LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

APA YANG ANDA FIKIRKAN

Bila anda membaca kedua-dua keratan akhbar dibawah ini.
Apakah yang bermain di fikiran anda.

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan
daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh
10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk
membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di

Pondok Tanjung,Taiping, Perak.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1205&pub=utusan_malaysia&sec=ekonomi&pg=ek_06.htm&arc=hive

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan
200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus
pembiakbakaan kambing boer.

Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan
untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot
(20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh
mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan
100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.

“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk,
kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah
Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Mekanisme baru tangani kenaikan harga makanan lembu, kambing

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1216&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

TASEK GELUGOR 15 Dis. – Kerajaan akan mewujudkan mekanisme baru bagi
menangani masalah kenaikan harga bahan makanan ternakan ruminan yang
meningkat hampir 100 peratus sejak tujuh bulan lepas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar
berkata kenaikan mendadak harga bahan makanan tersebut didapati membebankan
puluhan ribu penternak di seluruh negara kerana ia menyumbang kepada
peningkatan kos operasi.
Beliau berkata, kerajaan juga khuatir masalah tersebut akan menjejaskan
sasaran negara untuk mencapai tahap kecukupan sendiri bagi pengeluaran
ternakan kambing sebanyak 18 peratus dan lembu 28 peratus pada 2010.

‘‘Kementerian akan kaji masalah ini dengan teliti untuk mengambil langkah
dan memberikan cadangan tertentu supaya penternak kambing dan
lembu tidak terjejas teruk,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat
projek kambing baka baik Kampung Sentosa, Padang Serai dekat sini hari ini.

Projek ternakan yang diusahakan oleh Maflink Engineering Sdn. Bhd. i
tu kini mempunyai kira-kira 800 ekor kambing daripada baka boer,
jamnapari, feral, doper dan biri-biri.

Beliau berkata, harga makanan ternakan iaitu pelet yang diperbuat daripada isirung

kelapa sawit meningkat hampir 100 peratus ekoran permintaan tinggi di pasaran tempatan

dan antarabangsa.

Menurutnya, ia kini berharga RM54 bagi setiap 50 kilogram (kg) selepas dinaikkan

kepada RM42 dua bulan lepas berbanding harga asal RM30, tujuh bulan sebelumnya.

‘‘Pelet biasa pelbagai jenama pula rata-rata naik sekitar 15 hingga 60 peratus tetapi

masalahnya kenaikan harga itu berlaku setiap tiga bulan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, musim sejuk di Eropah mengakibatkan mereka tiada bahan tersebut

yang diperbuat daripada sisa tanaman jagung kering sekaligus mengakibatkan permintaan

terlalu tinggi di negara terbabit.

Katanya, pada waktu ini, harga bahan makanan itu tidak dikawal oleh kerajaan, sebaliknya ia

ditentukan oleh pasaran

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP