LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

RINDU SEORANG TUA


Seorang tua merindui anak-anaknya.Menanti dia didepan pintu mengadap jalanraya.Mengharapkan kereta mewah anak-anaknya menyusuri laman rumahnya.Wajahnya kian sayu dalam usia yang kian dimamah hari.Angka 75 mungkin agak sukar bagi kita melaluinya atau mungkin tuah kita.Dikala ini didalam tubuhnya mengalir darah merah yang mana darah itu mengalir didalam tubuh kita.Tetapi darah itu kian manis.Darah itu kian naik keatas.Kata doktor patut dimasukkan ke wad.Datang seorang wanita lewat 40an ingin berbakti tapi dengan kepayahan dan ikhlas dia berkata."aku ada lagi darah daging yang lebih berharta darimu".Kau jagalah dirimu yang tak seberapa?

Datang lagi anak muda bermotosikal ingin menunjuk jalan ke hospital.Katanya pada pemuda itu "minyak dah naik harga,kau jagailah keperitanmu,aku tidak apa,cuma menanti panggilan ilahi"Aku ada lagi darah daging yang kaya raya dan berpangkat tinggi.Masakan orang asing mereka SAYANGI setengah mati,daging daging musuh utama?Pemuda itu berlalu tanpa sebarang suara.

Darah daging ku,marahkan aku kerana aku berkahwin lagi setelah isteriku meninggal dunia.Aku tidak bertanggungjawab.Aku patut dihukum kerana aku dosa oleh mereka.Aku panas baran dan seperti mereka kini mendengar cakap orang asing.

Wahai pemuda dan wanita...kini aku sudah tua dan lanjut usia.Aku baru mengerti RINDU pada darah daging yang dinamakan anak.Kenapa mereka tidak faham atau mereka ingin merasa erti MERANA DAN DERITA rindu seperti aku ini diwaktu tua?Aku punyai darah daging yang aku besarkan dari keringat ku juga MELUPAKAN ku.Inikan pula mereka yang tiada ada apa cuma MENCURAH pada orang asing.Kata orang tua itu.

Jawab pemuda....hai orang tua kau tidak sepatutnya berkata begitu...kata-katamu adalah doa pada darah daging mu.Allah berjanji akan perkenankan.Kau patut berdoa akan keberkatan mereka.

Aku tak tahan menanggung rindu...jawabnya ringkas.

SELAMAT HARI LAHIR ......5hb June........kepada .......Aku berdoa agar ALLAH memberkati roh bonda,memberi ayah ketenangan dan kesihatan sejahtera dan jua tidak melupakan mendoakan kepada semua kaum keluarga dan adik beradik agar sihat sejahtera,taat pada ALLAH.

Al Fatihah...amin

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP