LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Idam pembekal utama di Selangor


Idam pembekal utama di Selangor


2010/09/19

LADANG Ternakan Ulu Yam mensasarkan untuk menjadi pengedar lembu dan kambing tenusu yang terbesar di Sela­ngor dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, sasaran itu bukan mustahil berikutan pada masa kini dia memiliki sebanyak 200 ekor lembu tenusu dan 60 ekor kambing tenusu yang dibiakkan sendiri sejak 2004.


“Pasaran terhadap pengeluaran susu dari kedua-dua ternakan memang sangat menggalakkan kerana sehingga kini kebanyakan hasil keuntungan yang kita peroleh adalah berdasarkan penjualan susu.


“Jika kita dapat membiakkan baka kambing serta lembu dalam skala lebih besar, kita memang boleh menjadi pengeluar dan pembekal utama susu di Selangor,” katanya.


Bagaimanapun, Mohd Sidek berkata, buat masa ini ternakan lembu dan kambing yang diusahakan secara komersial itu bukan bagi memenuhi permintaan produk susu yang dikeluarkan sama ada bagi pasaran Kuala Lumpur mahupun seluruh Selangor, sebaliknya bagi memenuhi permintaan individu yang berminat mendapatkannya.

“Bagi membekalkan produk susu kambing dan lembu untuk pasaran Kuala Lumpur saja memang kami tidak mampu kerana memerlukan beribu-ribu ekor lembu serta kambing tenusu, apatah lagi bagi pasaran lebih besar.


“Namun, bagi memenuhi permintaan individu yang berminat mendapatkan susu segar kambing atau lembu... buat masa ini, itu yang kami termampu,” katanya.


Mohd Sidek berkata, pihaknya kini turut merangka strategi pe ngurusan bagi memperbesarkan lagi ladang ternakan dimiliki bagi membolehkan baka lembu serta kambing daging yang berkualiti dapat diperluaskan.


Katanya, ini bagi memboleh kan Ladang Ternakan Ulu Yam menjadi pusat sehenti dalam membekalkan produk hasil daripada kedua-dua ternakan terbabit sama ada susu atau daging bagi majlis keramaian, korban atau aqiqah atau bekalan daging kepada peruncit dan pemborong.


“Setahu saya, pada masa kini tidak ada satu ladang ternakan yang menjadi tempat sehenti dalam menjual produk lembu dan kambing, apatah lagi membekalkan baka haiwan terbabit.


“Jika ada yang menjual daging atau susu, belum tentu lagi mereka dapat membekalkan baka lembu atau kambing berkualiti kepada penternak lain dalam skala besar,” katanya.


Selain itu, Mohd Sidek berkata, dia ingin memadam persepsi negatif kebanyakan rakyat di negara ini yang beranggapan bidang penternakan lembu dan kambing tidak mampu memberi pulangan memberangsangkan berikutan persaingan dalam pasaran dan memakan kos perbelanjaan tinggi.

Katanya, ini kerana ramai beranggapan terlalu ramai menceburi bidang itu, menyebabkan sesiapa yang baru menceburi nya sukar mendapatkan pasaran sama ada pasaran terhadap daging atau susu lembu dan kambing.


“Ini yang menjadi masalah kepada masyarakat di negara kita kerana beranggapan menternak lembu dan kambing adalah rumit kerana memerlukan kos perbelanjaan besar, terutama membabitkan makanan haiwan berkenaan.


“Sebenarnya, kebanyakan mereka silap apabila memulakan penternakan dengan melabur terlalu tinggi pada kandang ternakan, sedangkan mereka sepatutnya membuat pelaburan pada ternakan itu sendiri, terutama dalam mendapatkan baka berkualiti,” katanya.


Justeru, bagi mengikis tanggapan negatif sedemikian, pihaknya turut mengadakan kursus dan latihan penternakan lembu dan kambing yang mendapat pengiktirafan Jabatan Veterinar Hulu Selangor kepada individu yang berminat dengan bidang itu.


Katanya, kursus dan latihan itu akan merangkumi khidmat nasihat untuk memulakan bidang penternakan, termasuk pengurusan perbelanjaan, terutama terhadap makanan haiwan berkenaan.


Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut me ngenai kursus berkenaan boleh melayari laman web Ladang Ternakan Ulu Yam di alamat www.uluyamfarm.com.my atau berhubung dengan Mohd Sidek secara terus di talian 012-3770445.
RUJUK METRO AHAD http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IdampembekalutamadiSelangor/myMA/myArticle/


Share

0 comments:

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP