahan lama
 misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
 mudah dicuci
 tidak licin
 tidak mencederakan
 tidak mudah lembab
 Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
 Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding


 Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
 Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
 Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
 Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:


 Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)
 Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik
 Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar
 Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediana dalam baldi atau besen.


MAKANAN DAN MINUMAN

Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

Zat Makanan Keterangan
protein membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan
karbohidrat (kanji) pembesaran.
vitamin Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.
Mineral Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh.
- garam biasa
- garam jilat
- dicalsium fosfat
- tepung tulang
- tepung ikan

Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.



Rumput dan Kekacang

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:

i Rumput Guinea (Panicum)
ii. Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)
iii. Rumput Setaria
iv. Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).


Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:

i. Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.

ii.Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.

iii. Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.

iv. Daun turi

iv.Glyricidia maculata

vi. Daun mengkudu (Merinda citriplia)

vii. Daun pisang - disukai terutama yang muda

Makanan Tambahan (Konsentrat)

Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.

semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan.

Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:


. 2 bahagian jagung

I bahagian sekam atau dedak

I bahagian hampas kelapa kering

ii. 40 kg. dedak halus

39 kg. tepung jagung

18 kg. bungkil kelapa
3 kg. campuran mineral (garam galian)

Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.



KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT


Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.


Sakit Sihat
monyok dan kelihatan tidak bermaya kelihatan segak dan cergas
tidak mahu makan berselera makan
mengasingkan diri sentiasa berada dalam kumpulan
membuat bising
tahi tidak bulat tahi keras dan bulat
bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat
kurus kering tidak kurus


Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:


Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan
Puru (Contagious Ecthyma) disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan. terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah. vaksinasi sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi pertama. Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah. Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).
Kembung i. Mengeluarkan air liur i. mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi i. Memberi makan minyak kacang.
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang. ii. Perut buncit terutarna di sebelah kiri ii. Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang
iii. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
iv. Pernafasan yang susah ii. Minyak sayur/minyak jagung.
v. Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil
Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia) i. Kelihatan moyok dan mengasingkan diri i. Asingkan supaya tidak berjangkit
Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya. ii. Lemah dan tidak terdaya ii. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
iii. Menjadi kurus iii. Elakkan ia berhujan
iv. Pernafasan cepat
v. Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian
Cirit-birit (Diarrhoea) i. Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa i. Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing i. Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
ii. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor ii. Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya ii. Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut
i. Cacing iii. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri iii. Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur iii. Ubat pembunuh kuman ataupun cacing
ii. Protozoa (koksidia) iv. Kadangkala najis berbau busuk
iii. Kuman
iv. Salah makan.
Kurang Darah (Anaemia) i. Muka pucat i. Memberi makanan yang cukup dan berzat
bibir, gusi dan lidah yang pucat ii. Menambahkan zat besi
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa. lapisan dalam kelopak mata juga keputihan iii. Memberikan vitamin untuk selera makan
ii. Lemah iv. Ubat cacing
iii. Bulu meremang v. Pembasmian kutu
iv. Badan kurus
Kancing Gigi i. Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras i. Suntikan toxoid semasa 3 bulan i. Tetanus antitoxin dan toxoid
disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak ii. Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang ii. Mengubat luka-luka terutarna 'puncture wound' ii. Ubat pelali
iii. Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang
Luka-luka i. sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat. ii. Sapukan ubat 'lorexane' pada luka
iii. Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'
Kurap Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut. Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine
Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa.
Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selarna 3 kali.
Buruk Kuku i. Kambing kelihatan tempang Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.
Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku. ii. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk



Pembiakan

Kaedah Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:

i. menggunakan baka jantan

ii.melalui permanian beradas


Kebaikan dan kesulitan permanian beradas adalah:

Kebaikan Kesulitan
dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan penentuan biang dan waktu permanian
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih menentukan teknik-teknik semasa menyuntik airmani adalah betul
air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walaupun baka tersebut telah mati boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan


Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak


 mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan

 pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda.-tidak akan menghasilkan anak yang baik

 1 - 1 1/2 tahun - berat badan adalah 20 - 25 kg


Pengenalan Berahi

Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dlikahwinkan.

Tanda-tanda berahi:

 tidak tenang (gelisah)
 mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
 mengembek terus menerus
 sering kencing
 kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan

Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari


Jangka Masa Bunting

Tempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. :

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.

Read more...

Konsep PINTAR

Konsep PINTAR
PINTAR adalah merupakan satu bidangusaha berinput rendah (Low Input).Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumpai yang terdapat dengan banyaknya di dalam sesuatu kawasan ladang. Bermakna jumlah stok yang dipelihara bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sehubungan dengan perkara ini, apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila sawit atau getah meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada sahaja. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan, kandang yang sesuai dan sistem pagar elektrik.

Kenyataan di atas juga memberi makna iaitu mana-mana kawasan perladangan yang tiada berumpai, yang mungkin berpunca daripada aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai untuk dijalankan projek PINTAR.

Apabila sumber makanan berkurangan, lazimnya pengusaha terpaksa memberikan makanan tambahan PKC/PKE atau pelepah sawit yang dirincih, untuk mencukupkan keperluan makanan. la bukan merupakan sebahagian daripada konsep PINTAR. Amalan ini akan menjadikan kos pengurusan meningkat.

Satu lagi ciri yang terdapat pada PINTAR ialah sistem ragutan yang berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya, kawasan seluas 400 hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau tiga bulan. Ini hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem pagar elektrik yang efektif.

Dari sudut ekonomi, kita dapati kedua-dua bidangusaha, iaitu bidangusaha penghasilan sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan menguntungkan (win-win situations), kesan daripada pengoptimaan penggunaan sumber yang terdapat di dalam kedua-dua bidangusaha tersebut. Sumber-sumber yang dimaksudkan ialah tanah, tenaga buruh dan kemudahan ladang yang berkaitan, seperti tangki bertrailer dan jentani.

3.0 PRA SYARAT AM
3.1 Asas Pengetahuan Penternakan Ruminan
Asas pengetahuan penternakan ruminan boleh diperolehi dengan mengikuti kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Disamping itu ciri keusahawanan ternak yang patut dimiliki adalah:
a. Minat terhadap bidangusaha ternakan.
b. Berpengalaman dalam bidang penternakan lembu pedaging.
c. Berfikiran positif.
d. Mempunyai keyakinan diri.
e. Memahami asas untung-rugi projek.
3.2 Modal
Memiliki modal, yang boleh diperolehi melalui beberapa punca seperti berikut
3.2.1.Modal Sendiri
3.2.2 Pinjaman
• Bank.
• Koperasi.
• Jabatan Perkhidmatan Haiwan (PINTAF).
• Dana TRUST.
• Rakan Kongsi.
3.3 Baka Ternakan
Pengalaman Jabatan mendapati baka ternakan lembu yang paling sesuai, terutamanya apabila baru hendak memulakan projek PINTAR, ialah baka Kedah-Kelantan (KK). Spesifikasi ternakan lembu KK yang sesuai adalah seperti berikut:

Jadual 1:
Perkara Berat badan Umur
Induk 180 - 250 kg 18-36 Bln.
Pejantan 250 - 300 kg 36-48 Bln

Sumber makanan semulajadi yang terdapat dengan banyaknya
di ladang-ladang tanaman sawit

Ternakan lembu yang sihat dibawah tanaman sawit
Setelah menternak selama tiga atau empat tahun,baka asas ini boleh dipertingkatkan dengan mengacukannya dengan lain-lain baka pedaging, seperti Baka Brahman, Nellore atau kacukan lain.
3.4 Ciri-Ciri Kesesuaian Ladang
1. Luas kawasan sawit (minimum) 400 hektar.
2. Sebagai panduan asas, tanaman sawit berumur tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 15 tahun.
3. Tiada ternakan ruminan lain yang berkeliaran berhampiran atau dalam kawasan sawit yang hendak digunapakai untuk projek.
4. Kawasan di bawah sawit mempunyai rumpai (makanan lembu) yang mencukupi.
5. Kawasan berbukit-bukau dan kecerunan melebihi 450 tidak digalakkan, kecuali yang berteres.
6. Sebahagian besar kawasan tidak mudah ditenggelami air terutamanya pada musim tengkujuh.
7. Kawasan projek tidak dikategori sebagai tanah gambut.
8. Tidak bersempadan dengan hutan simpan dimana diketahui terdapatnya binatang buas seperti harimau.
Kesesuaian tanaman kekal seperti di atas boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti berikut :
3.4.1. Ladang Persendirian
Kebiasaannya kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh tuan punya ladang. Manakala Felda berpeneroka yang mempunyai kawasan yang kecil bagi setiap pemilik mestilah mengamalkan sistem blok sehingga mencukupi kawasan yang diperlukan.
3.4.2 Ladang Swasta
Kawasan ladang dimiliki sepenuhnya oleh swasta. Ladang swasta yang tidak menjalankan projek PINTAR dan membenarkan pihak lain mengguna, hendaklah memberi kebenaran bertulis kepada pengusaha yang berminat melalui perjanjian yang dipersetujui bersama. Perkara-perkara seperti kadar sewa tahunan, komisyen jualan ternakan dan keselamatan ternakan perlu diputuskan melalui perjanjian.
3.4.3 Ladang Kerajaan
Kawasan ladang yang dimiliki sepenuh atau Ladang sawit yang sesuai (umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)
3.4.3 Ladang Kerajaan
Kawasan ladang yang dimiliki sepenuh atau Ladang sawit yang sesuai (umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)









Baka KK( Kedah-Kelantan) adalah baka yang paling sesuai untuk sistem intergrasi

Ladang sawit yang sesuai ( umur pokok sawit yang berumur 5 tahun ke atas)

Kandungan
Seterusnya


4.0 PERLAKSANAN PROJEK

4.1 Infrastruktur Ladang
Ladang yang ingin/akan menjalankan projek PINTAR mestilah mempunyai kemudahan infrastruktur seperti berikut:

4.1.1 Kandang Tetap
a. Biasanya ditempatkan di tengah ladang atau di lokasi yang strategik.
b. Dihubungi dengan jalan ladang yang sesuai dan bebas banjir.
c. Tapak kandang yang mempunyai saliran yang baik.
d. Kukuh serta tahan.
e. Bersaiz 120 kaki X 80 kaki untuk 100 induk.
f. Travis (loading @ unloading)
Baka Kedah-Kelantan- lebar dalam 21 inci
Baka Brahman - lebar dalam 25 inci
4.1.2 Kandang Mudahalih
Komponen kandang mudahalih terdiri daripada:
a. 30 keping panel besi (5.5'(P) x 6' (L) GI 015" x 1".
b. Cyclone wire (1 gulung A17/1900/150 - Tight lock).
c. 20 batang kayu (3' X 3' X6.5')
d. Tali (secukupnya).
4.1.3 Peralatan Pagar Elektrik Lengkap (disyorkan dua set)
Komponen pagar elektrik termasuklah:
a. Energizer
b. Polywire
c. Digital Voltmeter
d. Tiang
e. Bateri 12 volt (N 70 )
f. Penggulung polywire
g. Peralatan timbang, untuk anak lembu barulahir.
4.1.4 Motortrailer
Motortrailer adalah kombinasi sebuah motorsikal biasa dan satu trailer yang direka khas. Teknologi ini digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan petak ragutan.

Read more...

LEMBU PEDAGING

TUJUAN

Untuk mendapatkan hasil daging
• Untuk meningkatkan pendapatan samada pendapatan utama atau pendapatan tambahan
Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding lembu tenusu. Hasil akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual samada untuk disembelih atau untuk pembiakan.lembu
BAKA

Baka lembu pedaging yang biasa dipelihara antaranya ialah:-
• Kedah Kelantan (K-K)
• Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal
• Local Indian Dairy (LID)
• Droughmaster
• Brahman
PENGURUSAN

Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut samada di kawasan sendiri atau bukan termasuklah di tepi-tepi jalan. Cara ini adalah kurang baik.
• Cara berkurung atau fidlot
Lembu sentiasa di dalam kandang dengan mendapat makanan bermutu dan air bersih secukupnya. Makanan diberi samada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberi pada kadar berat kering 3 - 5 % dari berat badan lembu setiap hari. Rumput diberi pada waktu pagi manakala dedak pada sebelah petang.
• Cara separa intensif
Cara ini sempurna dan praktikal dinegara ini. Lembu yang dipelihara dibiar meragut dalam tempoh yang dihadkan. Lembu dihalau balik ke kandang untuk diberi makanan tambahan dan berteduh pada waktu malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kawasan ragutan yang mencukupi dan kandang.
• Cara integrasi dengan tanaman utama
Di negara ini kawasan yang bertanam dengan kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banya rumput rampai yang subur.. Integrasi dengan tanaman ini akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan terkawal, 1 hektar ladang kelapa sawit dapat menampung 1 ekor ternakan dewasa.
PERUMAHAN
• Pembinaan kandang
(keluasan: 1 ekor = 30 kaki persegi. Jika 10 ekor = 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8 - 10 kaki)
• Palung makanan dan minuman
(ruang makan = 1.5 kaki /ekor . Ruang minum 1 kaki/ekor)
• Pasung/Trevis
(sebesar saiz lembu, apabila dimasukkan ke dalam ia tidak dapat meronta)
PEMAKANAN
Seekor lembu memerlukan 20 -30 kg rumput setiap hari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianyaya dari kualiti yang baik. Jika tidak makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Hasil buangan pertanian yang murah boleh dijadikan makanan tambahan.
Contohnya: Kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulor nenas, pucuk tebu, pucuk jagung, batang sagu dan sebagainya.
KAWALAN KESIHATAN
Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.
Penyakit yang biasa terjadi:-
• Luka
• Serangan cacing dan parasit luar badan dan di dalam darah
• Anak-anak lembu pula mudah dijangkiti kuman di pusat.
Bagi mengatasinya:-
• Jauhkan lembu dari benda-benda yang tajam.
• Berikan ubat cacing 2 - 3 kali setahun dan sembur ubat kutu setiap 2 bulan sekali.
• Rawat pusat dan tali pusat anak lembu yang baru dilahirkan
Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat untuk tindakan lanjut.

PEMBIAKAN
Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja boleh dikahwinkan. Pembiakan boleh berlaku secara:-
• Tabie (menggunakan lembu pejantan)
• Permanian beradas
Selepas melahirkan anak, lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40 - 60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5 - 6 kali beranak atau umur 8 - 10 tahun.
PENJAGAAN LEMBU BUNTING
• Tempoh bunting seekor lembu kira-kira 283 hari.
• Makanan bermutu dan air bersih dan cukup mesti diberikan dan diasingkan dalam kandang.
PENJAGAAN ANAK SELEPAS DILAHIRKAN
• Anak yang lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-kurangnya 4 hari pertama
• Penyusuan seterusnya boleh diberi sehingga 3 bulan dan anak diceraikan dari ibunya.
• Perlahan-lahan anak diajar memakan rumput dan dedak hingga diceraikan terus dari ibunya.
PENJAGAAN ANAK MEMBESAR
• Anak jantan untuk dijadikan baka perlu dikasi (kembiri) supaya tidak mengganggu ibu-ibu lembu.
• Tanduk perlu dibuang supaya memudahkan pengendalian apabila besar.
• Anak betina pula tidak dikahwinkan sebelum umur 2 tahun
JUALAN

Hasil boleh diperolehi daripada :-
• Lembu singkiran untuk disembelih
• Lembu dewasa untuk pembiakan selanjutnya
• Anak muda jantan untuk pengganti
Penternak digalakkan memasarkan sendiri ternakan dengan cara:-
• Jualan sendiri
Kepada sesiapa yang menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.
• Jualan lelong
Kepada penyembelih yang menawarkan harga yang baik.
• Menjual daging di pasar tani
Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh menjual sendiri. Dengan cara ini penternak dijangka mendapat keuntungan yang lebih baik.
KEWANGAN PROJEK
Contoh Aliran Tunai;
Berikut ialah aliran tunai bagi satu projek penggemukan ragutan separa intensif yang memelihara 10 ekor.
Andaian:

Berat awal lembu 150 kg @ RM3.30/kg.
Berat akhir lembu 300 kg @ RM 3.30/kg
Makanan PKC @ 2 kg sehari @ RM 0.25/kg

Pendapatan

Jualan lembu
300 kg x RM 3.30/kg x 10 RM 9,900.00

Perbelanjaan
a. Pembelian anak lembu
150 kg x RM 3.30/kg x 10 RM 4,950.00
b. Kandang
30 ka x 10 ka (susut nilai 5 tahun) RM 100.00

c. Makanan, PKC
600 kg x RM 0.25/kg x 10 RM 1,500.00

d. Garam Galian RM 50.00

e. Kemudahan air, bahan api dll RM 300.00
f. Faedah bank @ 10 % RM 690.00

Jumlah Perbelanjaan RM 7,590.00
Pendapatan Bersih = RM 9,900.00 - RM 7,590.00 = RM 2,310.00

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP