LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

DAGING IMPORT INDIA : Daging Kerbau

Salam Penternakan

La ni kita digembarkan dengan isu daging import dari India.Menteri kita yang berkaitan dengan Asas Tani mendedahkan.Amboi dah lama baru la ni nak sedaq ka ?Kata Suid KK dari Bukit Sarang Ayam.Dari tahun 1982 hingga kini baru ada MENTERI NAK SEDAQ. Menurut Suid KK lagi,Ketua kat JPV kata,walaupun tu daging kerbau bukan bermakna daging tu tak baguih.Bukan kerbau JKR,itu kerbau tenusu.

Menjuih mulut SUID KK dengan muka macam kambing tersenyum.Omar kura yang dari tadi asyik mendengar, mencelah pula.Kerbau susu pun bih kurang la dengan kerbau JKR.Bezanya,kerbau susu tak buat kerja ja.Tapi umoq dah tua,mungkin dalam 5 hingga 8 tahun.Kalau kerbau susu tu baguih lagi,tak kan depa nak sembelih.Depa dah balun susu dia sampai kering,apa lagi yang tinggal,abis lingkup.Mana nak cari zat atau vitamin lagi.

Aku dari tadi asyik mendengar perbualan mereka dari tadi,terfikir ada logiknya cakap orang-orang kampung yang bersidang di Kedai Aji Seman ni.Mana mungkin PENTERNAK DARI INDIA menyembelih KERBAU MUDA.Tak kiralah KERBAU JKR ATAU KERBAU SUSU.Kerbau muda masih lagi aktif dengan aktiviti tersendiri.Yang susu masih produktif mengeluarkan susu.Kerbau JKR pula masih gagah membajak sawah atau ladang.Bila dah KONDEM barulah TERNAKAN itu disembelih.

Aku tersentak,bila Non Musang dengan berani menuduh yang STATUS HALAL daging berkenaan.Katanya,"India bukan negara Islam,sahari depa sembelih 1000 ekor,kat tempat sembilihan tu.Dan ka depa ni nak baca Bismillah"."Awat tak dan pula",kata Park Pulas

Park Pulas mengadaikan begini,Sapa yang pi check status HALAL di India.Kalau pengimport kita pi,tak kan depa pi setiap hari.

Yang lain mendengar semua menganguk-angukkan kepala,tanda setuju.Ada kebenaranya juga kata-kata Park Pulas itu.Di Malaysia pun,SIJIL HAHAL di salah guna oleh pengusaha bukan muslim,ini pula di India bukan negara Islam.

Dari perbualan di kedai kopi Pak Aji Seman Pekan Sungai Seluang,orang kampung la ni dah matang dalam semua hal.Kerajaan jangan menganggap kita dizaman 1980-an.Kita dah maju dan rakyat sudah dapat berfikir dengan lebih jauh.

Esok lusa,ada pula MENTERI yang tersedar yang daging kambing dari Australia bukanya daging kambing,sebenarnya daging biri-biri.Bab tu harganya murah cuma skitar RM19.80/kg.Mana mungkin kita kambing tempatan nak bersaing harga.

Harap mulai hari ini PIHAK YANG BERWAJIB pi la CHECK.Dok nga nga kat opis apa barang.Nak TUNGGU PRU-13 baru nak check dah terlambat.RAKYAT sudah lali..........PENTERNAK TEMPATAN YANG RUGI..yang untung tukang bagi AP dan tukang dapat AP.

0 comments:

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP