LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

KEBANGGAAN AYAH

LAKSAMANA PERTAMA ABDUL GHANI BIN OTHMAN
SMP KAT KMN AMK BCK PPA


ABANG

Abang
Kebanggaan ayah
Kebanggaan keluarga
Kebanggaan kampung

Abang
Ayah RINDU
Keluarga rindu
Kampung pun rindu

Kami hanya tumpang bangga
Namum kami tak punya cerita

Kau jauh dipuncak
Kami termampu mendongak
Tanpa dapat berbicara
Kerana yang benar hanya dari mu
Kami insan biasa
Mungkin kami sombong bukan kamu
Mungkin kami miskin bukan kamu
Mungkin usahamu bukan doa kami

TAHNIAH

Kau tetap sanjungan kami

Read more...

SIAPA BAKAL PM


SIAPA BAKAL PM

Siapa layak jadi PM?Anwar atau Tuan Guru Haji Hadi.Apakah rata-rata penyokong PAS menyukai Anwar?Kenapa pilih Anwar bukan Haji Hadi?Siapakah diantara mereka memperjuangkan Negara Islam?Siapakah yang lebih kanan dalam perjuangan Islam?Siapakah diantara mereka lebih JUJUR dan IKHLAS dalam memperjuangkan Negara Islam dan membela rakyat?

PAS sudah lama bertapak dan berjuang untuk membentuk Negara Islam.Patutkah mereka mengorbankan perjuangan demi memuaskan impian mereka yang nampak ketara ingin berkuasa.Memang tidak dinafikan pemimpin PAS akan beralah untuk jawatan PM untuk Anwar kerana mereka ini memiliki ciri-ciri pemimpin Islam.Mereka bukan gila kuasa,mereka cuma inginkan menunaikan tanggungjawab dan amanah agama.Lihat sahaja MB Kedah yang baru,menolak jawatan MB pada mula terpilih.Beliau meminta diberi pada mereka yang lebih layak dan berwibawa.Bukan seperti pemimpin kita,boikot dan merajuk.Puas dipujuk baru baru merelakan.

Kita tidak mempersoalkan siapa rakan karib Anwar tetapi kita meragui akan kejujuran dan keikhlasannya.Pemimpin agung bukan mencalon diri tapi dicalon.Mereka tidak melobi diri tapi mereka berbakti demi Islam yang mulia.Rakyat dah meluat dengan karenah pemimpin sebegini.PRU 12 telah membuktikan segalanya.Pembangkang menang bukan kerena mereka kuat dan bijak tetapi rakyat meluat dan bosan dengan karenah pemimpin yang “talk much,work less”.

Sedarkah kita bahawa rakyat kini kian bijak.Tahu menilai janji benar atau janji palsu dari pemimpin.Meluat dengan pemimpin yang cakap tak serupa bikin.Rakyat paling benci pada pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi tidak mempratikkan Islam dalam kehidupan harian dan cara pemerintahan.

Pernahkah kita melihat dan mendengar cerita Tuan Guru Haji Hadi,menari dihari berkempen atau diklayak ramai?Mungkin tidak bagi Tuan Guru Haji Hadi menyentuh bahu wanita bukan muhrim.Tidak sama sekali bagi Tuan Guru membiarkan isterinya dicium orang atau mendedah aurat.Maka gila orang itu menuduh Tuan Guru menari dan merangkul tubuh wanita di dewan tari.

Keinginan untuk berkuasa meluak-luak bagi sesetengan pemimpin yang GILA KUASA.Mereka sanggup membeli undi atau merasuah demi untuk berkuasa.Mereka bukan fikir dosa atau pahala.Sanggup melabur berjuta-juta ringgit untuk jawatan PM.DARI MANA MEREKA MENDAPAT WANG? Pernahkah kita berfikir?

Mungkin ada yang menjawab,mereka ini pernah menjadi menteri sebab yang demikian mereka kaya dan berharta.Kalau begitu,patutlah semua orang gila hendak menjadi menteri.

Ada juga yang berkata,mereka ini dibantu oleh ahli perniagaan.Ada juga yang dapat wang dari tabung jihad.Apa jua sumber,cuba kita RENUNGKAN sejenak,dimana KEIKHLASAN dan KETAKWAAN kita pada ALLAH?

Cuba kita menilaikan dan menimbangkan kembali pilihan bakal PM kita sekiranya Barisan Rakyat menang pada PRU 13. Apakah kita diperkudakan oleh bangsa yang ingin HAK MELAYU tergadai.MELUAT kita tak kemana bila MELAYU yang menghacurkan MELAYU.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP