LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

MARILAH KITA BERDAMAI

MARILAH KITA BERDAMAI

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut:”MAHUKAH KAMU AKU KHABARKAN AMALAN YANG LEBIH TINGGI DARJATNYA DARIPADA SOLAT DAN PUASA?Maka jawab para sahabat:”BAHKAN” Maka baginda pun bersabda:”MENDAMAIKAN HUBUNGAN,KERANA ROSAKNYA HUBUNGAN ITU ADALAH PENCUKUR (mencukur agama) Riwayat Abu Daud.

Dr M ,Pak Lah,DSAI dan Tuan Guru Hadi Awang buangkan ego yang ada,agar umat Melayu rata-ratanya ISLAM lebih bersaudara dalam ertikata sebenar.Tidak perlulah untuk mengorbankan fahaman politik masing-masing tetapi selalu-selalulah berjemaah solat bersama dan bersyura.Boleh juga kita menginsafi dan merenungkan kembali nasib Melayu yang bakal mendatang.

Sedar atau tidak kita telah berputih mata kerana hilangnya MARUAH bangsa kepada Singapura.Kita lalai merebut kuasa dan lebih mengutamakan maruah parti dan maruah peribadi.Kini kita menang sorak tetapi kampung tergadai.Kita sedar yang mereka ada kuasa besar mendalangi usaha nereka.Sejarah telah menggajar kita tetapi kita selalu lupa.PAS tegurlah UMNO kalau mereka terlanjur.UMNO dengarlah nasihat mereka dan jangan berdolak dalik.Itu caranya kita berpolitik secara sihat.

Akhir-akhir ini rakyat menunjukkan rasa meluat pada pemimpin Melayu khususya Umno dan tidak mustahil nanti PAS juga akan menjadi mangsa.Politik kita bukannya besar sangat,pi mai pi mai muka tu juga.Nak lari mana?Nama kata Melayu baik Pas Umno atau PKR perangai dan sikap lebih kurang sama.Asal usul pun dari rumpun yang sama.Pernah makan sepinggan dan tidur sebantai,cuma mimpi aja yang berbeza.

Pas mahir dalam Islam,nasihat dan tunjuklah teladan yang baik.Jangan asyik pandai bercakap saja tapi habuk pun tak tarak.Umno yang berjuang untuk umat Melayu janganlah makan sorang.Dok kira isi temolok sendiri aja sampai lupa temolok rakyat di akar umbi.

Pembanggunan yang rakyat perlukan bukannya bina banggunan tinggi yang boleh dapat komisen kontrak.Pembanggunan minda dan ilmu yang rakyat tagihi.Penekanan ilmu agama yang seimbangan dengan ilmu dunia dapat melahirkan insan yang lebih proaktif bagi masa depan Negara.Penekanan ajaran Islam yang sejati pada generasi muda perlu di berikan secukupkan bagi menghadapi dunia yang kian mencabar dan terdedah dengan perbagai pancaroba.Pelajaran agama kini tidak memadai dengan hanya satu jam lebih seminggu.Sebagai kerajaan,jangan lepas tangan kepada ibubapa sahaja bagi mendidik anak-anak.Ibubapa kini menyahut seruan kerajaan bekerja kuat bagi membina Negara.Mereka lebih banyak menghabiskan masa ditempat kerja.Menegakkan Amar Makruf dan mengcegah Nahi Mungkar bukankan tanggungjawab pemerintan.

Bagaimana kita hendak mendapat seorang kakitangan yang beramanah pada Negara sedangkan tanggungjawab dan amanah pada Allah pun tidak terlaksanan.Letaklah seorang kakitangan kerajaan dengan seorang BPR pun masalah amanah ini tidak akan selesai sekira kedua-duanya tidak amanah pada Allah.Maka suara orang ketiga yang bertanduk juga akan dipatuhi.Naikkan gaji mereka 100% pun tidak berguna sekiranya masalah agama tidak dilaksana.

Perlembagaan Malaysia Cuma tulisan manusia berbanding Al-Quran yang datang dari ALLAH SWT.Mana yang perlu kita patuhi sebagai umat Islam?Cuba Tun,Pak Lah,Datuk Anwar dan Tuan Guru fikirkan.Duduklah bersila bersama,rapatkan saf dan makan bertalam,bermuzakarah demi agama dan bangsa yang kita sayangi.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP