LTU : Kolam dan Ikan
Air sangat penting dalam Penternakan Lembu Tenusu.Air digunakan untuk minuman dan pembersihan lembu dan kandang.Air kolam yang digunakan untuk minum digalakan campur dengan sedikit garam bagi mengelakan lembu kembong perut.
Ikan sebagai sumber sampingan juga berperanan sebagai penanda aras bagi mengelak keracunan pada sumber air.Bagi mendapatkan sumber air,sekiranya ada tanah yang berlebihan,penternak digalakkan membina kolam.Kolam berfungsi menyimpan air dan juga sumber penternakan ikan.
Kolam yang dipenuh ikan juga menarik perhatian tetamu yang datang.Sekiranya Ladang anda kerap dikunjung oleh lawatan IPT,SMK,SK atau TADIKA ,kolam ikan akan menjadi daya tarikan pelajar.
Kolam di LTU dipenuhi oleh kebanyakkan ikan talapia merah,akan tetapi ianya juga dihuni oleh ikan talapia hitam.keli,haruan,belida dan lain lain.Yang menariknya ada seekor biawak yang menjaga kolam dari dicerobohi biawak yang lain.Biawak sederhana besar itu tidak memakan ikan yang hidup.Itulah keistimewaan yang dirahmati Allah kepada LTU.
Nasihat LTU : DOA ITU SENJATA MUKMIN
Share






0 comments:
Catat Ulasan