LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Rebut peluang sektor ternakan

Rebut peluang sektor ternakan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my
KUALA KRAU 4 Dis. – Penduduk luar bandar di kawasan tanah rancangan dan kampung tradisional perlu serius merebut peluang dalam sektor ternakan lembu dan kerbau kerana ia berpotensi memberi pendapatan yang lumayan.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, penduduk yang ingin menyertai bidang tersebut boleh berhubung dengan Majlis Pembangunan Pertanian untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Katanya, majlis itu ditubuhkan bagi memastikan mereka yang benar-benar berminat untuk menternak lembu dan kerbau mendapat peluang tersebut.

Selain itu, katanya, penduduk kampung juga boleh mendapatkan bantuan daripada ketua-ketua kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) serta penghulu yang terlibat sama memantau projek di bawah Majlis Pembangunan Pertanian.

‘‘Peranan mereka memantau perkembangan ternakan dan menjadi tempat rujukan penternak dalam mendapatkan baka ternakan yang baik, makanan, masalah tanah dan sebagainya,” kata Ismail kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, selain boleh menjana ekonomi bidang ternakan juga mampu memberikan pendapatan lumayan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar sekiranya dijalankan secara komersial.

“Penternak tidak perlu bimbang mengenai pemasaran kerana Majlis Pembangunan Pertanian akan menguruskannya di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang terletak di Jengka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail meminta ketua-ketua kampung dan Pengerusi JKKR mengenal pasti senarai penduduk yang layak menerima Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) di kampung masing-masing dan memastikan tidak ada yang tercicir bagi mengelak masalah di kemudian hari.

“Pemimpin yang diberi tanggungjawab ini perlu memastikan nama penduduk yang layak menerima bantuan ini diberikan segera. Saya harap tidak ada penduduk yang tercicir kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan memberi kesan kepada kerajaan,” katanya.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP