INTI PATI "FARM BUSINESS TALK"
Pada Sabtu 23-10-10 lepas ada 6 sahabat datang menghadiri "Farm Business Talk" diLadang Ternakan Ulu Yam (maaf, jumaat ni saya upload gambar) . Dari reaksi mereka berpuas hati.....(tolong emel komen yang pedas sket atau tinggalkan komen) dari apa yang mereka perlajari.
Untuk pengetahuan semua "Farm Business Talk" bukan untuk melatih anda menternak ternakan tapi membimbingan kepada bakal usahawan yang ingin terjun kedalam Industri yang kian mendapat perhatian umum.Industri pentenakan menjanjikan pulangan yang lumayan dan masih lagi mempunyai ruang yang amat besar.Sebagai contoh hasil kajian daripada MARDI,penggunaan daging kambing dikalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah (sekadar 0.7 kg/orang/tahun) berbanding dengan ayam dan ikan. Kesedaran masyarakat tentang khasiat daging kambing dan khasiat susu kambing atau lembu segar kini menampak telah meningkat.Cuba anda bayangkan di BATANG KALI,sebuah pekan kecil berbanding dgn Kajang,Nilai,Kulim atau Bukit Mertajam,disini "walk in customer" atau penjualan ditepi jalan berhadapan Ladang Ulu Yam purata setiap hari untuk susu lembu 100 liter (1liter Rm3.00) dan 50 botol susu kambing (250ml/botol Rm5.00) .Purata pendapatan harian RM550.00 dan kalau keuntungan 25% daripada hasil jual dan pendapatan penternak sehari RM137.5 X 25 hari bersamaan RM3437.50 sebulan,LUMAYAN KAN UNTUK KITA yang kantoi SPM.
Untuk memperolehi pendapat bulanan sebegini anda cuma perlu memelihara kira-kira 20 ekor kambing (Saenan Cross atau Jamnabari Cross ) sahaja.Tidak perlu baka ori yang lazimnya alah cuaca Malaysia,dan kambing mampu milik seperti penternak kecil seperti kita. Lembu pula anda cuma perlu ada sekitar 10 ekor dari jenis CROSS Freshian Sahiwal .Setiap lembu boleh menggeluarkan MINIMUM 10 Liter susu sehari,(kalau rezeki anda baik,ianya boleh mengcecah 25 liter sehari bergantung permakanan).
Ini baru cerita mengenai SUSU,belum dikira dari hasil jualan lembu atau kambing jantan.
Modal yang diperlukan untuk lembu sekitar RM50,000.00 untuk 10 ekor lembu dan RM10,000 untuk 12 ekor kambing. Jumlah modal ternakan RM60,000.00
Modal membuat kandang sekitar RM25,000.00 (Lembu dan kambing)
Modal peralatan RM5000.00
Modal Persedian tanah,alatan dan makanan sekitar DAN JUMLAH KESELURUHAN MODAL RM100,000.00
Pulangan dalam tahun kedua dan berikut sekitar RM42,000.00
Pulangan untuk tahun ketiga dan berikut sekitar RM60,000.00 (anak lembu dalam nisbah 50% jantan dan 50% betina)
* pulangan hasil tenusu
Pulangan HASIL daging atau jualan anak jantan lembu kambing ,anda kira sendiri.
"FARM BUSINESS TALK" adalah kursus bimbingan untuk mereka yang ingin berjaya seperti kami.Perkongsian pengalaman yang kami ada,boleh anda guna sebagai garis panduan untuk berjaya.
Andai kata anda melabur RM100,000 dalam ASB atau FD,anda tiada risiko dan anda bukan usahawan dan anda tiada merasai kepahitan hidup dan Yang PENTING ANDA CUMA DAPAT sekitar RM10,000.00 setahun.
So apa lagi yang anda FIIRKAN .Nak jadi PELABUR SAHAM atau nak jadi USAHAWAN.






0 comments:
Catat Ulasan