LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

REBRANDING : LTU FRESHIAN SAHIWAL




Inilah produk hasil pembakaan di Ladang Ternakan Ulu Yam.Kami namakan "LTU Freshian Sahiwal"
Penjantan yang berusia 3 tahun lebih bernama "GARY". Betina-betina yang ada menghasilkan anak yang
baik hasil perkahwinan dengan GARY.
Setiap betina menghasilkan minima 10 liter susu sehari.Setiap liter susu di jual dengan harga RM3.00.Cara kami menjual ada dua cara:-
1.Peraih datang mengambil dengan harga RM2.50/liter dengan kuantiti yang banyak
2.Menjaja di tepi jalan dengan harga RM3.00/liter.

Hasil jajaan tepi jalan purata kami dapat menjual lebih kurang 100 liter sehari.

Pemakanan amat penting bagi lembu tenusu.Makanan yang baik boleh menghasilkan susu yang bermutu tinggi.
60% ~ 70% atau sehari 1.5 tan rumput di perlukan untuk ternakan di LTU.Disamping itu kami juga memberi makanan tambahan seperti pallet,hampas soya.hambas barli.hampas gula merah,garam dan vitamin tambahan.
Kebersihan kandang juga memain peranan bagi menghasilkan susu yang berkualiti dan berkuantiti.

LTU Freshian Sahiwal adalah jenama Ladang ternakan Ulu Yam.Walaupun belum dipattenkan tetapi kami sinonim dengan baka lembu jenis ini.Umpama kasut juga,kalau bandingkan jenama "Bata" dan "Nike" tentu harga yang berbeza.Begitu juga Proton Waja dan Toyota Camry.Kalau kita hendak barangan kita berkualiti,
perkara wajib yang harus kita tumpukan adalah :-
1.Baka yang baik
2.Pemakanan yang baik
3.Kesihatan dan kebersihan
4.Pengurusan yang mantap.

Perkongsian ILMU dengan penternak baru dan lama adalah keutamaan kami.Setiap ilmu baru dan lama amat penting bagi setiap penternak.Jangan kita menyalahkan pihak lain bila perlaburan kita tidak mendatangkan hasil yang baik.Tindakan yang perlu kita ambil adalah mendapat nasihat dari rakan ternak yang lain.Bak kata orang kalau tak tahu berguru,kalau tak pandai berlajar.

Akhir sekali jangan lupa dan lupa untuk "BERDOA", kerana "DOA" itu senjata mukmin.
9/10 hasil pendapatan adalah dari Perniagaan ( pertanian atau penternakan ).Kejayaan yang di kecapi oleh LTU belum boleh dibanggakan lagi kerana ada lagi PENTERNAK lain yang lebih berjaya dari LTU.
Pesanan LTU pada penternak baru : USAHA DAN BERDOA TANGGA KEJAYAAN.



Share

0 comments:

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP