LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

JOM TERNAK LEMBU TENUSU

Berdasarkan laporan dibawah,Penternakan Lembu Tenusu mempunyai POTENSI yang cerah.Usahawan baru haruslah mengambil peluang yang masih terbuka luas.
Seiranya anda berminat untuk menjadi Penternak Lembu Tenusu,anda boleh datang ke Ladang Ulu Yam untuk berkursus.Kami menyediadakan :-

PAKEJ BELI DAN KURSUS
1.Belian minimum 5 ekor lembu tenusu
2.3hari 2 mlm kursus percuma

PAKEJ AKAN DATANG

1.KURSUS
2.Urusan Pinjaman (berupa belian lembu dan kandang)

Kami sedang berusaha berbincang dengan badan berkaitan untuk menjayakan PEKEJ AKAN DATANG.Segala infomasi terkini,kami akan hebahkan dari masa ke semasa.






Sasaran 80 juta liter susu cair pada 2010
PASIR PUTEH 3 Feb. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan jumlah keluaran susu cair negara bertambah kepada 80 juta liter tahun depan bagi menampung peningkatan permintaan.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pada masa kini, hanya 51 juta liter atau 4.6 peratus susu cair dikeluarkan oleh negara berbanding keperluan pengguna sebanyak 1.081 bilion liter.
Beliau berkata, jumlah yang kecil itu disebabkan kekurangan bekalan lembu tenusu tempatan yang sesuai diternak di negara ini kerana faktor cuaca.
"Jumlah pengeluaran susu cair di negara kita menunjukkan peningkatan, sebagai contoh pada tahun lalu ia meningkat 13 peratus berbanding hanya 45 juta liter pada tahun sebelumnya.
"Ia petanda yang agak baik bagi kita mencapai sasaran 80 juta liter susu untuk keperluan negara pada 2010," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Kelompok Tenusu Sungai Durian di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr. Zairi Serlan dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Mustapa meninjau projek ternakan lembu tenusu di atas tapak seluas 60 hektar yang melibatkan lima pengusaha dan 144 ekor lembu.
Mustapa berkata, 90 peratus daripada pengeluaran susu negara dihasilkan oleh penternak kecil atau tradisional manakala selebihnya penternak komersial.
"Terdapat 689 penternak terlibat dengan penternakan lembu tenusu, populasi induk lembu sebanyak 18,098 ekor di seluruh negara," katanya.
Katanya, kementerian telah mewujudkan Dasar Tenusu Negara sebagai garis panduan meningkatkan pengeluaran susu.
Ujarnya, antara strategi dikenal pasti ialah meningkatkan populasi asas dengan ternakan, sesuai untuk pengeluaran mapan dan ekonomik serta mewujudkan pengkhususan sistem pengeluaran lembu tenusu.
"Kita faham ternakan lembu tenusu di negara ini sukar kerana iklim tropika tetapi kita akan mencuba supaya pengeluarannya dapat ditingkatkan.
"Secara purata seekor lembu tenusu di negara ini mengeluarkan tujuh sehingga lapan liter susu cair setiap hari berbanding di Indonesia 25 liter sehari," katanya.
Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap pengeluaran susu cair bagi mengurangkan import bahan itu.
Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan pengeluar tenusu antarabangsa, Dutch Lady untuk mewujudkan usahasama melahirkan usahawan dan penternak tenusu.
"Mereka bersetuju memberi latihan kepakaran dan kemahiran kepada usahawan tempatan dalam industri tenusu untuk meningkatkan produk tenusu di dalam negara," katanya.

Read more...

Kompetensi Keusahawanan


Maksud Kompetensi Keusahawanan

Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama.
Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) terhadap usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini.

Senarai Kompetensi Keusahawanan

1. Inisiatif
Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang • membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa. • mempunyai sikap proaktif • giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.
Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.

2. Melihat dan merebut peluang
Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang • mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud• berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain
Kompetensi ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

3. Kecekalan
Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut: • tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah.• Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat
Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pun pernah mengalami kegagalan.

4. Mencari maklumat
Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah:• melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan• mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan• membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya
Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui.

5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
Sikap individu yang menitik beratkan mutu kerja yang tinggi adalah:• Cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi• Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.• Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu .
Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan berpeluang untuk berjaya.

6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan:• kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja• mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja • kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan• menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan• sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .
Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

7. Berorientasi ke arah kecekapan
Sikap individu yang berorientasi ke arah kecekapan adalah:• sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya• sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.• Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan

8. Membuat perancangan yang sistematik
Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik:• membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah• membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan• membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan• mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat
Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan.

9. Menyelesaikan masalah secara kreatif
Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah:• mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin• mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif
Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.

10. Yakin terhadap keupayaan diri
Individu yang bersikap yakin terhadap diri:• mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati. • melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran.• boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu.• banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan.• tidak takut mencuba dan tidak takut gagal
Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan.

11. Ketegasan
Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut:• berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung • berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.
Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya.

12. Meyakinkan orang lain
Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah:• mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan.• mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti • bermaklumat dan berpengalaman
Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.

13. Menggunakan strategi pengaruh
Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah:• cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu matlamat perniagaan.

Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya.Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan; • Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak• Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum• Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran• Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran• Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladanUsahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.
TERIMA KASIH DAN HALALKAN ILMU ANDA http://kitausahawan.blogspot.com/

Read more...

Koperasi Lembu

ARKIB : 30/01/2009

MJ Fatonah tubuh koperasi bekas peserta kursus


Siti Fatonah turun padang bagi meninjau sendiri masalah yang dihadapi haiwan ternakannya.


Biasanya selepas menjalani sesuatu latihan, pelatih bergerak sendiri bagi memajukan perniagaan sendiri.

Melihat kepada kepayahan bekas peserta kursus Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah Sdn. Bhd. untuk memasarkan produk, pihak akademi telah mengambil langkah menubuhkan sebuah koperasi.

Koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad itu ditubuhkan bagi mengumpul semua bekas peserta kursus kendalian MJ Fatonah bagi bergabung tenaga dan idea meningkatkan ekonomi setiap anggotanya.

Sehingga Disember lepas, seramai 344 orang peserta telah menghadiri kursus anjuran akademi berkenaan dan 167 daripadanya menghadiri kursus Rancangan Perniagaan.

Biarpun koperasi itu masih di peringkat permohonan pendaftaran tetapi sambutan daripada bekas peserta amat menggalakkan.

Projek pertama koperasi ialah penjualan dan pembelian lembu dan kambing serta produk hiliran yang memerlukan khidmat pemasaran.

Projek kedua ialah pemprosesan dan pembekalan baja organik dari tinja lembu dan kambing yang akan dimulakan di rumah baja Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah yang menjadi pusat pengumpulan dan pemasaran.

Seterusnya, koperasi juga akan memohon pemilikan permit import ternakan lembu dan kambing bagi memudahkan anggota mendapat bekalan ternakan.

Mesyuarat Agung pertama koperasi dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Suruhanjaya Koperasi (SKM) Negeri Selangor, Amran Kadir dan turut dihadiri Yang Dipertua Koperasi KPMJF, Datuk Gumuri Husin, Pengerusi Bank SME, Zaarah Abu, Penolong Pengarah SKM Wilayah Sabak Bernam/Kuala Selangor.

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah terletak di Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor dan mula beroperasi sejak 2005.

Kemudahan yang disediakan meliputi bilik kuliah berhawa dingin lengkap dengan alat bantu mengajar, bilik penginapan, dewan makan, surau dan kemudahan riadah.

Modul yang dibentangkan semasa kursus mementingkan kemahiran amali dan juga teori.

Antara modul latihan ialah teknik penternakan sempurna, mengenalpasti penyakit dan rawatan, reka bentuk kandang, pemakanan seimbang, Amalan Penternakan Baik (GAHP), teknik menanam rumput napier, penyembelihan halal dan logistik.

Setiap kursus akan diberi bonus modul iaitu teknik pembuatan makanan ternakan, baja organik dan penyediaan kertas kerja pinjaman pertanian.

Akademi milik MJ Fatonah diterajui Siti Fatonah Arbain sebagai Pengarah Urusan dibantu suaminya, Mohamad Jamil Mahidin sebagai Pengurus Besar.

Beliau dan suami adalah fasilitator dan pakar runding yang dilantik oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di dalam bidang ternakan lembu dan kambing dengan bantuan dari pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pegawai MARA Daerah.

Ilmu yang dikongsi telah membuahkan hasil apabila lebih 60 peratus bekas peserta telah menjalankan projek penternakan di tapak masing-masing.

Hubungan dan pemantauan berterusan kepada bekas peserta dan bantuan teknikal serta rundingan diberi tanpa caj tambahan.

MJ Fatonah bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA melalui Institut Usahawan Bumiputera (IUB).

MJ Fatonah juga bekerjasama dengan Bahagian Latihan RISDA untuk kursus Ternakan Lembu dan Kambing serta Pembuatan Baja Organik.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat dan koperasi ini, pembaca boleh menghubungi Fatonah atau Jamil di talian 012-3343800 atau 017-3343800.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP