LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

MELAYU:Lupakan Faham Politik,Ayuh Bersatu

MELAYU:Lupakan Faham Politik,Ayuh Bersatu

Keberanian yang sebenar bila kita jujur mengakui KESALAHAN sendiri.Inilah hakikat yang perlu kita bila PM dengan ikhlas membuat pengakuan secara terbuka,dimana beliau adalah penyebab kekalahan BN.InsyaAllah sekiranya kita beri dia peluang lagi,MALAYSIA akan lebih berjaya.Nabi SAW lagi ampunkan umat,siapalah kita berbanding baginda.Hayatilah Ar-Rahman Ar-Rahim,maha pemurah maha penyayang.Kemaafan adalah dendam yang terindah.Cuba kita fikirkan dan nilaikan kembali…..insyaAllah.

MUHYIDDIN YASIN – “Kalau tidak berlaku perubahan dalam UMNO banyak perkara tidak baik akan terjadi” Mingguan Malaysia 13-4-08.
Bakal PM pilihan saya,pemimpin yang berfikir sebelum bercakap.Seorang yang merendah diri dan low profile.Saya doakan beliau akan jadi PM-amin.

MOHAMED RAHMAT ¬– “UMNO harus mengaku kelemahan dan jangan lagi bersikap SOMBONG kerana sikap itu nyata membawa padah” Mingguan Malaysia 13-4-08.
Kepada beliau selamat beristirehat,nasihat anda sangat berguna untuk umat Melayu.

DR.MOHD ASRI – “Pascapolitik kini adalah ujian untuk kepimpinan Negara.Bukan masa untuk meunjukkan EGO”. Mingguan Malaysia 13-4-08.
Beliau yang saya kenal dari Kampung Mengkuang Berapit,USM dan kini seorang sangat terkenal.Memang benar dan tepat pada masanya untuk dihayati oleh semua PEMIMPIN MELAYU.

Nasihat KERAMAT.

Ketuanan Melayu Tercabar.Kaum lain lebih dominan dari segi politikdan ekonomi.Usaha penyatuan MELAYU perlu diberi keutaman. Titah Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra. Mingguan Malaysia 13-4-08.

Melayu marilah bersatu.Jangan biarkan bangsa lain menghina umat MELAYU hanya kita terlalu Malaysian.Apakah kita telah bersedia menjadi seperti Singapura yang dulunya milik Sang Nila Utama.Kini kita hilang hak.Melayu,walaupun fahaman POLITIK kita berbeza tapi jangan kita BERPECAH BELAH sesama kita.UMNO janganlah bermusuh dengan PAS dan pula PAS jadikan ISLAM landasan yang betul.Ikutilah ciri-ciri seperti Rasullullah SAW,anda mungkin lebih arif tentangnya.

UMNO mesti bertanggungjawab bila umat MELAYU berpecah belah.UMNO selalu berbangga sebagai pembela umat Melayu,mestilah mengambil tindakan bagi menyatukan umat Melayu.Rakyat Melayu moden bukan bencikan UMNO tetapi MELUAT dengan karenah pemimpin UMNO.Kekadangkala isteri mereka lebih sudu dari kuah.Dengan sikap GEDIK isteri pemimpin UMNO membuatkan Melayu sendiri naik menyampah melihat gelagat mereka.

Pemimpin yang selalu membela PM bila dikritik TUN,dipertikaikan kejujurannya.Keculuparan mulut beliau membidas kritikan PM antara satu faktor rakyat MELUAT dengan UMNO.Walaupun beliau dengan bangga menyatakan yang beliau diterima rakyat dengan kemenangan pada PRU 12 tetapi beliau lupa yang rakyat yang MELUAT dengannya berada diseluruh Negara.Kerana beliau, lima negeri terlepas,adakah ini beliau sedar?Mungkin TIDAK.Perasan benci kepada beliau bertambah bilamana semasa temuramah TV beliau sekali lagi dengan sombongnya menjawab pertanyaan dengan menyetuh hati penyokong TUN.Lupakah UMNO pada peristiwa gempar semasa TUN mengumumkan perletakkan jawatan sebagai PM pada Perhimpunan Agong UMNO.Mereka ini MENANGIS dan meraung…disaksikan live di TV.

Pada awal tahun ini,rakyat gembar bila yuran percuma tetapi perlu dibayar.Ada orang kata apalah sangat RM50.00 untuk pelajaran.Tetapi depa tahukah pada rakyat yang berpendapatan isi rumah cuma RM2000.00 sebulan manakala anak bersekolah seramai lima orang.Bayar hutang rumah dan kereta, langsai separuh gaji?Adakah mereka ini dikira MAMPU.Mungkin RM50.00 ini cuma wang saku harian seorang anak menteri?

Kakitangan Kerajaan asyik minta naik,bagaimana pula dengan pekerja kilang yang gaji mereka yang tak naik-naik.Tiada gaji minimum bagi mereka.Mereka dijajah oleh bangsa Malaysia,ditindas setiap hari.Mahu atau tidak mereka terpaksa menelan.Kalau tak suka mereka terpaksa berenti.Banyak lagi Bangla,Indon,Myanmar dan lain-lain menanti.PM faham atau tak masalah ini?

Kepada KERAJAAN,ini peluang terakhir untuk anda,BELAlah kami.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP