LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

METRO AHAD 19-9-10 :Ternakan cinta pertama Mohd Sidek




BAGI sesetengah orang, apabila mempunyai kerjaya atau perniagaan yang boleh dibanggakan serta mampu menyara kehidupan sekeluarga, pastinya ia mencukupi buat diri mereka.


BESAR...baka lembu jantan New Zealand, Friesian Sahiwal yang digunakan bagi membiak lembu jenis tenusu.
sebelum - selepas
SEGAR...Mohd Sidek bersama susu segar yang baru diperah. JINAK...Kambing baka Boer Cross yang turut diternak Mohd Sidek. BANYAK...sebahagian lembu daging baka Brahman yang diternak. LUMAYAN...sebahagian daripada 130 lembu daging di Ladang Ternakan Ulu Yam.

BANYAK...sebahagian lembu daging baka Brahman yang diternak.

Sebaliknya, kepuasan bagi dirinya adalah dengan menceburi bidang yang diminatinya sejak kecil.

Demi mencari kepuasan itu, lelaki ini yang hanya mempu nyai pendidikan tertinggi hingga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sanggup ‘me nutup’ syarikatnya dan membuka ladang ternakannya sendiri.


Malah siapa sangka, kerana mengikut minat juga, usahanya membuahkan hasil apabila kini mempunyai 470 ternakan iaitu 330 ekor lembu dan 140 ekor kambing daging dengan nilai lebih RM1 juta.

Berkat pengorbanan dilakukan juga, dia mampu mengeluarkan sehingga 600 liter susu hasil daripada kedua-dua ternakan terbabit dengan nilai pendapatan sehingga RM25,000 sebulan.

Mengimbas kembali detik awal bagaimana minat menternak itu mula tersemai, semuanya bermula sejak kecil apabila dia bersama enam adik-beradiknya membantu ayah menjaga beberapa ekor lembu tenusu yang diternak, termasuk membersihkan najis haiwan berkenaan.

Setiap hari, mereka adik-beradik datang ke kandang lembu dimiliki ayahnya bagi memberi makan serta mencuci kawasan kandang, selain bersama-sama membantu memerah susu lembu dengan tangan mereka.

Namun, apabila berpindah kediaman dari Sungai Besi ke Bangi ketika dia berusia 16 tahun, rutin hariannya tidak dapat dilaksanakan selepas ayahnya menjual semua ternakan.

“Saya masih ingat, hampir setiap hari kami membantu ayah menjaga lembunya dan kerana sejak kecil lagi diajar serta ‘duduk’ bersama lembu berkenaan, lama kelamaan saya suka pekerjaan itu dan timbul minat untuk menternaknya.

“Ketika ayah menjual lembunya juga tidak silap saya, ada kira-kira 50 hingga 60 ekor lembu yang semuanya membiak atas usaha kami tujuh beradik yang sama-sama menjaganya dan sedih juga bila melihat lembu dijual,” katanya.

Menurut Mohd Sidek, sebaik tamat STPM, dia pada mula nya bekerja di sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan pemasangan peralatan telekomunikasi.

Namun, selaras dengan pengalaman dimiliki saban tahun, dia mula membentuk sebuah syarikat kontraktor yang mengambil kontrak pemasangan peralatan kelengkapan telekomunikasi dengan syarikat lain.

Sebagaimana manusia lain, Mohd Sidek berkata, bidang kontraktor diceburinya memberi ba nyak tekanan kepadanya apabila terpaksa menghadapi persaingan sengit dengan kontraktor lain bagi mendapatkan tawaran atau kontrak dengan mana-mana syarikat telekomunikasi.

Tidak tahan dengan tekanan itu dan dengan berbekalkan sedikit modal, dia nekad menutup terus pintu syarikatnya pada 2004 dan beralih kepada bidang diminati nya sejak kecil iaitu penternakan.

“Terus terang saya akui, jika dihitung pendapatan yang saya peroleh dari syarikat kontraktor yang saya miliki, ia lebih daripada cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan saya bersama isteri dan anak setiap bulan.

“Namun kerana tidak tahan, saya sentiasa terfikir untuk tidak meneruskan perniagaan itu dan mencari bidang lain hinggalah akhirnya saya memutuskan untuk menternak lembu sebagaimana bidang yang saya minat sejak kecil,” katanya.

Ternyata, usahanya tidak sia-sia kerana keputusannya serta minatnya membuahkan hasil apabila daripada 20 ekor lembu tenusu baka New Zealand jenis Friesian Sahiwal yang dimiliki, ia kini membiak sebanyak 200 ekor.

Kerana minatnya juga, Mohd Sidek kini turut berbangga apabila memiliki lembu daging baka Brahman, kambing daging baka Boer Cross dan Jamna Bai Cross serta kambing tenusu baka Soanen.

Mohd Sidek berkata, sebagaimana pengalaman ditimba sewaktu kecil, dia memastikan ladang ternakannya bersifat lebih sistematik dan bersih bagi menjamin tahap kesihatan haiwan yang diternaknya.

Malah, sebagaimana dipelajari daripada ayahnya, dia turut sentiasa bersama-sama pekerja menguruskan ladang ternakannya.

“Perkara ini yang kebanyakan nya tidak diambil berat oleh penternak kerana apabila membuka ladang ternakan, mereka hanya berharap dan bergantung kepada pekerja.

“Sebenarnya itu salah, kerana daripada apa yang saya pelajari, ladang kita adalah tanggung jawab kita... pekerja hanya membantu dan jika mereka jatuh sakit, kepada siapa pula hendak kita harapkan melainkan diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, kehidupannya lebih puas apabila menceburi penternakan kerana dia dapat meluangkan masa turun padang bersama-sama isteri serta anak di ladang ternakan yang diusaha kan atas tanah seluas lapan ekar di Batang Kali, Selangor.

Kini, Mohd Sidek boleh berbang ga berikutan ladang ternakan diusahakannya mendapat pengiktirafan Jabatan Veterinar Hulu Selangor, terutama dalam mengendalikan siri kursus dan latihan kepada bakal penternak.

PROFIL
NAMA: Mohd Sidek Sher Mohamad
ASAL: Sungai Besi, Kuala Lumpur
USIA: 50 tahun
PENDIDIKAN: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
JAWATAN: Pengarah Ladang Ternakan Ulu Yam
ISTERI: Zaiton Othman
ANAK: Nurul Hidayah Mohd Sidek (11)

METRO AHAD 19-9-10 : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TernakancintapertamaMohdSidek/myMA/myArticle

Share

1 comments:

Awanama 20 September 2010 2:09 PTG  

hebat abghalim dan family.. teruskan usaha.

Syam

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP