LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Rebut peluang sektor ternakan

Rebut peluang sektor ternakan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my
KUALA KRAU 4 Dis. – Penduduk luar bandar di kawasan tanah rancangan dan kampung tradisional perlu serius merebut peluang dalam sektor ternakan lembu dan kerbau kerana ia berpotensi memberi pendapatan yang lumayan.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, penduduk yang ingin menyertai bidang tersebut boleh berhubung dengan Majlis Pembangunan Pertanian untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Katanya, majlis itu ditubuhkan bagi memastikan mereka yang benar-benar berminat untuk menternak lembu dan kerbau mendapat peluang tersebut.

Selain itu, katanya, penduduk kampung juga boleh mendapatkan bantuan daripada ketua-ketua kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) serta penghulu yang terlibat sama memantau projek di bawah Majlis Pembangunan Pertanian.

‘‘Peranan mereka memantau perkembangan ternakan dan menjadi tempat rujukan penternak dalam mendapatkan baka ternakan yang baik, makanan, masalah tanah dan sebagainya,” kata Ismail kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, selain boleh menjana ekonomi bidang ternakan juga mampu memberikan pendapatan lumayan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar sekiranya dijalankan secara komersial.

“Penternak tidak perlu bimbang mengenai pemasaran kerana Majlis Pembangunan Pertanian akan menguruskannya di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang terletak di Jengka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail meminta ketua-ketua kampung dan Pengerusi JKKR mengenal pasti senarai penduduk yang layak menerima Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) di kampung masing-masing dan memastikan tidak ada yang tercicir bagi mengelak masalah di kemudian hari.

“Pemimpin yang diberi tanggungjawab ini perlu memastikan nama penduduk yang layak menerima bantuan ini diberikan segera. Saya harap tidak ada penduduk yang tercicir kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan memberi kesan kepada kerajaan,” katanya.

Read more...

MAKANAN TERNAKAN

Nuinfra manfaat sisa sawit hasilkan makanan ternakan

oleh LAUPA JUNUS

Makanan ternakan ruminan yang sedia untuk dipasarkan.

PENGLIBATAN syarikat tempatan dalam industri hiliran atau asas tani bukan sahaja membantu memperkasa sektor pertanian secara langsung tetapi mengelakkan pergantungan sektor tersebut kepada produk import.

Ini kerana, dalam isu bil import pertanian, satu daripada masalah menyebabkan nilainya terlalu tinggi kerana pergantungan kepada makanan ternakan.

Oleh itu, sebahagian usaha yang boleh dianggap dapat membantu mengurangkan pergantungan tersebut ialah menghasilkan sendiri makanan ternakan dalam negara.

Pengeluaran produk domestik untuk sektor pertanian sewajarnya diperkukuhkan, dan usaha ini wajar disokong terutama dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri.

Sebagai contoh, sebuah syarikat yang boleh dianggap baru 'setahun jagung' dalam pengeluaran makanan ternakan ruminan dan ikan ini sudah mampu berdiri teguh menghasilkan produk domestik yang boleh dibanggakan.

Nuinfra Mutiara Feedmill Sdn. Bhd. (NMF) yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu dan beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Terengganu dan beribu pejabat di Kuala Lumpur kini memberi sinar baru dalam bidang pengeluaran makanan haiwan ternakan dengan mengeluarkan pelbagai produk.

Produk-produk tersebut ialah palet makanan kambing, lembu pedaging, lembu susu, ikan (untuk permulaan pembesaran dan pengakhir), molasses (gula merah untuk ternakan) serta garam bukit.

Menurut Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan NMF, Mohamad Ikmal Hisham Mohamad Rodzizan, NMF yang mempunyai modal berbayar RM1 juta ditubuhkan bagi membuktikan keupayaan bumiputera dalam menceburi bidang perindustrian di samping mewujudkan perusahaan yang berdaya saing.

''NMF merupakan pengeluar dan pemasar makanan ternakan ruminan dan ikan yang boleh meningkatkan mutu kesihatan dan prestasi ternakan.

''Selain itu, kami menjalankan penyelidikan yang yang teliti bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti,'' katanya.

Kata beliau, penyelidikan yang dijalankan itu juga membuktikan bahawa pihaknya mampu menampung kekurangan bekalan bagi produk sedia pada masa kini.

Beliau berkata, kilang syarikat yang bernilai kira-kira RM7 juta siap dibina pada tahun lalu. Kilang beroperasi dengan tujuh kakitangan pengurusan dan 36 orang di bahagian operasi.

Aktiviti utama kilang adalah mengeluarkan makanan lengkap biofeed untuk ternakan ruminan dan ikan.

Produk kilang adalah menggunakan bahan-bahan seperti hampas isirung sawit (PKE), pelepah kelapa sawit (OPF), efluen kilang minyak sawit (POME) dan lain-lain.

Pemakanan ini juga dilengkapkan dengan organisma berguna atau beneficial microbes sebagai aditif.

Menurut Mohamad Ikmal Hisham, syarikat berkemampuan menghasilkan makanan ruminan sebanyak 50 tan sehari atau 18,000 tan setahun. Syarikatnya juga dalam rancangan menambah mesin pengeluaran bagi menampung permintaan yang tinggi.

Ketika ini, produk-produk yang dihasilkan dipasarkan ke seluruh negara.

Syarikatnya juga dalam usaha untuk mengeksport makanan ternakan ke Brunei dan Korea dalam masa terdekat, kata beliau.

Permintaan terhadap produk-produk mendapat sambutan kerana memperoleh sijil halal dan berkualiti.

Tetapi yang penting bagi beliau ialah makanan ternakan dengan jenama Mutiara Feed yang dihasilkan menggunakan formulasi khas dengan pemilihan bahan mentah berkualiti dan menjamin keseimbangan nutrisi yang lengkap.

Mutiara Feed juga mampu meningkatkan selera makan ternakan berdasarkan kepada bau dan rasanya, dan memperbaiki kecekapan pertukaran makanan (FCR) untuk memaksimumkan kenaikan berat ternakan.

Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi mikrob itu juga menjadikan haiwan lebih sihat, sekali gus mengurangkan penggunaan ubat-ubatan, mempermudahkan sistem penghadaman serta mengurangkan stres.

Bagi makanan ternakan ikan, Bio Mutiara Fish pula, ia sesuai digunakan untuk ikan patin, keli dan juga tilapia dan mengandungi 32 peratus protein dan vitamin.

Mengenai makanan ikan ini, NMF mampu mengeluarkan sebanyak 700 tan sebulan.

Hasilnya, perusahaan ini diyakini dapat membantu menjana ekonomi Malaysia dalam bidang perindustrian dan memajukan penternak-penternak kecil seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada rakyat Malaysia.

NMF juga sedang merancang bagi membuka kilang memproses makanan ternakan dengan kapasiti yang lebih besar bagi menampung keperluan tempatan dan luar negara.

NMF juga menawarkan peluang kepada syarikat dan individu yang berminat menjadi pengedar bagi produk keluarannya. Sebagai mentor, NMF akan membuat pemantauan kepada semua pengedar-pengedarnya bagi memastikan produk keluaran sampai kepada pengguna dan penternak di seluruh Malaysia.

Maklumat syarikat serta senarai pengedar berdaftar boleh didapati menerusi laman web www.nuinframutiara.com.my dan emel: admin@nuinframutiara.com.my atau nombor telefon 04-41496664/09-6670333

Read more...

LTU BUAT KORBAN

Salam


Pada Hari Raya Korban yang lepas,LTU buat korban seekor lembu di Kampung Sungai Seluang Bawah,Lunas Kedah. Mengenang jasa dan budi mereka yang telah berjasa pada LTU terutama Arwah BONDA tercinta , Ayahanda dan sanak saudara yang banyak membantu LTU dalam perniagaan penternakan lembu selama ini. Kepada mereka yang membantu secara terus atau tidak terus, doa kalian pada Allah swt diucapkan terima kasih. Inilah pemberian sedekah pada kalian yang dapat LTU berikan.Semoga persaudaraan kita akan terus akrab lagi.

Terima kasah kepada tetamu , saudara mara dan jiran sekampung yang bertungkus lumus menjayakan ibadah korban,LTU mengucapkan terima kasih tak terhingga.Segala penat lelah kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.Semoga di tahun hadapan kita dapat bersama lagi.

Kepada mereka yang menerima bahagian,terima kasih kerana budi dan penat lelah kalian membantu LTU secara langsung atau tidak dalam memajukan LTU tidak setimpal dengan sedekah bahagian yang LTU berikan.Doa kalian sentiasa ditagihi selalu.

Read more...

ANAK HILANG ......minta bantuan sebarkan


Sebentar td anak seorang ahli UMNO cawangan sungai pinang dalam telah diculik dihadaan kedai runcit.
Mintak rakan-rakan iklankan dalam blog masing-masing
Nur fatin binti rohaimey
8 tahun.
Bapa rohaimey bin rohani & Ibu Nor letah binti Dolah
call : 0172309373 & 0136798620

Read more...

100 ekar tanah untuk penternak lembu Sungai Kertas

Rabu 30 September 2009 | 10 Shawwal 1430 Hijrah

100 ekar tanah untuk penternak lembu Sungai Kertas
Harakahdaily
Wed | Sep 30, 09 | 5:42:28 pm MYT
SHAH ALAM, 30 Sept: Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor hari ini mengenalpasti tapak seluas 100 ekar di Hulu Selangor untuk dijadikan tapak penternakan untuk penternak di Kampung Sungai Kertas yang tertimbus lembu mereka baru-baru ini.
Iklan



Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kedua-dua penternak Kampung Sungai Kertas berkenaan akan dipindahkan ke kawasan tersebut untuk sementara waktu.

Bagaimanapun, mereka boleh membuat permohonan untuk menyewa tapak berkenaan secara tetap. Tanah seluas 100 ekar ini juga boleh disewakan kepada penternak Selangor lain yang berminat.

Baru-baru ini, 70 penternak lembu berhimpun di perkarangan bangunan SUK Selangor dengan membawa sekali lembu mereka bagi menuntut bantuan kerajaan negeri ekoran dari lapan lembu mereka tertimbus oleh timbunan sampah yang runtuh.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah diberi penerangan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah Gombak berhubung runtuhan tapak pelupusan haram diKampung Sungai kertas, Gombak pada 23 September 2009 serta kerosakan kepada dua ladang ternakan yang berdekatan.

EXCO juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan seluas 20 ekar itu telah beroperasi lebih dari lima tahun.

Kawasan tersebut telah diisytihar sebagai �kawasan bencana� semenjak 4 September 2009 dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki.

MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan dalam usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini.

EXCO juga telah dimaklumkan bahawa pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A (Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat) dibawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut.

Oleh kerana tiada tindakan yang dibuat sehingga sekarang, EXCO pada hari ini telah mengarahkan pegawai daerah mengemukakan Borang 8A (Notis Pengembalian Tanah Kepada Kerajaan) dibawah seksyen 130 Kanun Tanah Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan.

Setelah usaha rampasan telah selesai, MPS telah diarahkan untuk memantau dan membersihkan kawasan tersebut serta mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha pemuliharaan kawasan tersebut.

Berkenaan dua penternak yang terlibat, EXCO juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan yang dijalankan adalah tidak sah.

Kerajaan juga percaya aktiviti penternakan tidak sesuai untuk dijalankan lagi dikawasan tersebut oleh kerana pencemaran yang telah berlaku, kata Khalid

Read more...

BLOG LADANG ULU YAM BERWAJAH BARU

Salam


Kini blog Ladang Ulu Yam telah berwajah baru,kami akan uplaod artikel yang berkaitan Penternakan dan Pertanian dari masa ke semasa.Sekiranya anda ada sebarang kesulitan
dan pertanyaan sila hubungi abghalim di talian
017513 2208
atau
emel abghalim@gmail.com.

Sila beri komen dengan penampilan yang terbaru ini agar pihak kami dapat memperbaiki
untuk memenuhi citarasa pengunjung.Kami mengucapkan berjuta terima kasih kepada
anda kerana memberi sokongan sepanjang kami melancarkan blog ini.

Sekiranya ingin membuat lawatan atau temu janji sila berutus emel atau membuat panggilan
untuk menetapkan tarikh.Kami menggalakan lawatan berkumpulan dari pihak swasta,kerajaan,sekolah,IPTA & IPTS,NGO atau persatuan dan pertubuhan.Kami mengenakan sedikit bayaran berpatutan untuk urusan makan&minum dan sijil dan handbook.

sila hubungi abghalim di talian
017513 2208
atau
emel abghalim@gmail.com.

Read more...

SEDANG DIBAIK PULIH


PENGUNJUNG BLOG,
PENTERNAK
DAN
PELANGGAN YANG DIHORMATI


BLOG INI DI SEANG DIBAIK PULIH.Segala kesulitan amat dikesali
LINK-LINK ke Blog rakan ternak akan diupload sedikit masa lagi

HARAP MAAF DAN TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA SELAMA INI

Read more...

PROMOSI KORBAN 2009


Salam

Selepas Aidil Fitri,berbaki dua bulan sepuluh hari menjelang HARI RAYA KORBAN.
Anda boleh menempah lembu KORBAN anda dengan menghubungi:-

Kak Cik 019 219 5589 (SELATAN)
atau
abghalim 017 513 2208(UTARA)
atau
abg sidek 012 388 0445 (LEMBAH KLANG DAN PANTAI TIMUR)


http://picasaweb.google.com/abghalim/LembuKorban?feat=directlink

Read more...

PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU

PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU

Salam untuk semua

Disini saya akan kemukakan serba sedikit panduan menternak lembu tenusu.Mungkin dengan penerangan serba ringkas bolehlah dijadikan panduan kepada bakal penternak baru.Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus lebih lanjut dan lebih mendalam lagi,anda boleh hubungi Pengurusan Ladang Ternakan Ulu Yam ditalian:-

019-2195589 Zaitun @ Kak Cik
zaitunn@tm.net.my
atau datang terus ke Ladang Ternakan Ulu Yam


1.PEMBINAAN KANDANG

1.1.Penyediaan Tapak

1.Sebaiknya ditempat yang tinggi atau ditambak bagi mengelakkan menjadi lumpur
2.Berhampiran kawasan rumput
3.Berhampiran dengan punca air (sungai,kolam,perigi)
4.Kenderaan boleh datang dengan mudah

1.2.Keperluan Kandang

1.Ruang yang megikut jumlah lembu ( minima 30 kaki persegi/ekor)
2.Tempat makan (minima 2.5~3 kaki/ekor)
3.Tempat minum (10 gelen air/ekor/hari) senang dibersihkan
4.Tempat pemerahan
5.Longkang
6.Kolam najis

1.3.Keperluan Bahan Binaan

1.Lantai konkrit setebal 4 inci + BRC
2.Tiang kayu atau batu konkrit
3.Kayu pagar,dinding atau buruti (kayu hutang,saying,kayu biasa,2nd hand)
4.Atap zink,asbestos,rumbia,nipah (sebaiknya tidak panas)
PELAN


SISI



2.PENANAMAN RUMPUT DAN CARA PENGURUSAN RUMPUT

2.1.Rumput Napier

2.2 Kenapa Rumput Napier
1.Boleh menghasilkan minima 5 ~ 8 ekor lembu per ekar
2.Mudah ditanam dan dijagai
3.Senang dipotong
4.Mudah diangkut
5.Lembu menyukainya
6.Berkhasiat

2.3. Cara Menanam

2.3.1.Cara mendatar atau baling

1.Batang dipotong 2~3 kaki panjang
2.Batang ditanam bersambungan antara satu dengan lain
3.Jarak diantara barisan 2.5 kaki

2.3.2.Cara Cucuk
1.Batang Napier dipotong 1kaki panjang
2.2 batang satu pokok
3.Jarak antara 2.5 x 1.5 kaki

2.4 PEMBAJAAN



2.5 KAWALAN RUMPUT




2.6 PENYEDIAN RUMPUT

Rumput perlu ditanam tiga bulan sebelum ketibaan lembu.Penanam rumput hendaklah mengikut keperluan dan jumlah lembu yang dirancang.Nisbah keperluan rumput antara
1ekar boleh menampung antara 5~8 ekor lembu.Bahagikan setiap ekar pada 4 blok dan dipotong mengiikut blok dan dibajai selepas memotong agar jumlah tunas menjadi bertambah banyak.

Untuk Mendapatkan Hasil Rumbut Yang Tinggi







3.PEMELIHARAN LEMBU TENUSU

3.1.Baka Freshian Sahiwal (Dara Bunting 6 ~ 7.5 bulan).Umur lebih kurang 18 bulan dan berat lebih kurang 260kg.





Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia.Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah 360kg.Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.

3.2.Harga diantara RM4000.00 ~ RM4500.00 seekor.Umur 6~7.5 bulan.Jangka masa bunting selama 9½ (287 hari)sebelum ia melahirkan.

3.3.Lembu bunting perlu makanan yang baik iaitu :-
1.Rumput secukupnya (40kg atau lebih/hari)
2.Konsentrat antara 4 ~ 5 kg/hari

3.4.Lembu bunting akan terasa cemas apabila dibawa ke tempat baru.Ianya mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyesuaikan diri.Berikan lembu yang baru diterima itu makanan seperti rumput,konsentrat dan garam.Disini penternak perlu berdamping dengan lembu-lembu dengan menggosok gosok badan,leher dan muka untuk menjalinkan hubungan intim.Lembu akan cepat jinak jika dilakukan berterusan.

3.5.Kira-kira sebulan sebelum tempoh kelahiran,bawalah lembu-lembu ini ke tempat pemerahan.Beri ia makan konsentrak,menggosok dan mencuci tetek lembu bagi membiasakan lembu.Langkah ini akan menyenangkan aktiviti pemerahan bilamana lembu melahirkan anak kelak.

4.PENGURUSAN ANAK LEMBU

Setelah cukup atau lebih kurang 9.5 bulan ,lembu telah bersedia untuk melahirkan anak.Selalunya lembu akan melahirkan anak dengan tanpa ada sebarang masalah.Sekiranya timbul sebarang masalah,segeralah menghubungi Pegawai JPHPT yang berdekatan.

4.1.Periksa jika ada lendir yang melekat pada muncung anak lembu.Bersihkan lendir itu dengan kain yang bersih.

4.2.Periksa jika ada sebarang kecacatan.Ikat tali pusat 2~3 inci dari pusat.Potong sekiranya terlalu panjang,sapu iodine sehingga kering.Boleh juga digunakan Gusanex dan Dri-dress.

4.3.Pisahkan anak dari ibunya agar senang induknya diperah susu.Sebaiknya namakan anak lembu dan ibunya.(Sila rujuk ke Ladang Ulu Yam untuk menyaksikan aktiviti pemerahan dan gunanya anak dan induk diberi nama)

4.4.Beri susu awal lembu (Colostrum) kepada anak agar mendapat kekebalan penyakit.Jangan beri berlebihan kerana ianya akan menyebabkan cirit-birit dan anak akan lambat biasa dengan makanan.



Anak yang berumur 6bulan keatas bolehlah dilepaskan ke padang ragut.

5.AKTIVITI PEMERAHAN SUSU

5.1.Lembu yang dipisahka dengan anaknya pada hari pertama.Pemerahan dilakukan 2 kali sehari.

5.2.Kandang mesti dicuci dan lembu perlu dimandikan dan dibersihkan badan.

5.3 Alat-alat yang digunakan untuk memerah
-Baldi – baldi plastic,aluminium atau stainless steel.
-Air – Air yang bersih
-Ubat – Iodofor dan klorin
-Tuala
-Tong susu – Penapis susu – Napkin atau kain putih
-Penimbang
-Peti sejuk

5.4 Persediaan alat-alat pemerahan
Basuh baldi,tuala,penapis dan tong susu dengan air dan sabun.Bilas alatan dengan klorin..Bilasan akhir dengan air didih untuk menghilang bau ubat.Keringkan alatan sebelum digunakan.

5.5 Persediaan Pemerah Susu.
1.Seorang pemerah susu mestilah berkeadaan bersih terutama kuku mesti pendek dan bersih.
2.Tangan tiada luka,pakaian atau pemakaian apron digalakkan.
3.Kasut pemerah mestilah bersih.
4.Seorang pemerah juga berkesihatan baik tiada penyakit atau mengidap demam atau selsema.
5.Cuci tangan dengan klorin bila ingin berpindah pada lembu yang lain.Ini dapat
mengelak kuman berpindah sekiranya ada.

5.6.Persedian Lembu Tenusu
1.Berkeadaan tenang
2.Elakkan memukul dan menakutkan lembu
3.Lembu mesti dimandikan dan dibersihkan
4.Cuci tetek lembu dengan bersih
5.Ikat kaki belakang lembu dan leher lembu.
6.Jauhkan ternakan dari ternakan lain seperti kambing,ayam,itik atau anjing

5.7.Teknik Pemerahan
- Putting susu dipegang dengan kesemua jari kedua-dua tangan
-Perah dan lepas semua jari dan mengukut irama atau rentak

Sila rujuk ke Ladang Ulu Yam untuk kepastian.

6.SELESAI MEMERAH
-Lembu-lembu dilepaskan ke padang ragut bagi akitiviti bersenam atau bagi melepaskan ketegangan sewaktu proses pemerahan susu dilakukan.Ini dapat mengelakkan lembu stress dan bengkak kaki.


Bersambung…………..

Sumber rujukan JPH Selangor,Ladang Ulu Yam,Blog dan web penternakan Malaysia,Nasri,Yusri,Mybob,aminagro,Esis dll

Read more...

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN /

KERTAS KERJA

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!

PENGENALAN

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1. Usahawan/Penternak

- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.

- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.

- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2. Institusi Kewangan/pelabur

- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,

skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3. Pembekal

- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan

pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4. Kakitangan

- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya

pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan

mereka.

5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)

- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga

bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik

dan berterusan


SETERUSNYA BACA DISIN http://www.dodon.org/artikel/panduan_kertaskerja.html



Read more...

Bekalan daging, ayam mencukupi

Bekalan daging, ayam mencukupi

SEREMBAN 1 Sept. - Bekalan daging lembu dan ayam bagi memenuhi permintaan penduduk di negeri ini sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Noor Soeraya Norsham berkata, berdasarkan laporan, jumlah ternakan lembu dan ayam di negeri ini cukup untuk menampung kegunaan jumlah populasi penduduk yang kini sudah mencecah sejuta orang.

''Buat masa ini kita mempunyai sebanyak 42,000 ekor lembu di seluruh negeri ini, di mana kegunaan orang ramai di sekitar negeri ini bagi hari raya hanya mencapai 10 peratus daripada jumlah berkenaan.

''Bagi daging ayam pula, kita merupakan antara pengeksport daging dan telur ayam yang keempat terbesar di negara ini, maka kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk membekalkan sumber makanan ini lebih-lebih lagi pada hari perayaan," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 5,000 ekor lembu akan disembelih bagi menampung keperluan pengguna sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri.

''Walaupun kita mempunyai stok lembu yang lebih daripada mencukupi, namun pihak kami tetap mengambil langkah proaktif dengan mengambil ternakan lebihan daripada penternak bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi," jelas beliau.

Dalam pada itu, Noor Soeraya memberitahu, penghasilan ayam jenis daging di seluruh negeri ini kini sudah mencapai 116 peratus daripada sasaran yang ditetapkan.

''Ini bermakna kita tidak menghadapi sebarang masalah dari segi bekalan daging lembu dan ayam khusus bagi memenuhi permintaan penduduk di negeri ini walaupun di musim perayaan," kata beliau.

Read more...

NFC hab industri ternakan

ARKIB : 11/09/2009
NFC hab industri ternakan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
(nisa.sulaiman@utusan.com.my)


Izzani tidak kekok menguruskan ladang lembu NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

PERMINTAAN daging lembu dan kambing yang semakin bertambah sementelah dengan musim perayaan yang semakin hampir.

Selama ini negara amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India.

Industri ternakan daging bernilai RM1.6 bilion dan negara mengimport sejumlah RM1.1 bilion bagi memenuhi keperluan penduduk.

Biasanya hotel-hotel memerlukan daging premier sebagai hidangan terutama bagi masakan Barat.

Kini impian kerajaan menjadi sebuah negara yang boleh membekalkan makanan sendiri terutama daging bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sebuah syarikat tempatan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) sedang mengorak langkah ke arah mengeluarkan produk berasaskan daging bermula dari ladang hingga ke hidangan tanpa mengeluarkan bahan buangan sampingan.

Pengarah Eksekutifnya, Izzana Salleh berkata, NFC telah memulakan operasinya pada 2008.

Operasi bermula di ladang NFC dengan keluasan 1,500 ekar di Gemas, Negeri Sembilan dengan pengambilan pertama lembu jenis Brahman dari Australia.

"Di sini kami menjalankan dua jenis aktiviti ternakan iaitu fidlot untuk penggemukkan dan pembiakbakaan bagi mendapatkan baka yang terbaik.

"Bagi fidlot, buat masa ini bagi fasa pertama ladang di sini boleh menempatkan 6,000 ekor lembu pada satu-satu masa.

"Apabila siap nanti semua empat fasa, ladang NFC boleh menempatkan 24,000 lembu pada satu-satu masa dalam fidlot," katanya semasa sesi lawatan MEGA ke ladang NFC di Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Bagi fasa pertama kawasan lembu fidlot terdapat 48 kandang dengan setiap satu boleh menempatkan 125 ekor.

"Setiap kandang menempatkan saiz dan berat lembu yang berbeza bagi mengurangkan risiko stres dan kematian akibat berhimpit-himpit," katanya.

Cabaran

Cabaran paling besar bagi NFC adalah mengekalkan kos pemakanan yang rendah serta formulasi pemakanan lembu bagi tujuan penggemukkan di fidlot.

"Kekuatan kami adalah kebolehan menformulasikan makanan ternakan secara efektif agar kos pemakanan ternakan sentiasa rendah," katanya.

Bagi memberikan makanan yang bernutrisi, sesuai bagi peringkat usia pihak NFC menjalinkan kerjasama dengan pakar nutrisi dari Australia yang akan melawat ladang dan menganalisis makanan setiap dua bulan.

Izzana berkata, bagi mendapatkan formulasi terbaik bagi ternakan, NFC sentiasa menjalankan analisis penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi makanan ternakan.

"Kami sentiasa mencari jalan yang terbaik mengurangkan kos tanpa berkompromi dengan nutrisi.

"Jalan terbaik adalah menghasilkan makanan sendiri dengan menanam rumput Napier serta tanaman lain seperti jagung," katanya.

Bagi menjamin makanan ternakan secara berterusan, NFC mempunyai gudang makanan ternakannya sendiri bagi menyimpan stok seperti Vitamin, molases dan hampas isirung kelapa sawit atau palm kernel cake (PKC).

"Boleh dikatakan ini merupakan gudang makanan ternakan paling besar bagi industri ternakan di negara ini.

"Dan bagi memastikan makanan yang diberikan berkualiti tinggi, kami membancuh dengan formula sendiri," katanya.

Lembu fidlot biasanya dibawa masuk ketika berat badan 300 kilogram (kg) dan dipelihara sehingga beratnya mencapai antara 450 hingga 500 kg.

Biasanya dengan makanan yang sesuai, berat badan lembu akan bertambah antara 1.5 hingga 1.7 kg sehari.

Kebiasaannya lembu fidlot di sini disembelih apabila mencapai berat 450 hingga 510 kg dengan bantuan nutrisi yang sesuai.

"Biasanya ia mengambil masa 100 hingga 120 hari bermula daripada lembu masuk ke ladang sehingga disembelih," katanya.

Bagaimanapun terdapat lembu fidlot yang mencapai berat sehingga 800 kg bagi pasaran khusus seperti bagi restoran MeatWorks.

Bagi menjaga kebersihan dan kesihatan lembu, kandang akan dibersihkan setiap hari dan sisa buangan lembu akan dikumpulkan dan diproses bagi merawat tanah di ladang.

Hasilnya tanah yang dirawat telah menghasilkan kawasan yang subur dan sesuai untuk tanaman jagung dan sayuran seperti cili, tomato, kacang panjang dan bayam.

Izzana menambah, semua hasil buangan ternakan tidak dibuang tetapi disimpan di dalam dua buah kolam satu untuk sisa pepejal dan satu lagi untuk sisa cecair.

Sisa pepejal digunakan selepas membajak tanah manakala sisa cecair pula semasa pengairan dan siraman.

Bagaimanapun NFC sedang merancang mengeluarkan biogas sendiri bagi menjana elektrik di ladangnya.

"Selepas semua fasa siap nanti, kami akan mempunyai sumber sisa buangan dari ladang dan rumah sembelihan yang mencukupi bagi menjana biogas," katanya.

Bagaimanapun tidak lengkap sebuah industri ternakan tanpa pembiakbakaan dan NFC juga terlibat dalam pembiakbakaan.

Biarpun masih di peringkat awal, NFC telah membawa baka-baka terbaik dari Australia untuk tujuan pembiakbakaan.

Bagi tujuan pembiakbakaan lembu dibiarkan lepas bebas di dalam tiga paddock berpagar dengan setiap satu boleh menempatkan 30 hingga 50 ekor lembu pada satu-satu masa.

"Buat masa ini terdapat 175 ekor lembu betina dan empat ekor lembu jantan dengan 100 ekor anak lembu dilahirkan di Gemas," katanya.

Lembu bermutu

Kini NFC bukan hanya mempunyai lembu Brahman tetapi juga Shorthorn, Draughtmaster dan Wagyu yang bermutu tinggi.

NFC boleh dikatakan ladang ternakan pertama di negara ini yang mempunyai 21 ekor baka Wagyu dengan 20 betina dan seekor jantan serta lapan ekor anak.

"Di masa akan datang apabila bilangan lembu mencukupi, kami akan menjalankan kajian mengenai permanian beradas bagi tujuan pembiakbakaan," katanya.

Ladang NFC boleh dikatakan serba lengkap dengan rumah sembelihan sehingga kepada pemprosesan produk akhir.

Malah lembu yang dibawa ke tempat penyembelihan akan dijaga supaya tidak stres agar dagingnya lebih lembut dan tidak liat.

"Perjalanan ke rumah sembelih direka khas sehingga lembu tidak melihat lembu lain disembelih atau boleh menghidu bau darah.

"Jika ini berlaku, lembu akan menjadi stres dan menyebabkan dagingnya liat dan tidak sedap untuk dimakan," katanya.

Apa yang menarik rumah sembelihan NFC telah menerima pengiktirafan Halal dan dilengkapi dengan segala kemudahan canggih bagi memudahkan tugas sembelihan.

Bagi satu-satu masa 200 ekor lembu boleh disembelih di sini selang sehari tetapi menjelang musim perayaan NFC boleh menyembelih 200 ekor lembu sehari.

Bagaimanapun proses di dalam rumah sembelih seperti potongan daging, NFC mendapat sentuhan Pengurus Abattoir, Glenn Storer, seorang warga Australia yang berpengalaman lebih 40 tahun.

Lembu yang telah disembelih akan terus dilapah kulit dan kemudia disimpan di dalam chiller (sejuk tanpa beku) sebelum proses mengeluarkan tulang.

Selepas itu potongan primer dan sub primer akan dilakukan seperti bahagian tenderloin, blade dan knuckle.

Setiap potongan, penyimpanan dan pembungkusan akan mengambil kira sasaran pelanggan seperti di mana ia akan dipasarkan.

Biasanya daging yang telah disiap dibungkus secara hampagas akan dicelup di dalam air panas pada suhu 80 darjah Celsius bagi mengekalkan kesegaran daging.

Misalnya pelanggan seperti Cold Storage dan Jaya Jusco mahukan 'fresh or aged meat' sementara pelanggan biasa berminat dengan daging sejuk beku.

Mengggunakan jenama Gemas Gold, NFC memasarkan produknya di pasar basah di mana pelanggan boleh mendapatkan produk daging yang berkualiti tinggi dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Bagaimanapun tidak lengkap industri ternakan tanpa produk tambah nilai dan NFC sedang merancang mengeluarkan produk hiliran daging penghujung tahun ini.

"Sekarang kilang memproses makanan berasaskan daging telah siap dan dijangka memasuki pasaran akhir tahun ini.

"Dijangka NFC akan memenuhi 20 peratus permintaan daging lembu apabila beroperasi penuh menjelang 2015," katanya.

Buat masa ini, NFC sedang memproses daging bagi acara Mantai Perdana menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 17 dan 18 September ini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai NFC boleh melayari laman web www.nfc.com.my atau menghantar e-mel ke sales@nfc.com.my atau telefon ke 03-620 40398 atau faks ke 03-6204 3099.

Read more...

Ladang Ternakan Ulu Yam-1





Read more...

Ladang Ternakan Ulu Yam





Read more...

KLIK DISINI

From Koleksi Ceramah Agama Abghalim


KLIK DISINI UNTUK MEMBACA
http://abghalim.blogspot.com/

Read more...

INTERGRATED FARM


Salah sebuah blog pertanian dan penternakan yang berifomasi.
Sekiranya ada ingin mengetahui lebih lanjut..sila layari..http://integratedfarm.blogspot.com/

MOHD HISHAM IDRIS
Terlibat dalam penternakan integrasi kambing dan lembu.Menjadi penceramah keusahawanan untuk pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Hubungi 019-2272127 
email : putra_ada@yahoo.com 
http://integratedfarm.blogspot.com

LATAR BELAKANG

Interxpose Development Enterprise merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang terlibat sepenuhnya dalam latihan bersama dengan interxpose Agro Resources yang melibatkan aktiviti mengimport, menternak dan membekal kambing baka dan daging serta ternakan lembu. Sejak tahun 2000 hingga kini kami telah menternak pelbagai jenis kambing dan lembu bagi memenuhi permintaan dan kehendak pasaran semasa. Kini kami mampu mengimport pelbagai jenis kambing dan lembu dengan harga yang sangat berpatutan. Matlamat utama syarikat adalah untuk menjadi antara pembekal ternakan kambing dan lembu dengan rangkaian pemasaran di seluruh negeri Melaka dan Malaysia amnya. Kini sebagai mengorak langkah kehadapan, kami telah membuat pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

Perkhidmatan Ditawarkan
1) Menternak dan menjual baka kambing
2) Menternak dan membekal lembu
3) Membekal kambing untuk aqiqah dan qurban
4) Membekal daging kambing dan lembu untuk pasaran
5) Menjual proses tinja kambing
6) Memberi khidmat nasihat perternakan dan sistem pengurusan
7) Menyediakan latihan ternakan
8) Membuat dan mengedar jentera pertanian seperti mesin chopper
9) Pembekal garam bukit,EM,baja, bokashi animal feed, bokashi sampah, molases,benih rumput napier taiwan dan guatemala grass

Read more...

JB BERKAT





Pembekal makanan dan produk kesihatan ternakan, peralatan penternakan, benih rumput, bakteria probiotik, bata garam, baja kompos, dan khidmat nasihat.

Sekiranya anda berminat untuk berurus niaga dengan mereka
Sila LAYARI http://jbberkatfarm.blogspot.com/

Read more...

BLOGSTARZ


Salam

Baru baru ni,aku cuba join blogstarz.Bayar RM99.00 dapat satu domain blogstarz.
Blog ni laju.Macam MLM juga.Masuk cari orang dan dapat komisyen dari iklan syarikat
http://hafidglobal.blogstarz.my/

aku daftar atas nama company baru aku....
saja nak test
mana tau lebih baik dari blogger
tapi ...mesti dapat komisyen.....RM99.00 je seumur hidup
tapi kalau sebulan dapat RM10.00 pun dah kira ok la
dari buat blogger...tapi kosong je.....

Korang boleh cuba la


Yang aku tak suka ....aku tak boleh guna template sendiri?

Read more...

KELAB USAHAWAN DAN INDUSTRI DESA KULIM



SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SILA LAYARI DISINI
http://kuidkulim.blogspot.com/

Melahirkan satu generasi masyarakat Desa yang Proaktif secara berterusan secara pembentukan dan pembinaan melalui hasil peningkatan ekonomi ketara peserta dalam industri ekonomi desa.

Memartabatkan Industri Ekonomi Desa agar menjadi industri pilihan bagi kebanyakan khususnya peserta yang terlibat melalui penguNcupan jurang pendapatan antara industri ke industri dan antara penduduk luar bandar dan penduduk bandar.

Sila layari si sini


Read more...

FERTIGASI CILI











PAKEJ FERTIGASI CILI ( PULAU PINANG,KEDAH,PERLIS DAN PERAK UTARA)





Mini Fertigasi
Sesuai utk taman perumahan yg ada tanah lapang (150kp).
Sesuai sebagai batu loncatan untuk projek yang lebih besar, mengurangkan kos dapur dan sebagai Hobi Tani.
Sistem penyiraman secara automatik menggunakan digital timer dan sebahagian drpd komponen-kompenan tersebut:-




*Polybeg + sekam + cocopeat
*Microtubing + drop pen
*Ø16mm Sub pipe
*1 unit water pump (pool)
*1 unit Digital Timer
*1 set baja cecair 5 liter
*Pilihan biji benih(cili hybrid,timun,tomato cherry)
Anda hanya perlu sediakan
*Takungan air / baldi yang boleh mengisi air 15 liter ke atas

HOTLINE :-)
Agie : 012 5737117
Awie : 012 4715804
Zamri : 013 4363229
Khairul : 019 5696266



#Khidmat nasihat,pemasangan & pengangkutan disediakan
CAHAYA AGRO ENTERPRISE
(PG0195501-U)
Cahaya_agro@yahoo.com.my









CAHAYA AGRO ENTERPRISE (PG0195501-U)
No 9,Lorong 6,Taman Macang Manis,
14000 Bukit Mertajam Penang.
H/P : 012-5737117 , E-mail : cahaya_agro@yahoo.com.my

Read more...

Kambing Lagi

KAMBING yang macam mana yang nak dibela?

1.Kambing kampung 100%

2.Kambing Boer 100%

3.Kambing Jamnabari

4.Kambing farrel

5.Kambing Sannen

Kambing kampung ni kecil sahaja.Susah nak besaq....tapi boleh beranak 2 kali setahun.
Kambing Boer besaq....tapi MAHAL ooooo....kambing orang kaya...

Tapi kita boleh kahwinkan...CROSS LA...
Buat baka kampung betina campur Jantan Boer
Betina Boer campur jantan jamnabari....
Pastu cross lagi.....

Harga kambing kat kandang kita mesti dalam RM300 ~ RM800...Kambing yang mampu beli.
Kambing kampung penyakit susah kena..tahan lasak CUMA kurap ja...tapi kalau dibiarkan
memudaratkan.

PETUANYA:-

1.Cari ULAR TEDUNG
2.POTONG atau katam 1 inci
3.Sumbat masuk botol atau buluh
4.Campur garam..semasinnya
5.Gantung Botol tu...bagi kambing jilat...

InsyaALLAH kambing kurang dijangkiti PENYAKIT....
SELAMAT MENCUBA.......

P/S ....JANGAN DOK TEBIANG CARI ULAR TEDUNG SELAR...SAT GI NAYA...
carilah ular yang bisa...

Read more...

BAKA DARA BUNTING FRESHIAN SAHIWAL

Gambar dara bunting freshian sahiwal yang tersedia di jual di Ladang Ulu Yam.
Sila buat tempahan sebelum kehabisan.
Dara Bunting antara 4 bulan hingga ke 7 bulan.
Hangpa bela dua tiga bulan dah beranak....

KLIK ATAS GAMBAR DIBAWAH UNTUK LIHAT YANG LAIN

FRESIAN SAHIWAL FEB 2009

Read more...

LOKASI LADANG ULU YAM


KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Read more...

TEKUN :PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PROJEK

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PROJEK / RANCANGAN
PERNIAGAAN PEMBIAYAAN TEKUN Nasional

1. TUJUAN

2. LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 PENGENALAN
- Lokasi projek /keluasan
- Latar belakang industri dan trend pasaran
- Senario masa hadapan


2.2 SYARIKAT / KUMPULAN
- Profil Syarikat
- Kepakaran Ahli dan Pengalaman
2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI
- Latar Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
- Pengalaman
- Kelulusan akademik
- Kepakaran
- Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)
2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN

3. RANCANGAN PENGURUSAN

- Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
- Project Management Consultant (PMC)
- Kakitangan pengurusan
- Pengalaman/kepakaran
- Jawatan dalam Bahagian/Agensi
- Struktur organisasi
4. RANCANGAN PEMASARAN
Analisis Pemasaran
- Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
- Kaji arah aliran pasaran dalam industri
- Mengukur saiz pasaran
- Pesaing
Ramalan Jualan
Strategi Pemasaran
- Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana menghadapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
- Contract farming/manufacturing
Strategi Perkhidmatan
- Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
Strategi Harga
- Penentuan harga
- Tawaran harga dan sebagainya
Strategi Pengedaran
- Cara pengedaran dibuat
- Kos-kos terlibat
- Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut
Strategi Promosi
- Teknik-teknik promosi yang dijalankan
Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI


- Perkhidmatan/produk ditawarkan
- Proses operasi
- Keupayaan operasi
- Senarai bahan mentah (jika ada)
- Pembekal bahan mentah / sumber produk
- Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
- Senarai pekerja terlibat

6. RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
- Kos projek – kos tetap / kos berubah
- Sumber pembiayaan
Sendiri daripada peserta
Pembiayaan TEKUN
- Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
- Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
- Analisis ROI / pay back period

7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

- Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek

8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN

- FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL
9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK

- Cagaran / Penjamin
- Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
- Cadangan pengurangan risiko projek

10. PENUTUP

Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan pengusaha.

http://tekun.gov.my/kertas_kerja.html



Read more...

Kambing OH kambing




Di Ladang Ulu Yam kami memiliki sejumlah 350 ekor dan kekadang akan mencecah 600 ekor.
Ini semua bergantung pada musim perayaan.Kebanyakkan kambing yang ada di Ladang Ulu Yam tiada JENAMA,cuma sekadar kambing kampung.

Walaupun kami memiliki pengalaman kira kira 30 tahun dalam bidang penternakkan tetapi kami belum BERANI untuk mencuba membela KAMBING ORANG KAYA atau "BOER".Berbanding dengan lembu BRAHAM ori atau baka kacukan tetapi harganya sekitar RM6.50 ~ RM7.00 sekilo sahaja TETAPI bagaimana hendak memasarkan KAMBING BOER bila ibunya HARGA RM2500 seekor dan bapanya RM3000 seekor.
Bagi PEMBAKA mungkin ini tidak menjadi MASALAH untuk mereka memasarkan JENAMA BOER.Bagaimana pula dengan PENTERNAK BARU?

Nasihat LTU pada mereka yang ingin menjadi penternak kambing.Untuk permulaan cuba bela KAMBING KAMPUNG atau katjang atau kacang atau kurap.Kambing ini tiada JENAMA yang ISTIMEWA.Senang dijaga dan MUDAH di JUAL.

Sekiranya anda KE PASAR jangan "MINTA DAGING LEMBU BRAMAN" tetapi mintalah daging lembu.Sekilo cuma RM18 ~ Rm20.

Begitu juga dengan kambing,bila di PASAR JENAMA BOER sudah tiada ertinya lagi...CUMA TINGGAL DAGING KAMBING.
SENARAI HARGA KAMBING MENGIKUT TEMPAT:-

Menurut sumber dari KPDNHEP (www.kpdnhep.gov.my), harga 1kg daging kambing tempatan pada 12 February 2007 di bandar-bandar besar adalah seperti berikut:
Kangar 25.00,
Alor Setar 30.00,
Pulau Pinang 28.00,
Ipoh 21.00,
Klang, 28.00,
KL 25.00,
Seremban 23.00,
Melaka 20.00,
Johor Bharu 24.00
Kuantan 27.00,
KT 22.00,
KB 22.00 dan
Kuching 35.00.
Harga tertinggi adalah di Kuching pada harga RM35.oo untuk 1kg daging kambing tempatan!

Read more...

FRESHIAN SAHIWAL

From LADANG TERNAKAN LEMBU KAMBING ULU YAM


FRESHIAN SAHIWAL adalah jenis lembu yang terbaik dan sesuai dengan iklim Malaysia
Antara ciri baka ini :-
bulan
4.Berat yang sesuai untuk TENUSU antara 350kg ~ 400kg
5.Harga seekor antara

1.Jangka Hayat 8 ~ 10 Tahun

2.Umur 14bulan sedia untuk bunting

3.Tempuh Bunting 9 RM5000.00~RM6000.00 (dara bunting)
Maksudnya lembu yang dijual di LADANG ULU YAM telah bunting 5 ~ 6 bulan.
Cuma tinggal kurang 4bulan untuk mengeluarkan hasil tenusu

6.Pengeluaran susu sehari purata antara 10kg ~ 15kg.
Jangkamasa pungutan sehingga 280hari ~ 320 hari.
Harga pasaran terbuka RM3.00/kg
Harga Pusat Pengumpulan Susu JPH RM2.28/kg

7.Permintaan Susu sangat tinggi.Sekiranya tiada pasaran sendiri,boleh dijual di Pusat Pengumpulan Susu JPH di setiap daerah seluruh Malaysia

Sekiranya anda berminat sila hubungi LADANG ULU YAM

1.Puan Zaitun 019 219 5589

2.Encik Sidek 012 3770445

emel ke abghalim@gmail.com
From LADANG TERNAKAN LEMBU KAMBING ULU YAM

Read more...

FOTO LADANG ULU YAM

From LADANG TERNAKAN LEMBU KAMBING ULU YAM


ANDA BOLEH KLIK DI ATAS GAMBAR "ABG SIDEK & BRAHMAM 1000KG" untuk melihat
FOTO-FOTO yang lain

Read more...

ZIKIR RINDU

Friday, February 13, 2009

ZIKIR RINDU

ZIKIR RINDU
KINI DI PASARAN! RM 10.00- 208 HALAMAN



Novel ini adalah dalam kategori : PENAJIWA
Terbitan Alaf21



“SUDAH puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong. Tiba-tiba, dengan ZIKIR RINDU ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu realiti hidup... agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa memahami gelodak rasa seorang tua dalam mencari erti kasih abadi...”

AZIZI ABDULLAH, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini. Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda. Inilah yang anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh `aku’. Hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.

ZIKIR RINDU... menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah `aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.- Penerbit Alaf21.

Pesan kepada penulis termasuk harga pos RM12.00 atas nama AZIZI BIN ABDULLAH, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah sesudah kiriman wang diterima.

Read more...

JOM TERNAK LEMBU TENUSU

Berdasarkan laporan dibawah,Penternakan Lembu Tenusu mempunyai POTENSI yang cerah.Usahawan baru haruslah mengambil peluang yang masih terbuka luas.
Seiranya anda berminat untuk menjadi Penternak Lembu Tenusu,anda boleh datang ke Ladang Ulu Yam untuk berkursus.Kami menyediadakan :-

PAKEJ BELI DAN KURSUS
1.Belian minimum 5 ekor lembu tenusu
2.3hari 2 mlm kursus percuma

PAKEJ AKAN DATANG

1.KURSUS
2.Urusan Pinjaman (berupa belian lembu dan kandang)

Kami sedang berusaha berbincang dengan badan berkaitan untuk menjayakan PEKEJ AKAN DATANG.Segala infomasi terkini,kami akan hebahkan dari masa ke semasa.






Sasaran 80 juta liter susu cair pada 2010
PASIR PUTEH 3 Feb. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan jumlah keluaran susu cair negara bertambah kepada 80 juta liter tahun depan bagi menampung peningkatan permintaan.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pada masa kini, hanya 51 juta liter atau 4.6 peratus susu cair dikeluarkan oleh negara berbanding keperluan pengguna sebanyak 1.081 bilion liter.
Beliau berkata, jumlah yang kecil itu disebabkan kekurangan bekalan lembu tenusu tempatan yang sesuai diternak di negara ini kerana faktor cuaca.
"Jumlah pengeluaran susu cair di negara kita menunjukkan peningkatan, sebagai contoh pada tahun lalu ia meningkat 13 peratus berbanding hanya 45 juta liter pada tahun sebelumnya.
"Ia petanda yang agak baik bagi kita mencapai sasaran 80 juta liter susu untuk keperluan negara pada 2010," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Kelompok Tenusu Sungai Durian di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr. Zairi Serlan dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Mustapa meninjau projek ternakan lembu tenusu di atas tapak seluas 60 hektar yang melibatkan lima pengusaha dan 144 ekor lembu.
Mustapa berkata, 90 peratus daripada pengeluaran susu negara dihasilkan oleh penternak kecil atau tradisional manakala selebihnya penternak komersial.
"Terdapat 689 penternak terlibat dengan penternakan lembu tenusu, populasi induk lembu sebanyak 18,098 ekor di seluruh negara," katanya.
Katanya, kementerian telah mewujudkan Dasar Tenusu Negara sebagai garis panduan meningkatkan pengeluaran susu.
Ujarnya, antara strategi dikenal pasti ialah meningkatkan populasi asas dengan ternakan, sesuai untuk pengeluaran mapan dan ekonomik serta mewujudkan pengkhususan sistem pengeluaran lembu tenusu.
"Kita faham ternakan lembu tenusu di negara ini sukar kerana iklim tropika tetapi kita akan mencuba supaya pengeluarannya dapat ditingkatkan.
"Secara purata seekor lembu tenusu di negara ini mengeluarkan tujuh sehingga lapan liter susu cair setiap hari berbanding di Indonesia 25 liter sehari," katanya.
Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap pengeluaran susu cair bagi mengurangkan import bahan itu.
Ini termasuk mengadakan perbincangan dengan pengeluar tenusu antarabangsa, Dutch Lady untuk mewujudkan usahasama melahirkan usahawan dan penternak tenusu.
"Mereka bersetuju memberi latihan kepakaran dan kemahiran kepada usahawan tempatan dalam industri tenusu untuk meningkatkan produk tenusu di dalam negara," katanya.

Read more...

Kompetensi Keusahawanan


Maksud Kompetensi Keusahawanan

Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama.
Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) terhadap usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini.

Senarai Kompetensi Keusahawanan

1. Inisiatif
Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang • membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa. • mempunyai sikap proaktif • giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.
Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.

2. Melihat dan merebut peluang
Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang • mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud• berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain
Kompetensi ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

3. Kecekalan
Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut: • tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah.• Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat
Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pun pernah mengalami kegagalan.

4. Mencari maklumat
Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah:• melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan• mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan• membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya
Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui.

5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
Sikap individu yang menitik beratkan mutu kerja yang tinggi adalah:• Cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi• Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.• Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu .
Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan berpeluang untuk berjaya.

6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan:• kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja• mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja • kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan• menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan• sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .
Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

7. Berorientasi ke arah kecekapan
Sikap individu yang berorientasi ke arah kecekapan adalah:• sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya• sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.• Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan

8. Membuat perancangan yang sistematik
Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik:• membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah• membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan• membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan• mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat
Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan.

9. Menyelesaikan masalah secara kreatif
Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah:• mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin• mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif
Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.

10. Yakin terhadap keupayaan diri
Individu yang bersikap yakin terhadap diri:• mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati. • melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran.• boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu.• banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan.• tidak takut mencuba dan tidak takut gagal
Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan.

11. Ketegasan
Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut:• berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung • berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.
Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya.

12. Meyakinkan orang lain
Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah:• mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan.• mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti • bermaklumat dan berpengalaman
Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.

13. Menggunakan strategi pengaruh
Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah:• cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu matlamat perniagaan.

Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya.Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan; • Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak• Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum• Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran• Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran• Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladanUsahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.
TERIMA KASIH DAN HALALKAN ILMU ANDA http://kitausahawan.blogspot.com/

Read more...

Koperasi Lembu

ARKIB : 30/01/2009

MJ Fatonah tubuh koperasi bekas peserta kursus


Siti Fatonah turun padang bagi meninjau sendiri masalah yang dihadapi haiwan ternakannya.


Biasanya selepas menjalani sesuatu latihan, pelatih bergerak sendiri bagi memajukan perniagaan sendiri.

Melihat kepada kepayahan bekas peserta kursus Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah Sdn. Bhd. untuk memasarkan produk, pihak akademi telah mengambil langkah menubuhkan sebuah koperasi.

Koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Pelatih MJ Fatonah Selangor Berhad itu ditubuhkan bagi mengumpul semua bekas peserta kursus kendalian MJ Fatonah bagi bergabung tenaga dan idea meningkatkan ekonomi setiap anggotanya.

Sehingga Disember lepas, seramai 344 orang peserta telah menghadiri kursus anjuran akademi berkenaan dan 167 daripadanya menghadiri kursus Rancangan Perniagaan.

Biarpun koperasi itu masih di peringkat permohonan pendaftaran tetapi sambutan daripada bekas peserta amat menggalakkan.

Projek pertama koperasi ialah penjualan dan pembelian lembu dan kambing serta produk hiliran yang memerlukan khidmat pemasaran.

Projek kedua ialah pemprosesan dan pembekalan baja organik dari tinja lembu dan kambing yang akan dimulakan di rumah baja Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah yang menjadi pusat pengumpulan dan pemasaran.

Seterusnya, koperasi juga akan memohon pemilikan permit import ternakan lembu dan kambing bagi memudahkan anggota mendapat bekalan ternakan.

Mesyuarat Agung pertama koperasi dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Suruhanjaya Koperasi (SKM) Negeri Selangor, Amran Kadir dan turut dihadiri Yang Dipertua Koperasi KPMJF, Datuk Gumuri Husin, Pengerusi Bank SME, Zaarah Abu, Penolong Pengarah SKM Wilayah Sabak Bernam/Kuala Selangor.

Akademi Latihan Ternakan MJ Fatonah terletak di Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor dan mula beroperasi sejak 2005.

Kemudahan yang disediakan meliputi bilik kuliah berhawa dingin lengkap dengan alat bantu mengajar, bilik penginapan, dewan makan, surau dan kemudahan riadah.

Modul yang dibentangkan semasa kursus mementingkan kemahiran amali dan juga teori.

Antara modul latihan ialah teknik penternakan sempurna, mengenalpasti penyakit dan rawatan, reka bentuk kandang, pemakanan seimbang, Amalan Penternakan Baik (GAHP), teknik menanam rumput napier, penyembelihan halal dan logistik.

Setiap kursus akan diberi bonus modul iaitu teknik pembuatan makanan ternakan, baja organik dan penyediaan kertas kerja pinjaman pertanian.

Akademi milik MJ Fatonah diterajui Siti Fatonah Arbain sebagai Pengarah Urusan dibantu suaminya, Mohamad Jamil Mahidin sebagai Pengurus Besar.

Beliau dan suami adalah fasilitator dan pakar runding yang dilantik oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di dalam bidang ternakan lembu dan kambing dengan bantuan dari pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pegawai MARA Daerah.

Ilmu yang dikongsi telah membuahkan hasil apabila lebih 60 peratus bekas peserta telah menjalankan projek penternakan di tapak masing-masing.

Hubungan dan pemantauan berterusan kepada bekas peserta dan bantuan teknikal serta rundingan diberi tanpa caj tambahan.

MJ Fatonah bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA melalui Institut Usahawan Bumiputera (IUB).

MJ Fatonah juga bekerjasama dengan Bahagian Latihan RISDA untuk kursus Ternakan Lembu dan Kambing serta Pembuatan Baja Organik.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat dan koperasi ini, pembaca boleh menghubungi Fatonah atau Jamil di talian 012-3343800 atau 017-3343800.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP