LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Kursus Penternakan Kambing Boer (BMARDI-23-1/1)

Yang BerBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,


Tawaran
:
Kursus Penternakan Kambing Boer (BMARDI-23-1/1)



Tarikh
:
14 Jun 2010 - 17 Jun 2010



Tempat
:
Hotel Prime City, Kluang
No 20, Jalan Bakawali
86000 Kluang
JOHOR



Tarikh/Masa Pendaftaran
:
13 Jun 2010 (3.00 ptg - 6.00 ptg)



Pakaian
:
Kemas dan Bersesuaian


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Putrajaya ingin menawarkan tempat kepada ahli-ahli/usahawan di bawah seliaan pihak Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan yang memenuhi syarat-syarat permohonan dan kumpulan sasar (Lampiran A) bagi mengikuti kursus seperti yang tersebut di atas. Kursus tersebut dianjurkan oleh KKLW dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).



3. Dengan ini, mohon kerjasama pihak Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk melayari Laman Web Kementerian: www.rurallink.gov.my atau terus ke https://smu.rurallink.gov.my bagi aplikasi web, eSMILE (Sistem Maklumat Integrasi Latihan Ekonomi Desa) untuk mendapatkan borang kursus tahun semasa bagi permohonan secara manual. Kerjasama pihak Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bagi menggunakan sistem tersebut amat digalakkan.

4. Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan akan diproses oleh pihak KKLW sebelum surat tawaran kursus dikeluarkan. Kerjasama pihak Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan ke atas perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Kamarularifin bin Ab. Gani di talian 03-89473411 atau Siti Khadijah Binti Dolah di talian 03-89473458 atau Ismafarah Bt. Ismail di talian 03-89473523 atau Ami Zamira Binti Zakaria di talian 03-89473528.


Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,

t.t

(KAMARULARIFIN BIN AB. GANI)
Bahagian Pengupayaan Ekonomi
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
MALAYSIA

Terima Kasih.

Regards,
Siti Khadijah Binti Dolah
PSU (PE) A
Unit Latihan Keusahawanan
Bahagian Pengupayaan Ekonomi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Tingkat Bawah MIECC
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-8947 3458
Faks : 03-8942 9227

0 comments:

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP