LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

RAKYAT PERLU BERJIMAT CERMAT

Rakyat Perlu Berjimat Cermat
Harga minyak naik.Semua rakyat gelabah.Semua menteri dimaki hamun,termasuklah Perdana Menteri.Ada pihak cuba menangguk di air yang sedang keruh.Bolehkah isu ini selesai kalau tiada perangcangan yang rapi dari pihak kerajaan.Sharir yangmenjaga Hal Ehwal Pengguna asyik menegakkan benang yang dah basah lencun.Kini dia baru tau bahawa jadi Menteri ni susah.Nak komplen orang memang senang.Bila orang komplen balik,merajuk.Dasar pandai cakap tapi tak tau buat kerja.
Keuntungan PETRONAS kian naik tetapi kata Pak Lah ianya tidak dapat mengimbangi subsidi kerajaan untuk minyak.Jumlah keuntungan pulaakan terus menjadi RAHSIA kerajaan.Ianya menjadi rahsia yang tidak boleh diketahui umum.Katanya lagi kerajaan harap rakyat jelatasemua kena faham.Kenaikan harga minyak adalah masalah antarabangsa,kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.Rakyat semua kena bantu kerajaan membina negara.Rakyat perlu berjimat cermat.
Nasihat PM pada rakyat agar jangan membazir.Perbuatan membazir itu adalah perbuatan syaitan.Sesiapa yang membazir adalah SYAITAN.Rakyat perlu menggunakan pengankutan awam.Kerajaan telah menyediakan segala lengkap di Kuala Lumpur.Kemudahan LRT,Bas,Komuter dan Teksi.Kerajaan juga MENJAMIN tiada kenaikan harga barang diseluruh Malaysia.Pihak yang berwajib akan memantau.Kalau rakyat dilain-lain tempatnaiklah basikal atau berjalan kaki sementara KERAJAAN menyediakan kemudahan pengankutan yang selesa.JAMINAN harga barang tidak naikcuma dihotel mewah aja,tapi dikedai kopi biasa, naik juga.Kedai kopi apa klas.Kopi secawan RM1 apa la sangat.Kat hotel RM7.50 tu dahkira murah la.
Lepas ni TV-TV di Malaysia menganjurkan FORUM - RORUM untuk membicarakan tentang JIMAT CERMAT untuk rakyat JELATA.Tu pula untuk orang Melayu ISLAM saja.Awat orang Melayu ja suka membazir?Awat orang Melayu aja rakyat Malaysia.Sepatutnya PAK LAH jemputULAMA HARON DIN atau Ismail Kamus pi rumah dia buat ceramah untuk kaum kerabat dia.Selepas itu buat kat Pembesar-Pembesar negara.DiikutiKakitangan Kerajaan,ahli Parlimen,wakil rakyat dan seterusnya.Ni tak,kira dok balun rakyat ja.Kepimpinan melalui teladan,saya anti rasuah dan lain lain adalah slogan untuk rakyat bukan untuk pemimpin.Gejala rasuah kian menjadi-jadi,Pak Lah patut ambil kakitangankerajaan yang ada kelulusan akademik,faham dan menghayati ISLAM.Ajarkan kakitangan TAKUT PADA ALLAH bukan pada PAK LAH bukan padaBPR.KAKITANGAN BPR mestilah 70% mereka yang berpendidikan ISLAM dan Boss BPR mesti ULAMA.Jangan ambil ULAR DALAM SEMAK.Ini tidak,kita ambil Penceramah(ulama) terdiri dari tali barut kerajaan yang selalu berkeliaran di pintu-pintu istana,kata Rasullulah ketikamembicarakan umat akhir zaman dan tanda-tanda Khiamat kepada para sahabat.Penceramah tak datang kalau tiada upah yang lumayan.Ulama yang datang dengan kereta besar bukan kancil atau motosikal.Ada diantara yang datang dengan drebar.Depa tu yang kena berjimatdulu bukan kita.(Firman Allah Bermaksud:Peliharalah Dirimu dan Keluargamu dari Api Neraka)
Rakyat kebanyakan kerja swasta,Pak Lah pun tahu gaji banyak mana sangat.Setakat RM2000.00 tinggal kat KL nak membazir pun tak dak duit.Rakyat nak jimat macam mana lagi?Cuba Pak Lah bagi fomula?Gaji RM2000.00,bini tak kerja dan anak tiga orang bersekolah?Dok buhminyak motor kapcai ja,bukan kereta mewah.Nak beli kancil pun tak mampu jauh pula nak guna kereta mewah macam anak menantu Pak Lah.
PROTON pula meramalkan,permintaan kereta akan menurun.Rakyat akan bertukar kepada kereta berkapasiti rendah.Tetapi pihak PRODUAbelum lagi meramalkan keuntunganya lagi.Kata PM kerajaan akan memberi diskaun cukai Jalan pada kereta berkapasiti melebihi2000cc agar semua orang kaya dan kakitangan atasan kerajaan dapat memandu MERCEDES,BMW dan kereta mewah yang lain.Rakyat jelataPATUT naik Kancil dan motosikal ja.Dah tau kerja kilang gaji ciput dok belagak nak bergaya pula.Jangan membazir.Membazir itubudaya SYAITAN.
Bilamana majotiti rakyat menunggang motosikal bolehlah pihak kerajaan menunding jari ke rakyat.Kemalangan motosikal adalahberpunca dari PENUNGGANG MOTOSIKAL.Mereka semua ni MAT REMPIT,memiliki jiwa yang kacau.Mereka perlu dipulihkan.Kita suruhAzed dampingi MAt REMPIT.Tangkap Dua Tiga Puluh ekor kita hantaq pi KUTUB.Kita buat rekod bodoh untuk membazirkan duit rakyat.Yang bazir duit rakyat bukan duit kepala bapak kita.
Kata pemilik kapcai EX5 yang dibeli pada tahun 1997,masa dia membeli motosikal itu isian tangki penuh cuma RM3 dan kini diaterpaksa membelanjakan RM8 untuk isian penuh.Katanya sebagai pekerja kilang berapalah sangat gajinya.Pernah beliau bersuaramelalui MTUC untuk mendapat gaji minima RM900 tapi PAK LAH berkata tak boleh nanti Pelabur lari.Setahunya kilang bertaraf MNC (multi nasional Company) memberi upah yang lumayan.Kilang tempatan aja yang menindas rakyat Malaysia.Lebih-lebih lagi kilang ituyang Pengurusinya atau pemegang saham kunco-kunco PAK LAH.
Rakyat semua kena berjimat cermat,jangan ikut nafsu SYAITAN seperti kami para MENTERI.Rakyat perlu mencontohi Nabi Muhammah SAW yang sanggup berkongsi sebiji kurma bersama-sama pengikut- pengikutnya.Itu ajaran ISLAM sejati bukan ajaran ISLAM HADHARI.Rakyat perlu mencontohi pemimpin agong seperti SYADINA UMAR BIN al-KHATTAB yang tidak memakan lemak haiwan,susu dan daging antara tahun 17H dan 18H sehinggalah rakyat dapat memakannya.Selama 9bulan AMIRUL MUKMININ telah berhempas pulas menguruskan HARTA NEGARA bagi mengatasi masalah rakyat.Baginda merasa berdosa dan terhina sekiranya baginda memakan makanan yang lazat tetapi ada dikalangan rakyat menderita tidakdapat menikmati bersama.
Sebagai rakyat Malaysai kita dinasihatkan mencontohinya agar PARA MENTERI DAN PEMBESAR NEGARA dapat hidup berfoya-foya.Makan di hotelyang mewah.Kalau setakat nasi putih sepinggan 80 sen apa barang.dI HOTEL LAGI MAHAL rm2 sepinggan tapi Para Pembesar Negara sanggup makanasalkan rakyat menderita.Kami pemimpin akan berhempas pulas mengumpul HARTA untuk hidup senang lenang.Cuma ada lebih kurang 4 tahun ja lagi,kami nak memerintah.PRU 13 akan muncul tak lama lagi.DSAI pun dah tak sabar nak jadi PM.Dia pun ok juga bab-bab nak belasah wang rakyat.Mana dia ambil duit yang banyak untuk hidup mewah sebegini.Bukankah hasil jadi TPM dulu.Biasalah saja bekas pemimpin BN jenis kucing.Kalau takmakan lauk,dihidu dan dijilat juga.APA SALAHNYA BAGI PADA HAJI HADI ATAU NIK AZIZ?Orang PKR selalu berkata begini,sebelum berkuasa kita ikuttelunjuk DAP dulu.Bila dah berkuasa baru kita tunjuk kuasa kita.Kita akan turunkan harga barang dan ikut undang-undang ISLAM.(mungkin turunharga arak boleh kot.Dah perintah Selangor tapi Kilang ARAK pun dok buka lagi dan tu pun nak buka kandang babi pula.)Kita tak boleh buat apa,kerana kita kena ikut PERLEMBAGAAN MALAYSIA.PKR takut pada PELEMBAGAAN MALAYSIA dari ALLAH.Kitab suci Al-Quran dan Perlembagaan Malaysia manalebih utama.Ubahlah PERLEMBAGAAN yang ditulis manusia.Alasan kita masyarakat majmuk di Malaysia juga selalu diguna pakai.Ikutlah contohRasullullah semasa berhijrah ke Mekah.Baginda menyatukan dua puak.Tak releven ka?
Lepas satu bala,Malaysia di timpa bala.Selepas Tsunami,kita masih lagi tak sedar.AMARAN DARI ALLAH SWT,patuthi ajaran ISLAM yang sejatibukan ISLAM HADHARI.Dok tak sedaq lagi.Awat jadi lagu tu PAK LAH.Tsunami PRU 12 buat PAK LAH tak boleh senyum,cuma tinggal nyawa-nyawaikan ja.Bertaubatlah PAK LAH,ALLAH masih bagi peluang untuk membetulkan kesilapan.Ambillah nasihat dari ulama yang lulusan ISLAM.Bukan dari lulusan PENJAJAH.ULAMA ITU PEWARIS NABI.Belajarlah berkorban dan faham DERITA RAKYAT.Rakyat akan lebih sayangkan kepada PEMIMPINyang mendalami derita rakyat.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP