LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

KAMBING BOER : RELEVENKAH DENGAN PASARAN MALAYSIA

Salam Penternakan ?

Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani melalui Jabatan Verinar Malaysia dan MARDI mengesorkan bahawa BAKA BOER adalah baka kambing yang terbaik dan harus menjadi pilihan penternak kambing di Malaysia.

Dalam masa yang sama JPV dan Mardi sendiri arif dan tahu bahawa Kambing Boer sukar menembusi pasaran di Malaysia.Rata rata rakyat malaysia cuma memakan daging kambing cuma 0.7kg setahun.Sekiranya rakyat malaysia yang sekitar 26 juta memakan cuma 0.7kg atau 18,200,000kg daging kambing setahun.Berat kambing ideal yang lazimnya menjadi permintaan pengguna cuma sekitar 30kg ,ini bermakna cuma 606,667 ekor kambing setahun atau 50556 ekor kambing sebulan atau 1685 ekor kambing sehari.

APAKAH KITA PERLU KAMBING BOER YANG BERAT SEKITAR 60kg ~ 70kg ?

LAZIMNYA kambing dibeli oleh rakyat Malaysia bilamana kambing sudah cukup umor 2tahun dan keatas.Berat kambing pula cuma sekitar 30kg atau berharga sekitar RM600.

Sekiranya faktor diatas diambil kira,ADAKAH MASA DEPAN PENTERNAK BOER DI MALAYSIA TERJAMIN ?

Semua pihak FAHAM dengan keadaan ini? APAKAH TINDAKAN YANG DIAMBIL?
APAKAH KERAJAAN MASIH LAGI MENGIKTIRAF BAKA BOER ADALAH YANG TERBAIK?
KENAPA MARDI TIDAK MENGHASILKAN BAKA YANG CUKUP UMOR DAN BERAT SEKITAR 30KG?
APAKAH TINDAKAN PROMOSI OLEH PIHAK YANG BERWAJIB DALAM MEMPROMOSI KAMBING ADALAH DAGING YANG TERBAIK UNTUK DIMAKAN?
SAMPAI BILA KERAJAAN MAHU MENDERA PENTERNAK KECIL DENGAN BAKA BOER?

Apakah penyelidikan MARDI Berjaya ?
Apakah fungsi ARB ?
Dimana aras KPI BOER DI MALAYSIA ?

2 comments:

Awanama 1 Julai 2010 11:26 PTG  

abang..rasanya bukan masalah tu sangat..masalahnya kos..kos tinggi dan kambing tak mampu dijual ikut harga pasaran..kalo harga pasaran dapat ikut, kambing besar mana pon rasanya takpa sebab pembeli akan beli secara kuantiti kg dan bukannya ekor..lembu pon sama..yang boleh jual kat market kebanyakkan lembu import jugak..lembu kampung pon susah nak jual..nasri kelian farm

Awanama 26 September 2010 1:06 PG  

tujuan utama kambing boer ni saya rasa kita perlu cross kan dgn kambing kampung atau kambing lain supaya kambing2 ni mendapat genetik kmbing boer... tpi sekarang ramai yng meneruskan boer pure or full blood yng harganya agak tinggi...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP