LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

SALAM MAAL HIJRAH

Salam penternakan pada semua pembaca budiman.Walaupun siapa anda di tahun baru 2008,semua tol dah naik.Dedak naik itu perkara biasa la kerana PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN.Oleh kerana babi dah berkurangan di Malaysia,so pengeluar PKC tiada pilihan,mereka terpaksa menaikan harga dedak.Tiada lagi babi di Malaysia yang tinggal cuma Lembu dan Kambing yang dipelihara oleh 90% orang melayu ISLAM.(bukan Islam Hadhari)
Siapa yang nak membela kita.....................Tunggu JANJI pilihanraya.

Masa belanjawan 2008 dibentang oleh PM,yuran sekolah dihapuskan.Yang kita bayar itu cuma derma ikhlas,kalau tak ikhlas boleh minta balik...kata datuk menteri.Katanya lagi,sampai bila kita nak jadi rakyat SUBSIDI?Kita tiada jawapan tapi yang kita tahu MEREKA,bergaji tinggi,naik KERETA free,MINYAK free,makan minum free,tol free,HP free dan
DVD pun FREE........

Kita bukan tak boleh bayar YURAN.Kita semua arif PELAJARAN adalah harta yang paling berharga.....TAPI jangan BUAT JANJI DUSTA dan pusing kata kata.Dulu mak bapa kita kerja motong getah ja.Anak yang bersekolah lapan orang.Tu pun mampu bayar...takkan kita tak mampu bayar.Depa pun tak minta SEDEKAH kat abang atau kakak depa yang kaya-kaya.
Maklum sajalah orang kaya MEREKA mana ada PERASAAN nak membantu saudara yang MISKIN.Mungkin depa nak bawa duit depa masuk KUBUR....biaq pi kat depa lah...kita cuma diperlukan bila mereka ada masalah atau kerja atau nak kita jadi balaci atau depa nak buat kenduri...atau mereka bergaduh laki bini

Mereka yang kaya ni peduli apa,MINYAK ada atau tak da.Depa makan kat luar.Ada orang gaji Indon cuma untuk sapu rumah aja.Tersentuh kita bila MINYAK MALAYSIA berlambak kat SEMPADAN tapi tiada di negara sendiri......SAPA NAK JAWAP?

Kakitangan kerajaan naik gaji sampai 35%.Kerja lima hari seminggu,dari 8~5 ja.Sektor swasta tak boleh minta gaji tinggi nanti pelabur lari.Kerja 8 ~ 6 ,enam hari bekerja.Awat pekerja swasta bukan manusia ka?Pekerja swasta kena rajin,untuk meningkatkan PRODUKTIVITI negara dan pekerja kerajaan untuk menambahkan UNDI pilihanraya.

Kita masih menanti PILIHANRAYA dan kita tahu BN akan menang tapi majoroti aja yang akan kurang.Sampai bila kita nak DITIPU DAN DIPERGUNA?


SALAM MAAL HIJRAH

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP