LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

JAWATAN KOSONG

D'SUTERA EMAS TRADING SDN BHD

JAWATAN KOSONG

1.TUKANG MASAK (Masakan Pantai Timur)

2.PEMBANTU

Kelayakan:

  1. Wanita
  2. Kelahiran Kelantan,Trengganu dan Pahang
  3. Mempunyai pengalaman memasak masakan Pantai Timur



Gaji Yang Ditawarkan

1.Tukang Masak Minimum Rm1000.00 sebulan
2.Pembantu Minimum RM600.00 sebulan
3.Tempat tinggal

Tempat bertugas di USM Pulau Pinang

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

1.Abghalim :012 421 8548
2.En. Ned :019-471 9438
3.En Arie : 019-565 0142

Sila Hubungi sebelum 27-12-08

Read more...

Cuit Sikit!: Yang Bermula Pasti Berakhir

Hari ini merupakan hari terakhir blog ini. Blog ini antara blog terawal yang menjadi pengkritik dalam UMNO. Seingat saya hanya Sang Kelembai lebih awal dari saya. Mohon maaf jika salah fakta.

Blog ini saya wujudkan untuk membuktikan siapa yang menulis tidak penting tetapi yang penting apa yang ditulisnya. Hari ini berakhir sudah satu eksperimen mencari falsafah antara Pengarang dan Karya. Hujah Roland Barthes bahawa zaman ini merupakan zaman "the death of the author and the birth of the reader" ada kebenarannya.

Eksperimen ini membuktikan tanpa wajah pengarang, karya atau bahan tulisan akan lebih mudah ditafsir secara adil. Malahan tidak mungkin bahan dalam blog ini dipetik oleh sumber lain termasuk web pembangkang jika mereka mengetahui siapa saya.

Setiap yang bermula pasti berakhir. Demikian juga blog ini. Kebebasan menulis sudah tiada di dalam blog ini kerana sudah wujud kecenderungan mentafsir apa yang ditulis berdasarkan siapa yang menulis.

Berakhirnya blog ini bukan kerana takut kepada sesiapa. Berakhirnya blog ini kerana tidak mahu sesiapa pun menjadi mangsa. Saya adalah penulis "gasar" yang menulis dari hati nurani dan pemikiran saya. Apabila buah fikiran saya sudah dijadikan alat untuk memangsakan orang lain, sudah pasti tiba masanya saya mengundurkan diri.

Pada hemat saya, kontroversi penulisan saya yang terakhir mengenai rasuah politik sudah melarat-larat sehingga membabitkan tokoh politik tertentu yang tidak pun mengetahui kewujudan blog ini.

Namun yang paling mengecewakan saya ialah bukan tulisan ini yang dikritik tetapi unsur-unsur "pembunuhan karektor" (Character assassination) bersandarkan pendedahan nama, butiran peribadi dan kononnya kaitan saya dengan beberapa pemimpin politik.

Agak sukar untuk saya memahami tingkah laku rakan-rakan yang mendedahkan peribadi di laman web ini termasuk nama syarikat, rumah dan sebagainya. Sungguhpun pendedahan tersebut tidak menjejaskan reputasi saya sebagai seorang muslim, namun ia telah menjadikan butiran peribadi saya sebagai public domain.

Hakikat bahawa ia didedahkan di sebuah laman yang berkait rapat dengan Tun Dr. Mahathir membuktikan cakap-cakap sebelum ini bahawa serangan terhadap saya direstui oleh "orang penting" pejabat Tun r. Mahathir. Sebelum ini saya kurang pasti walaupun seorang bloger dengan bangga mengakui serangan ini direstui oleh "orang penting" di Pejabat Tun Dr. Mahathir. Inilah kata orang habis madu sepah dibuang.

Saya tidak berhasrat untuk mengiya atau menafikan semua serangan itu. Biarlah...

Saya juga terfikir untuk mendedahkan identiti dan latar belakang banyak rakan-rakan siber yang sebahagiannya bekerja dengan kerajaan atau mempunyai kontrak dengan agensi kerajaan.

Namun akal waras mengingatkan saya bahawa adalah tidak guna mencemarkan tahap profesionalisme saya setaraf dengan mereka.

Saya mengenali ramai penulis dan bloger yang membantu Khairy Jamaluddin, pro Pak Lah dan penggerak UMNO, namun mereka tidak pernah mendedahkan identiti saya di laman web. Sama seperti saya juga tidak pernah mendedahkan mereka di dalam laman web. Semua ini tidak ada sebarang persefahaman. Sebaliknya sikap menghormati hak peribadi orang lain amat tinggi.

Saya juga pernah mengenali generasi awal pentadbir laman Mahazalim tetapi tidak pernah mendedahkan identiti mereka di laman web. Saya juga mengetahui ramai rakan-rakan blogger yang ada hubung kait dengan pemimpin politik tertentu namun saya tidak terfikir mendedahkan diri mereka.

Beberapa hari lalu saya terfikir untuk mendedahkan ramai rakan-rakan alam siber ini. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang bergaduh biar sama-sama lebam. Tapi saya juga sedar tiada guna membakar kelambu kerana nyamuk. Tiada guna membakar kota kerana "jokers".

Catatan ini sekadar pengajaran kepada rakan-rakan lain yang mahu terus kekal "anonymous", berhati-hatilah dengan kumpulan ini. Mereka ini bukan sahaja tidak profesional malah tidak beretika langsung.

Apa yang berlaku dua tiga hari lepas membuktikan orang politik walau sebaik mana dan seagung mana, dari pemimpin kecil sehingga pemimpin besar dan sehebat mana pun mereka, hakikatnya kita akan menjadi sampah bila tidak diperlukan.

Akhir bicara, saya mohon maaf kepada semua pembaca dan pengkritik, kepada orang yang dikritik dan orang yang disanjung. Saya berharap tulisan saya selama ini tidak mengandungi sebarang unsur fitnah dan pembohongan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk blog ini termasuk kepada saudara Ahiruddin Atan yang banyak meninggalkan nasihat dalam blog ini tanpa menyedari siapa saya sebenarnya.

Akhirul kalam, maaf zahir batin.

Cuit Sikit!: Yang Bermula Pasti Berakhir

Read more...

Fauzi gemukkan kambing guna Magic Box

UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 12/12/2008
Fauzi gemukkan kambing guna Magic Box

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR


Teknik Magic Box yang diaplikasikan Fauzi diyakini berupaya merangsang pertumbuhan kambing.

SETELAH 11 tahun berkecimpung dalam dunia perusahaan penternakan kambing, Muhammad Fauzi Daud, 44, membuktikan usaha gigih, pergorbanan serta pengalaman yang sentiasa mendewasakan beliau dalam industri berkenaan pasti membuahkan hasil.

Bermula hanya dengan 20 ekor kambing serta bermodalkan wang sebanyak RM30,000, beliau memulakan perusahaannya di sebuah ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lebih menarik, beliau yang tidak tergopoh gapah untuk mencari keuntungan ataupun pulangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menghabiskan masa selama lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri berhubung segala faktor yang berkaitan perusahaannya.

Ini termasuk mengkaji sistem ternakan terbaik, faktor pemakanan dan juga aspek penjagaan yang dapat diaplikasikan kepada kambing-kambing ternakannya.

Langkah tersebut adalah bagi memastikan penceburan beliau dalam bidang tersebut bukan sekadar untuk menjual serta membekalkan kambing, malah mewujudkan sebuah sistem yang benar-benar efektif dalam menghasilkan ternakan yang benar-benar berkualiti.

Pada masa sama beliau juga berharap dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Dalam jangka masa lima tahun menjalankan R&D, beliau tidak menjual walau seekor mahupun membekalkan kambing kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, beliau memfokus terhadap mengkaji cara untuk membina sistem kandang, teknik pembiakan, penjagaan dan faktor pemakanan yang mampu mempengaruhi tumbesaran kambing.

Muhammad Fauzi mengakui, jangka masa lima tahun itu dirasakan agak panjang dan mungkin menjejaskan perusahaan kerana tiada janaan pulangan modal dalam lingkungan masa terdekat.

Namun, berteraskan minat serta pengalaman perniagaan yang mantap sebelum ini, Fauzi yang merupakan seorang pengusaha perabot, hanya mula membekalkan kambing kepada umum pada tahun ke enam selepas beliau benar-benar berpuas hati dengan ternakannya.

Menurutnya, selepas menjalankan sendiri R&D yang komprehensif, kambing yang diternak mampu membesar dengan lebih besar daripada saiz biasa.

“Pembinaan kandang yang bersesuaian serta pemakanan yang baik mampu mempengaruhi faktor pembesaran seekor kambing itu,’’ katanya.

Bekat kesabaran beliau itu, Fauzi kini memiliki dua ladang ternakan iaitu di Lenggeng dan Batang Berjuntai, Selangor.

Ladang ternakan di Lenggeng itu mempunyai keluasan 20 ekar dengan 10 ekar daripadanya menempatkan tiga tapak kandang kambing dan selebihnya adalah kawasan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

Sehingga kini, beliau memiliki 1,050 ekor kambing daripada jenis Jamnapari yang bakanya diimport dari Indonesia, manakala 1,300 ekor kambing lagi ditempatkan di Batang Berjuntai meliputi jenis Jamnapari dan Bebiri.

Antara yang menarik, Fauzi mengaplikasikan teknik pembinaan kandangan kambing yang dipanggil Magic Box dan menyelaraskan teknik pemakanan Feed lot bagi menggalakkan pembesaran kambing-kambing ternakannya.

Kandang tersebut merupakan tempat Fauzi menempatkan kambing yang berusia lebih dari tiga bulan untuk ‘digemukkan’.

Melalui teknik Magic Box ini, kambing-kambing akan ditempatkan pada petak-petak yang hanya mampu menempatkan seekor kambing dan akan dibiarkan di dalam petak tersebut untuk suatu jangka masa sehingga berbulan-bulan.

Setiap petak dilengkapi dengan tempat pemakanan yang khas di mana kambing-kambing tersebut akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Selain itu, ruang yang kecil turut membataskan pergerakan kambing di dalam kotak tersebut sekali gus menjadikan ia lebih gemuk.

Sistem tersebut ternyata berkesan kerana kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box itu mempunyai peningkatan dari segi berat dan saiz berbanding kambing yang diternak di dalam kandang biasa.

Pada kebiasaannya, seekor kambing Jamnapari yang matang memiliki berat antara 60 hingga 70 kilogram (kg), manakala menerusi Magic Box berat kambing mampu mencecah sehingga 100-120 kg.

Jelas Fauzi lagi, kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box nyata sihat-sihat belaka dan bebas daripada penyakit kerana petak khas itu telah dicipta dengan tempat pembuangan sisa yang begitu efektif sekali gus menjamin kebersihan kandang.

“Paling penting, penjagaan yang teliti perlu dilakukan bagi menjamin kualiti ternakan,’’ ujarnya.

Dari segi pemakanan pula, Fauzi menggunakan dedaun hijau daripada pelbagai jenis tumbuhan yang dicampur dengan hampas soya, barli dan juga kandungan mineral DG Premix.

Tambah beliau lagi, memproses makanan ternakan sendiri menjadikan kos pemakanan dapat dikurangkan dan lebih menjimatkan.

“Sekiranya, pengusaha menggunakan pellet sebagai bahan makanan, purata kos bagi seekor kambing adalah pada RM1 untuk sehari, padahal jika makanan diproses sendiri, kos tersebut mampu dijimatkan sehingga 30 sen bagi setiap ekor untuk sehari,’’ jelasnya.

Kini, selain membekalkan daging dan baka kambing, beliau turut menawarkan projek mini perladangan kontrak ternak kambing dan bebiri.

Pakej tersebut didatangkan dengan kandang, khidmat nasihat serta bantuan selepas jualan, kursus, kontrak pembelian balik hasil.

Hanya bermodalkan RM10,000, pihak yang berminat untuk menceburi dunia penternakan kambing boleh menghubungi beliau di talian 019-6509690.

Read more...

abghalim.blogspot.com


TERBARU 15-12-08
Sila DOWNLOAD
KOLEKSI CERAMA AGAMA
http://abghalim.blogspot.com/
Dari Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


SEKIRANYA ANDA INGIN DOWNLOAD ATAU MENDENGAR CERAMAH AGAMA DARI USTAZ ISMAIL KAMUS DAN USTAZ SHAMSURI HJ AHMAD SILA LAYARI
http://abghalim.blogspot.com
ATAU
KLIK DISINI abghalim.blogspot.

Email

abghalim@gmail.com



.

Read more...

KURMA KAMBING ULU YAM

KURMA KAMBING ULU YAM
Bahan-Bahannya:-
• 1 kg daging kambing
• 3 sudu besar serbuk kurma
• ½ sudu teh jintan manis
• ½ sudu teh ketumbar
• 3 sudu besar minyak sapi
• 2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pegaga
• 1 cm kulit kayu manis
• 2 ulas bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• 1 liter santan
• 1 sudu garam
• 1 biji parutan limau

Cara membuatnya:-
1. Panaskan minyak sapid an tumis kesemua bahan hingga garing
2. Masukkan serbuk kurma dan tumis lagi hingga naik minyak
3. Masukkan daging dan kacau hingga sebati dan masukkan santan
4. Masak hingga daging lembut dan kuah pekat

Rujukkan ; http://ladanguluyam.blogspot.com

Maklumat lanjut : 019-219 5589 (ladang ulu yam)

Read more...

LAMBAIAN LANGKAWI








On June 1, 2007, Langkawi Island has been given a World Geopark status by UNESCO.[3] Three of its main Geopark components are Mount Machincang Cambrian Geoforest Park, Kilim Geoforest Park and Pulau Tasik Dayang Bunting (Island of the Pregnant Maiden Lake).

Sheltered by the mountainous backbone of Peninsular Malaysia, Langkawi escapes the northeastern winter monsoon entirely and enjoys sunny skies when the eastern provinces are flooded.

Langkawi remained a sleepy backwater until 1987, when the island was granted tax-free status with the intention of promoting tourism. Subsequently the island's airport was upgraded and ferry links were increased.

Beginning 1990s, Langkawi competes with nearby Penang for the title of Malaysia's largest tourist draw. Resorts and 5-star hotels line the beaches and in the winter high season, direct flights land from as far as Europe and Japan.

Besides being tax-free, the beach and eagle, another attraction in Langkawi is the Cable Car to the tops of Gunung Mat Cincang at 705 m above sea level. Galeria Perdana a collection of over 2500 gift to the fourth Prime Minister of Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Langkawi is affected by the milder western monsoon (May-September), and while diving is possible at Pulau Payar, water clarity tends to be poor.

Langkawi used to be the starting point of the annual international cycling race Tour de Langkawi cycling event, however after 2000, Langkawi was omitted from the race itinerary. Langkawi also hosts the biennial Langkawi International Maritime and Air Show (LIMA).

Langkawi has played host to the Malaysian Ironman triathlon since 2000.

And finaly dont forget to buy free duty ROKOK.......hahahahaha

Read more...

SALAM AIDIL ADHA


Selamat Menyambut Hari Hari Aidil Adha
DARIPADA
LADANG ULU YAM

Terima Kasih Kepada Semua Pelanggan Kami yang Di Hormati
Mudah- Mudahan Ibadah Korban Anda Diberkati Allah s.w.t

Daripada :
En.Mohd Sidek Syer Muhammad PJK

Puan Zaitun Bte Othman

MOHON AMPUN DAN KEMAAFAN SEKIRANYA ADA KESILAPAN DAN TERKASAR BAHASA DI DALAM URUSAN PEMBELIAN DAN HALALKAN SEKIRANYA TERDAPAT
KEKURANGAN ATAU TERLEBIH.


SELAMAT BERCUTI....PANDULAH DENGAN CERMAT






HIKMAH BERQURBAN

  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
Sumber http://www.al-azim.com/

Hukum Korban

Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban

Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?

Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging

Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?

Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir, walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban.

Bolehkah daging korban disimpan?

Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban unuk Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi

Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

SUMBER http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/04/ibadah-korban/

Read more...

Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin

KHALIFAH aka PERDANA MENTERI

Suatu hari sedang berehat didalam rumah kerana cuaca terlalu terik,
Uthman Bin Affan terlihat seorang lelaki berlari-lari mengejar seekor
lembu.Lalu dijenguknya daripada tingkat bagi meninjau siapakah
gerangan lelaki itu tadi.Sayangnya lelaki itu sudah hilang disebalik
rumah-rumah disepanjang jalan.

Tiba-tiba Uthman ternampak lelaki itu sudah berjalan balik
sambil menyeret seekor lembu.Bergegas Uthman keluar
rumah bagi melihat siapa lelaki itu dan yang telah terjadi.

Uthman terkejut apabila melihat lelaki itu adalah Khalifah
Umar Bin Khatab,raja sekalian orang Islam.

"Kenapa saudara?Apa yang sudah berlaku?"tanya Uthman
Bin Affan kepada sahabat baiknya itu."Takkan saudara tidak
nampak,saya sedang menyeret lembu ini,"jawab Umar.

"Lembu siapa?Hairan,saudara bukan orang yang pedulikan
harta dunia,kenapa dengan lembu itu?"kata Uthman lagi.

"ini salah seekor daripada lembu-lembu yang didermakan kepada
anak-anak yatim.Tadi lembu ini terlepas dari kandangnya dan lari
ke tengah jalan.Mujur saya dapat tangkap kembali,"kata Umar.

"Tidakkah ada orang lain yang dapat disuruh menangkapnya.Takkan
mengejar lembu terlepas pun mesti dibuat oleh KHALIFAH sendiri?"
Kata Uthman.

"Kuasa KHALIFAH adalah suatu AMANAH,bukan KEHORMATAN,"jawab Umar.


abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

BAJU PENGANTIN KITA...........

Fatimah adalah puteri bongsu Nabi Muhammad s.a.w.Fatimah antara anak yang
paling disayangi oleh baginda Rasullullah s.a.w.Pada usia lapan belas tahun,
Fatimah dikahwinkan dengan Ali,iaitu anak saudara kesayangan Rasullulah s.a.w.
Pada hari perkahwinan Fatimah,beliau memakai baju pengantin yang diperbuat
daripada bulu.Baju pengantin Fatimah ada dua belas tempat yang ditampal dengan
jahitan.

Mengikut adat Arab dari dulu hingga kini,kedua mempelai akan berpindah ke rumah
baru mereka sendiri.Baginda mengajak empat sahabat karibnya,Abu Bakar,Umar,Uthman
dan Usamah,membantu mengangkat barang-barang keperluan kedua pengantin baru itu.
Barang-barang yang dibekalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kedua mempelai itu terdiri
daripada batu penggiling,lesung penumbuk gandum,sehelai kulit yang telah disamak,
sebiji bantal,sebuah jag air dan sebiji pinggan.

Abu Bakar terlalu sedih melihat betapa sedikitnya barang-barang bekal keperluan baru
untuk pengantin baru yang mampu diberikan oleh baginda.Sesungguhnya Fatimah
adalah puteri bongsu kesayangan baginda.

Dengan lilingan air mata Abu Bakar seraya berkata "Inikah sahaja bekal perkahwinan
Fatimah".Jawab baginda "Ini pun sudah cukup banyak bagi orang yang masih hidup
di dunia.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

Pakaian Pemimpin Islam Malaysia...........

Khalifah Umar bin Khatab biasanya datang awal ke masjid.Akan tetapi
suatu hari baginda datang terlewat.Ramai orang sedang menunggu baginda.
Baginda memohon maaf,kepada semua jemaah kepada mereka yang
sedang menunggu."Maafkan saya sebab terlambat.Pagi tadi saya mencuci
baju saya ini,saya tidak ada baju lain.Saya tunggu baju ini kering dulu"

Ketika baginda berdiri dihadapan membaca Khubah Jumaat,orang ramai duduk
dibarisan hadapan jelas melihat baju baginda.Jelas kelihatan jubah baginda
bertampal-tampal.Mereka menceritakan tidak kurang dari dua belas lubang
yang sudah ditampal.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

MEWAHNYA BILIK TIDUR KITA............

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Pemerintah Negara Islam Pertama di dunia
iaitu Madinah.Suatu hari Umar bin Khatab mendatangi baginda di bilik
tidurnya di kawasan Masjid Nabi.Bila melihat keadaan bilik tidur seorang
Peminpin Agung dan Utusan Allah begitu daif,maka perlahan-lahan
airmatanya mengalir.

"Mengapa saudara menangis?" tanya Baginda."bagaimana saya tidak menangis
dan bersedih hati melihat belakang badan tuan dengan kesan daun tikar."
"Saya sedih sangat melihat bilik tuan"
"Mudah-mudahan Allah memberi lebih banyak kemudahan kepada tuan"
Jawab Umar.

Kemudian Umar menyambung lagi,"orang-orang Rumawi dan Parsi tidak
menyembah tuhan,tetapi raja-raja mereka hidup serba mewah.Mereka membina
istana-istana indah di tengah-tengah taman dan ditengahnya mengalir air sungai".

"Tetapi tuan,walaupun utusan Allah,tuan hidup serba miskin,"kata Umar.
"Kalau didunia mereka hidup mewah,keadaan bertukar di akhirat nanti,"
kta Nabi Muhammad s.a.w.

abghalim.....Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin oleh Dato Dr Mohd Fadillah Kamsah
http://ladanguluyam.blogspot.com

Read more...

ADAPTASI KALIMAH BISMILLAH BUAT KEKASIH

ADAPTASI KALIMAH BISMILLAH BUAT KEKASIH


Sayang
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
"Tiada seorang hamba pun menggucapkan Bismillah
KECUALI
Allah perintahkan malaikat yang bertugas
Mencatat amal manusia untuk dicatatkan
Ke dalam buku induknya 400 kebaikan"

Sayang
Bacalah bismillah 21 kali
Kala tidurmu setiap hari
Maka kau akan aman
Tiada gangguan syaitan
Tiada kecurian
Dijauhi bala
Dihindari maut mendadak

Sayang
Amalkan Bismillah setiap kali
Ketika jimak halal kita
Nescaya bakal lahir
Zuriat kita yang soleh
Cerdik dan terbuka hatinya
Agar kita menerima kebajikan
Setiap hela nafasnya

Sayang
Disamping kita berkerja
Jangan lupa amalkan
Bacalah Bismillah 313 kali
Berselawat atas Rasullullah 100 kali
Sebaiknya disetiap pagi Ahad
Disaat mentari terbit
Mengadaplah ke Kiblat
Nescaya Allah memberi rezeki
Tiada terduga oleh kita
Bersama fadhal dan kemurahan-Nya

Sayang
Bacalah Bismillah 786 kali
Tiuplah ke air
Berikan cahayamata kita minum
Pada setiap matahari terbit
Bacalah selama 7hari berturut
Nescaya hilanglah bebalnya
Mudahlah akan ia menghafal apa yang pelajari

Sayang
Bacalah Bismillah sekiranya kau gentar
Kalamana kau berhadapan dengan orang bengis
Bacalah 50kali dihadapannya
InsyaAllah dia akan tunduk padamu
Mungkin ia akan takut padamu

Sayang
Amalkan Bacaan Bismillah
Pada bila-bila masa
Disetiap memulakan sesuatu perkara
Ajarilah zuriat kita
Ajarilah muridmu
Agar mereka beramal
Yakin kita pada Allah

Read more...

KANIVAL MEMANCING KULIM


KANIVAL MEMANCING KULIM 2008
LOKASI : Taman Tasik Kulim
TARIKH: 29-11-08
MASA : 9 am ~ 1 pm
YURAN :RM 60.00
HADIAH PERTAMA : RM5000.00

KE-2 : RM3000.00

KE-3 : RM1000.00

KE-4 ~ 10 : RM200.00

KE-11 ~ 20 : RM100.00

KE-21 ~ 30 : HAMPER

Berminat Sila Hubungi :
En Ned : 019-471 9438
En Arie : 019-565 0142
En Mizi : 012-401 7269
En Azizi : 012-586 0424
En Mohan : 019-578 4847
En E : 017-477 2676


Dijayakan Oleh : D'SUTERA EMAS TRADING
Dengan Kerjasama....
MPKK

IPK Polis Kulim

Tekun Nasianal

Majlis Belia Daerah Kulim

Kulim Hi-Tech Park

JPS KulimJPA

Agensi-Agensi Kerajaan

Read more...

AURA AL-QURAN SEBAGAI TERAPI KEPADA TERNAKAN

AURA AL-QURAN SEBAGAI TERAPI KEPADA TERNAKAN

Tertarik membaca METRO AHAD keluaran 16-11-08 dalam ruangan EKSPERESI mengenai ladang
ternakan lembu tenusu milik FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD. di PAHANG.Ladang ini mengadaptasi
kaedah AURA Al-Quran.Alunan ayat suci Al-Quran bergema di setiap ruang ladang ini.Alunan bacaan
ayat suci Al-Quran yang penuh keberkatan dan mukjizat Nabi Muhammad SAW ini diyakini dengan
1001 hikmah.Ianya menjadi kebaikan bukan sahaja kepada manusia tetapi untuk semua makhluk
yang menghuni alam milik Allah SWT termasuklah haiwan.

"HAIWAN MENJADI LEBIH JINAK,PENGELURAN SUSU
BERTAMBAH DAN KESIHATAN YANG LEBIH SIHAT"

Menurut FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD.,ketika proses memilih lembu untuk membeli lembu
jenis JERSEY di Australia,haiwan berkenaan liar dan sukar di pegang.Kini selepas dua bulan kaedah
ini diperkenalkan,ternakan kian jinak dan bertambah sihat.Hasil tenusu meningkat 10% dan hasilnya
setiapa hari antara 2500~2700 liter susu segar.Ada lembu yang melahirkan anak berat sehingga
30kg.FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD. yakin bahawa pengeluaran susu akan meningkat 4000kg
sehari dalam masa terdekat.

Hasil kajian FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD.telah membuktikan Al-Quran memberi kesan positif
dari kaedah memperdengarkan lembu ternakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.Haiwan akan menjadi
lebih tenang dan mendapat ransangan yang diperlukan untuk pengeluaran susu dan kesihatan yang lebih
sihat.

"AL-QURAN JUGA SESUAI DIGUNAKAN UNTUK KITA MENJAGA
KESELAMATAN HAIWAN DAN HARTA BENDA"

Ladang FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD.telah membuktikan keberkesanan Al-Quran pada penghasilan
susu dan kesihatan yang sihat.Kenapa kita tidak mengaplikasi kaedah yang sama bagi menjaga keselamatan
haiwan dan harta benda dari kecurian.Setiap malam kita perdengarkan dengan alunan ayat KURSI sebagai
contoh bagi menjaga keselamatan haiwan dan harta benda kita.Tidak salah kalau kita mengupah pengawal
atau kita membela anjing bagi mengawal ladang kita.Membela anjing sebagai pengawal baik tetapi susah
untuk kita menyelenggaranya.Anjing kita takut menjilat makanan atau meminum air ternakan kita.Tahi anjing
yang "dilepaskan" merata-rata menjadi kesulitan pada kita.Semua umat Islam faham bahawa anjing dan segala
darinya adalah "NAJIS BERAT".Anjing juga boleh menjadi FITNAH dan KETIDAK SELESAAN pada masyaratkat
Melayu dan juga pelanggan ISLAM kita.Dari ceramah ustaz SHAMSURI HJ AHMAD yang saya dengar,di Kulim
ada penternak kambing BUKAN MELAYU telah kawinkan kambingnya dengan ANJING.Ini membuktikan bahawa
anjing juga tidak boleh diharap untuk mengawal kambing kita.WALLAHUAKLAM.

Rujkan :METRO AHAD dan CERAMAH USTAZ SHAMSURI HAJI AHMAD

Read more...

SEPULUH PERMINTAAN IBLIS

SEPULUH PERMINTAAN IBLIS

Ibnu Abid-Dunya,Ath-Thabrani dan Ibnu Marduwaih mentakhrij dari Abu Umamah,dia berkata,
"Rasullulah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya ketika iblis turun kebumi,maka dia berkata:""
"Ya Rabbi,Engkau telah menurunkan aku kebumi dan menjadikan aku sebagai orang yang
terkutuk."

"Maka buatkanlah bagiku rumah"
"Rumahmu adalah bilik mandi"

"Buatkanlah bagiku tempat duduk"
"Tempat dudukmu adalah pasar"

"Buatkanlah bagiku makanan"
"Makananmu adalah apa yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya"

"Buatkanlah bagiku minuman"
"Minumanmu adalah setiap yang memabukkan"

"Buatkanlah bagiku mu'adzin"
"Mu'adzinmu adalah alat muzik"

"Buatkanlah bagiku Quran"
"Quran bagimu adalah syair"

"Buatkanlah bagiku sebuah kitab"
"Kitabmu adalah tatu"

"Buatkanlah bagiku perkataan"
"Perkataan bagimu adalah dusta"

"Buatkanlah bagiku seorang utusan"
"Utusan bagimu adalah dukun"

"Buatkanlah bagi jerat"
"Jeratmu adalah WANITA"

Sumber : 80 Rahsia Jin,Syaitan Dan Iblis. Penulis Abdur Rahman Syukur,Terbitan Jasmin

Read more...

Jiwa Hamba Karya terbaru Azizihjabdullah

JIWA HAMBA

Buku terbaru Karya Ustaz Azizi Haji Abdullah.Beliau adalah ustaz saya dan seorang yang berjiwa lembut.Sifat yang warak dan merendah diri.Menghormati murid tak kira status dan kedudukan.



Jiwa Hamba
Buku Baru:Sudah Terbit Sebuah lagi Tulisan Azizi Abdullah, Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sebuah Buku Kritikan Adat Di Antara Yang Menyebabkan orang Melayu Mundur.Pedas! Berani! Berterus Terang!Nama Buku : JIWA HAMBAPenulis : Azizi Hj. AbdullahPenerbit : Persatuan Pengguna Pulau PinangTebal : 168 mukaHarga : RM15.00 (Termasuk pos)(Pesan kepada Azizi Hj Abdullah, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah, HP 012 4396060. E-Mail: tukya_azizi1426@yahoo.com.my.)Bayaran mestilah dijelaskan melalui Kiriman Wang atas nama Azizi bin Abdullah.
MENGAPA JIWA HAMBA?Soalan ini bukan soalan matematik yang bererti 2 x 5 jawabnya 10. Soalan ini memerlukan masa yang panjang. Di zaman umat Melayu dipengaruhi adat Hindu, kemudian dijajah sehinggalah di zaman kolonial, kesannya terdapat pada hari ini, malah acara, adat dan undang-undang itu sendiri masih berakar umbi dari mereka.Datuk nenek moyang dan salasilah dari mana kita ini? Jawapannya masih kabur. Jika diselidik adat resam dan budaya yang dipertahankan itu, ternyata ia dari pengaruh Hindu. Relakah mereka yang mempertahankan adat budaya seperti ini dikatakan dari keturunan Hindu?Kita perturunkan di bawah ini beberapa sebutan dari kelompok-kelompok tertentu yang sebenarnya bersifat jiwa hamba , yang bagi kita boleh tergeleceh akidahnya. Kebanyakan istilah keramat yang digunakan oleh institusi ini ialah daripada kepercayaan Hindu, sedangkan institusi yang mengamalkan istiadat gelar bergelar ini beragama Islam.Orang Kaya-kaya Laksamana,Orang Kaya Panglima,Maharaja Indera,Maharaja Dewa,Sendewa RajaIndera LelaSakna dan Dewa Raja, Ratna Sakti.Dewa MahkotaDemang PerwiraPekerma Wati- Amar Dewangsa-Pendewa Sakti dan lain-lain.Panggilan dan anugerah ini mengikut pengertian Kamus Dewan dan lain-lain kamus seperti berikut:
1. Laksamana: Gelaran tertinggi dalam angkatan tentera laut. (Adakah yang menerima gelaran ini dari kalangan mereka yang berkhidmat dalam tentera laut?)
2. Indera: Betara-Dewa yang memerintah di angkasa (Menurut kepercayaan Hindu.)
3. Dewa: Roh yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa ke atas alam dan manusia.
4. Sedawa: Bahan kimia ubat bedil atau bunyi yang keluar dari kerongkong kerana kenyang. Ertinya jika Sendawa Raja; Raja yang seperti ubat bedil atau raja yang hanya asyik bersendawa.
5. Ratna Sakti: Puteri yang memiliki kuasa di luar kemampuan manusia.
Tetapi bagaimana pengertian istilah itu? Adakah istilah di atas melanggar hukum, berunsur sifat-sifat syirik yang kita bentangkan di atas?.Di mana tuan guru dan para ulama yang menjadi penasihat institusi seperti ini?Unsur-unsur syirik bukan sahaja daripada perbuatan tetapi juga daripada perkataan, daripada yang seumpamanya, daripada keserupaan dan subahat.Aneh! Sangat malang, apabila kita dapati cerdik pandai dan bertaraf tinggi tetapi membiarkan istiadat ini bercampur baur dengan khurafat, unsur-unsur syirik. Beberapa istiadat (kononnya) kecil diwujudkan seperti:
1. Istiadat Jamuan Menyemah Jin-jin.
2. Istiadat Membantai Kerbau
3. Istiadat Mengambil Air Dari Sungai
4. Mandi Balai dan lain-lain.
Segera dapatkan atau kunjungi di Pesta Pulau Pinang pada 13-14 Disember 2008, sempena Hari Sasterawan Azizi Hj Abdullah di Gerai Khas.
LAYARI http://aziziabdullah.blogspot.com/

Read more...

TEMPAHAN UNTUK KORBAN DIBUKA SEKARANG

Lembu Korban


Selamat berangkat ke Tanah Suci,semoga kita mendapat haji mabrul.

Kita yang tinggal di tanah air,walaupun tidak ada kesempatan ke Tanah Suci,jangan bersedih,sekiranya kita berkemampuan .....kita dapat lakukan IBADAH KORBAN,,,

UNTUK TEMPAHAN KORBAN sila hubungi LADANG ULU YAM

HUBUNGI : ZAITUN BTE OTHMAN
HP : 019-219 5589
Email:zaitunn@tm.net.my

atau
HUBUNGI : Abg Sidek
HP : 012-37 7 0445

Harga sangat berpatutan dan boleh dirundingkan.....
Penghantaran juga disediakan di sekitar Lembah Klang


From Lembu Korban




Read more...

http://jutawantani.wordpress.com/

Blog minggu ini yang untuk dilawati oleh bakal penternak....http://jutawantani.wordpress.com/

Sila lawati untuk mendapat Info terkini mengenai BOER....kambing la


Kambing….kambing datang lagi…

Kali ini aku berkesempatan lah berada dalam Boerbest Group untuk shipment ini kerana pada shipment yang lepas aku tidak berada bersama mereka kerana urusan peribadi di luar kawasan.

Ini ada lah shipment stage ke-3 untuk melengkapi kontrak pembekalan baka kambing boer kepada MADA & JPH yang berjumlah 2100 ekor.

Kali ini shipment agak mencabar kerana dilakukan dalam bulan puasa yang lalu. Kelewatan juga berlaku semasa “clearance” disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Oleh sebab itu ada beberapa kes kematian kambing yang tidak diingini berlaku diluar kawalan kami. Walaubagaimanapun ianya dapat dikawal dan jumlah peratusnya adalah kecil.

Bagi pembeli-pembeli setia kami, insyallah setiap pembelian anda adalah dijamin oleh kami selama 7 hari selepas penerimaan.

Read more...

BLOG DAH TERLALU LAMBAT


SALAM

Blog Ladanguluyam dah terlalu lambat.Ampun dan Maaf kepada semua pengunjung.Kesibukan membuat AKU tak da masa nak perbaiki.Ambil masa juga nak baiki.Kalau guna FREE WI-FI.....mengamuk mamak nasi kandar.Kalau kat Internet Cafe Mau 5 jam lebih.SABAR nanti aku REPAIR.

Read more...

http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/

Blog pilihan Ladanguluyam untuk pemternak mencari ilmu sila layari disinihttp://usahawantani-kelantan.blogspot.com/

PROFILE PEMILIK BLOG http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/
ShamGz _ Nimz
Gender: Male
Industry: Agriculture
Occupation: Director
Location: Machang : Kelantan : Malaysia
About Me
Insan biasa yang cintakan Illahi. Akademik: Bac. of Sc(Agribusiness), UPM. My Wife; Doctor of Veterinary Medicine (Dr. Vet), UPM. Call me; 013-219 9643. E-mail;ibnu_ghaz@yahoo.com.sg

POST TERBARU BLOG PERTANIAN
http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/

Joint BioMalaysia 2008
Introduction

BioMalaysia is Malaysia’s premier and largest biotechnology conference and exhibition. Held annually, this significant event attracts the best of Malaysian and global biotechnology participants.BioMalaysia 2008 is set to surpass the success of BioMalaysia 2007, which broke all previous records with over 7,800 participants including 60 biotechnology experts from 30 countries speaking at the conference, 1,100 conference participants, 85 international and local exhibitors, and 6,555 trade visitors.BioMalaysia 2008 will take you closer to achieving your scientific and business objectives in biotechnology and provides access to one of the fastest growing biotechnology markets in the region. Since the launch of the National Biotechnology Policy and the establishment of BiotechCorp as the leading development agency for biotechnology in 2005, the Malaysian biotechnology industry is on a fast track towards commercialisation in 2011.The theme for BioMalaysia 2008 is “Strengthening Value Creation in Biotechnology”. Value creation in biotechnology underscores the escalation of science to market – including opportunities in discovery, new technology, funding, entrepreneurship and in building the biotechnology business.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI BLOG http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/


Read more...

KIMI & WONG

Kimi & Wong

Kawan!kawan!kawan!
Ya kawan
Sat,sat saya nak buka posa
Selepas setengah jam lagi
Kawan!kawan!kawan!
Ok kawan jom
Berbasikal di hadapan rumah
Uncle Wong ditembok memerhati
Kimi & Wong bersaing basikal
Jangan laju….jerit Uncle Wong
%@$#* Uncle Wong menasihati anaknya
Aku kalau tiada urusan akan bersama Uncle Wong
Berbual sambil memerhati mereka
Berbicara tentang kemelut hari ini
Tak syok la sekarang
Uncle Wong berbicara
Dulu wa tinggal di kampung
Bercampur semua orang
Hisap rokok tak berani depan Pak cik
Takut Pak cik beritahu bapa
Anak Pak cik,Berahim pun sama
Kami hisap rokok dalam hutan
Kami takut mereka tahu
Sekarang tiada lagi scenario ini
Mari kita didik anak kita menghormati
Wa sama lu dihormati
Baru Malaysia aman sentosa
Impian Uncle Wong indah
Impian Uncle Wong mulia
Itulah jiran Seri Pinang
Jiran Tionghua
Jiran Kami
Jiran Melayu & Cina
Ramadhan 2008,Ramadhan indah
Jangan dirosakkan Ramadhan ini
Jangan dirosakkan pertalian kami
Kami tidak mahu jadi Bosnia
Masjid kami dilaungkan azan
Bila ada perayaan Tanglung
Kimi,Wong dan Shila bermain bersama
Di Tahun Baru mercun dibakar bersama
Ingatan aku pada Anak Jiran Tionghua
Yang ku baca pada 1985
Kepada yang suka bersengketa
Cuba renung kembali
Cuba fikirkan masa depan Kimi & Wong
Mereka ingin berbahagia di Bumi Malaysia

27hb September 2008
10:08 PM

Read more...

Copy Paste Dari Kedah Daily

Copy Paste Dari Kedah Daily
Baca ulasan dalam perkataan dalam bentuk BOLD
Pakatan Rakyat bentuk kerajaan dalam masa terdekat
Posted by Kedah_Sejahtera Labels: Politik
Selepas dua permintaan untuk berjumpa Perdana Menteri dan menggesa diadakan sidang tergampar Parlimen, Pakatan Rakyat tetap 'on track' untuk menubuhkan kerajaan. Dalam apa keadaan pun Umno dan Barisan Nasional yang sedang berpecah teruk, tetap akan ditumbangkan juga.
Ikuti pandangan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, yang merupakan antara individu terlibat dalam usaha membentuk kerajaan Pakatan Rakyat peringkat persekutuan.
Sebagai Ahli MPT KeADILan, Johari berpengalaman luas dalam politik. Beliau meninggalkan Umno sejak peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.
Pernah bergiat dalam Yayasan Gerak Bakti, Pergerakan Pemuda Umno dan pernah membantu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau juga adalah antara Pengarah Biro Tatanegara.
Kenapa PKR mendesak PM membuat sidang tergempar Parlimen sedangkan BN masih lagi menguasai majoroti dalam Parlimen.Tidakkah PKR bersabar sehingga PRU 13.Walaupun ada dikalangan rakyat yang tidak menyokong BN ini bukan mewakili Majoroti rakyat Malaysia.Bukankah sabar itu separuh dari iman…….
Dua permintaan rakyat yang Anwar tak tunai ialah:-
1.DNA
2.Bersumpah
Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)
Wartawan Harakah MOHD

RASHIDI HASSAN, SAADON AKASH, IRWAN MUHAMMAD ZAIN dan jurufoto MOHD NASIR SUDIN menemuramah beliau di Harakah pada 23 September 2008, untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini pembentukan kerajaan baru itu.
HARAKAH: Setengah pihak menimbulkan kekeliruan mengenai tarikh 16 September. Ada yang beranggapan tarikh tersebut merupakan tarikh akan terbentuk sebuah kerajaan baru di Malaysia. Boleh saudara jelaskan kenapa tarikh tersebut dipilih dan macam mana perkembangan pembentukan kerajaan baru ini?
JOHARI ABDUL(Gambar bawah): Pemimpin pakatan rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP memilih tarikh 16 September kerana ia merupakan tarikh penubuhan Malaysia. Malah kita juga telah mendokong agar tarikh tersebut dijadikan cuti umum.
Tarikh 31 Ogos adalah tarikh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan namun ianya belum lagi disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tarikh 16 September itu adalah tarikh keramat yang menyatukan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Namun begitu kita menyebut tarikh 16 September sebagai tarikh akan berlakunya proses untuk perubahan kerajaan. Ia bukan mengambil masa yang singkat seperti pertukaran jawatankuasa PIBG, pertukaran kerajaan atau proses mengambil alih sebuah kerajaan ini harus mengalami satu proses yang panjang dan juga perlu melalui pelbagai peringkat baik dari segi undang-undang dan juga perlembagaan.
Dato' Seri Anwar sendiri memegang prinsip apa-apa proses peralihan kuasa harus dilakukan dengan penuh tertib kalau tidak kita akan jadi macam negara lain seperti kita tengok di Thailand, dah berapa Perdana Menteri tetapi masih banyak juga yang belum selesai. Sebab itu kita lakukan dengan penuh cermat dan bersistematik.
16 September itu adalah asas tarikh kita. Ia boleh jadi lebih dari tarikh itu. Tetapi harus faham 16 September itu adalah titik tolak atau tarikh permulaan proses pengambilalihan kerajaan.
Contohnya pada 15 September lalu, saya bersama Dr Hatta Ramli Ramli dan wakil DAP ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan surat yang meminta Perdana Menteri agar bertemu dengan Pemimpin Pakatan Rakyat.
Tetapi Perdana Menteri menolak permintaan kita itu. Dia tak mahu layan permintaan kita.
Itu proses yang pertama, yang paling lembut kita minta tetapi kalau dia tak nak kita hantar sekali lagi surat minta supaya proses ini dilakukan melalui parlimen.
Kalau Abdullah merasakan cara menyerahkan kerajaan dengan rundingan itu menderhaka kepada Umno atau BN tak mengapa kita pergi ke parlimen. Kita hantar satu lagi surat minta diadakan sidang tergempar parlimen.
Kita hantar surat ini lebih awal dari tarikh yang kita minta diadakan sidang tergempar itu. Kita minta dia fikir panjang-panjang dan dia ada masa untuk buat keputusan. Empat ke lima hari untuk buat keputusan. Kita hantar hari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.
Selepas itu Abdullah buat sidang media katakan tak perlu adakan sidang tergempar pada 23 September kerana parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.
Ada sebab dan strategi kita pilih 23 September. Kita bukan hanya main pilih sahaja. Kenapa kita minta tarikh itu, kerana masalah dalam Umno itu sendiri dah teruk hingga menjejaskan ekonomi.
Tanggal 16 September sudah berlalu,dan PKR akan memilih tarikh baru sebagai tarikh propaganda untuk menaikan semangat penyokong dan merisaukan pengundi yang memilih BN.Dimata dunia pula menampakkan Malaysia sudah berkecelaru dan tidak aman lagi.Apakah ini caranya untuk menjadi pemerintah negara?
Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Abdullah mendakwa Anwar adalah punca ekonomi negara ini semakin meruncing. Apa pendapat saudara?
Mereka ini dalam keadaan terdesak jadi mereka cari sasaran lain untuk tutup kelemahan mereka sendiri tapi dia harus ingat pelabur tak masuk bukan tahun ini tetapi sejak empat tahun dulu.
Bila dia ambil alih dari Dr Mahathir, pelabur dah mula tak yakin dengan dia. Ini bukan masalah kita. Ahli kabinet dia sendiri kritik dia secara terbuka kenapa dia nak kata ini salah Anwar?
Cuba lihat SAPP keluar dari BN, mereka keluar bukan sebab kita tetapi sebab sudah tak yakin dengan BN. Dan bila mereka nak join kita, tentulah kita terima. Tetapi asasnya, mereka sudah hilang keyakinan kepada BN.
Memang benar Anwar bukan punca ekonomi Malaysia meruncing TETAPI beliau mengambil kesempatan dengan masalah keruncingan Ekonomi Global seperti yang dilakukan pada percubaan pertamanya ditahun 1998 dan 1999.Nasib baik TDM bijak.Tindakan kejamnya memasukkan Anwar ke penjara telah menyelamatkan Malaysia dari diratah penyangak matawang.Disini kebijakkan Anwar mengambil kesempatan untuk menghuru harakan ekonomi Malaysia dimasa keadaan ekonomi dunia merosot adalah tindakkan kejam terhadap rakyat.Bila semua saham besar jatuh,Anwar akan membeli dengan harga yang murah dan dijual bila harga melambung.Yang mampu dan kaya hanyalah dia.bukan kita dan bukan penyokong PKR dan bukan penyokong Pas yang berbaju PKR.
SAPP yang join pun namanya CA YA NUN ALIF……..kenapa?Hari ini dia keluar BN, tak mustahil esok dia keluar PKR kalau tak dapat jadi menteri.
Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" (Ahmad)

Setakat ini berapa bilangan Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat?
Anwar sebut kita sudah melepasi angka 31 tetapi kita tak nak sebut berapa jumlahnya. Yang penting kita sudah ada lebih 31 orang ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. Kalau kita sebut, macam-macam yang akan dilakukan oleh BN. Ini akan menjadikan huru-hara. Kita tak nak perkara itu berlaku.
Ini kali pertama pengambil alihan kerajaan berlaku di negara ini. Sebelum ini tak pernah beralaku. Kita belajar dari apa yang berlaku di Thailand dan Filipina.
Kita perlu lakukan dengan penuh cermat kerana kita sedar negara ini amat sensitif dengan masalah kaum. Sekali anda jolok saja soal ini, dia akan meletup. Dan ini yang mereka cuba lakukan seperti di Pulau Pinang baru-baru ini tetapi kerana kita dah tahu itu adalah senjata mereka jadi kita tak respon.
Kemudian Raja Petra dan Teresa ditangkap. Wartawan dan blogger ditangkap. Ini semua tujuan untuk menakut-nakutkan blogger dan wartawan serta aktivis atau ahli politik. Ini semua kita tahu dan sebab itu kita tak respon kepada perkara ini.

Memang Anwar telah memiliki lebih 31 kerusi yang dibelinya di kedai perabut…pembohongan besar Anwar yang gila untuk menjadi PM.Kalau nak jadi pun sabarlah sehingga PRU 13.Lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.Banyakkan bersedekah,berdoa dan bersolat hajat.Yakinlah bahawa kalau ada Keikhlasan pada Allah,nescaya Allah akan menunaikan hajat itu.Jangan ditukar laungan ALLAH HU AKBAR dengan REFOMASI.

Mungkin anjing yang dibela oleh PKR besarapan hebat dari penduduk kampong.Jangan salahkan dan putar belitkan kenyataan yang dibuat.Orang rakam anda bercakap.Terlajak perahu boleh undur tapi terlajak kata……..

Sabda Rasulullah saw "Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang" (Bukhori dan Muslim)

Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Anwar hendaklah mengemukakan usul terhadap kerajaan dan jika terbukti cukup majoriti, barulah beliau boleh mengadap YDP Agong, pandangan saudara?
Betul. Sebab itu kita minta diadakan sidang tergempar parlimen. Tetapi bukan itu sahaja penyelesaiannya. Masih ada cara lain mengikut perlembagaan. Tapi kita tak bermaksud nak menyanggah kenyataan KuLi.
Tetapi kita rujuk dengan pakar-pakar perundangan dan perlembagaan jadi kita lakukan satu demi satu mengikut apa yang perlu.

Rujuklah pada pakar yang selalu menidakkan ketuanan Melayu dan anti Islam.

Allah berfirman "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah telah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepad Allah yang (dengan namaNya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."(Annisa:1)

Bagaimana dengan tuduhan membeli wakil rakyat BN?
Nak beli berapa kita nak beli? Sejuta? Dua juta? Kalau kita nak beli berapa puluh juta kita ada? Ini cuma propanganda dari mereka yang nak menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling setia dalam BN. Mereka gunakan material sebagai bahannya.
Kita tak pernah buat apa-apa tawaran kerana kita berpegang pada prinsip yang telah kita sepakati. Kita tak nak mereka yang boleh dibeli dengan wang keran mereka ini kalau katakan hari ini kita tawar sejuta mereka masuk, esok kalau ada orang lain tawar dua juta, dia pergi kesana pula. Kita tak nak yang macam ini.

Kita bukan nak beli dengan wang ringgit tapi dengan SEDEKAH seks.YB BN yang berpaling tadah semuanya bukan Islam.Nanti boleh buat negara Islam yang majoritinya bukan ISLAM.
Allah berfirman "wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kalian kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya" (AliImran:102)

Tetapi adakah mereka ini akan ditawarkan jawatan sebagai menteri?
Yang itu sudah pasti. Kita nak berlaku adil. Cuma apa jawatannya terpulang kepada pucuk pimpinan. Tapi yang penting, impian kita nak jadikan Malaysia yang baru. Tak ada lagi yang murung. Perniagaan boleh berjalan lancar. Ekonomi stabil. Kita boleh hantar orang untuk meninjau pelaburan di luar.
Pakatan Rakyat mempunyai 15 perkara utama atau 15 perkara yang diselesaikan sebaik sahaja ambil alih kuasa.
Macam bebaskan tahanan ISA. Nak hapuskan ISA kita kena lalui parlimen tapi kita akan buat juga tapi yang penting kita bebaskan dulu yang ditahan dah enam atau tujuh tahun.

Jawatan yang nak ditawarkan belum pasti,mestilah adil dan terpulang pada pucuk pemimpin.Yang menyertai semua bukan Islam dan majoritinya pemimpin pun bukan Islam.Wakil PAS nga-nga saja lah.
Dari segi Ekonomi pula,kita hantarlah wakil bukan Islam untuk meninjau pelabur diluar kerana wakil Islam mana ada perniagaan.
Tahanan ISA kita bebaskan agar setiap hari dijalanan ada REFOMASI kerana kita suka refomasi.Itulah nilai mulia yang kita anjurkan sejak 1998 lagi.
Firman Allah Taala "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik" (AlHadid:16)

Ada dakwaan bahawa andainya Pakatan Rakyat memerintah maka hak orang Melayu akan terpinggir?
Itu cuma perang saraf mereka. Di antara yang akan kita pertahankan adalah perlembagaan negara. Kedudukan raja Melayu kita akan pertahankan. Perkara 153, hak orang Melayu akan kita pertahankan dan juga kedudukan Bahasa Melayu.
Tapi disebabkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih kepada kita mereka rasa takut dan buat propanganda macam itu. Kita lihat di Perak, Dato' Seri Nizar jadi Menteri Besar.
Berapa banyak kerusi PAS? Kurang dari KeADILan tetapi adakah hak orang Melayu dah tergadai? Dan Nizar masih berjaya sebagai Menteri Besar.
Cuma propanganda BN membuatkan kita dilihat terlalu melebihi orang bukan Melayu. Sokongan dari bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat bukan bermaksud kita jual Melayu. Ini adalah propaganda BN semata-mata.
Hak Istimewa orang Melayu tidak akan kita sentuh.Kita tinggalkan Melayu pada keretapi.Kita jadikan Menteri besar yang selalu nak bersedekah pada bukan Melayu.
Firman Allah Taala "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani menjadi walimu.Mereka itu satu sama lain saling menjadi wali. barangsiapa mengambil mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka" (AlMaidah:51)

Adakah perkara ini telah dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat?
Perkara itu memang dipersetujui oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Malah DAP pada tahun 2006 telah tukar perlembagaan parti mereka iaitu mereka pegang prinsip-prinsip perlembagaan iaitu hak orang Melayu dan bahasa Melayu akan dipertahakan.
Malah mereka terima Islam sebagai agama rasmi. Sebab itu Karpal Singh sama Utusan sebab dia tak cakap pasal Islam itu.
“Langkah Mayat Saya Kalau Nak Buat Negara Islam” ungkapan itu sudah kita lupakan kerana Anwar.Demi Anwar AMANAT HADI AWANG Cuma tinggal sejarah perjuangan PAS.
Sabda Rasululullah saw "Tidak akan datang hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi dan membunuh orang-orang Yahudi" (Muslim)

Selepas permintaan mengadakan sidang tergempar parlimen tak dilayan, apa langkah seterusnya?
Kita ada beberapa langkah yang telah disusun. Cuma tunggu dan lihat. Yang penting kita jalankan kerja untuk mecapai apa yang kita rancangkan.
Kita dah minta dua perkara yang besar, adakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan juga sidang tergempar parlimen. Kita dah ikut prosedur, jangan pula kata kita biadap. Yang tak nak cuma mereka bukan kita.

Kita bukan BIADAP tapi kurang ajar sikit aja.Lagipun nak malu apa,janji ANWAR dapat jadi PM.Apapun dah jadi halal.
Sabda Rasulullah saw "Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib" (Muslim)

Pakatan Rakyat sekarang telah meletakkan tarikh baru iaitu 1 Oktober. Apakah ini tarikh terakhir atau ianya cuma untuk mengerunkan BN?
Mungkin lebih awal dari itu. Tengok keadaannya. Yang penting kita dah susun rapi apa yang patut kita buat. Langkah kita seterusnya memastikan apa yang dirancang berjaya.
Yang kita nak mereka tak nak ikut jadi kalau kita buat apa yang kita nak buat jangan pertikaikan. Kita ada cara yang tak perlu sampai tulis surat tapi kita tak nak macam itu kerana kita tak nak bercelaru. Bukan hanya parti bercelaru tetapi rakyat yang bercelaru.

Sudahlah dengan tarikh-tarikh baru.Orang Islam nak sambut Hari Raya Puasa.Kami nak bermaaf maafan.Kami nak bayar zakat fitrah.Kami nak solat sunat Aidil Fitri.Hampa kalau tak mau raya…..
Awat hampa ni suka pilih tarikh yang berkaitan dengan Orang Islam dan Melayu?Pilih lah masa DEEPAVALI ka?atau Tahun Baru Cina?
Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa berperang dengan tujuan agar agama Allah berjaya didunia ini, maka ia berperang dijalan Allah" (AlBukhori)

Apakah tidak terdapat usaha-usaha dari BN untuk mengagalkan rancangan ini dengan cara menawarkan jawatan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat atau membeli mereka?
Tak ada pun usaha dari BN untuk gagalkan usaha ini. Kalau nak kata mereka nak beli kita, saya sendiri ahli parlimen tak pernah pun terima panggilan ajak masuk BN. Bawa pergi Taiwan, untuk apa? Nak larikan daripada 16 September? Kalau tak dapat 16, kita boleh pindah ke 17 atau 18.
Tapi bila kita hantar wakil kita ke Taiwan, mereka lari malam. Dipaksa balik. Semua ini apa? BN sudah tak ada kekuatan untuk bertahan. Dia buat apa pun mereka tahu mereka dah tak kuat.
Sebab itu tak ada usaha dari mereka untuk membeli atau menawarkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sertai mereka kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.

BN ada maruah bukan macam PKR yang gila nak jadikan Anwar capai impian jadi PM.Dari dalam lokap lagi dia duk mimpi nak jadi PM.Apakah nilai Malaysia memiliki PM bekas BANDUAN?
Kenapa hampa gila sangat pi sampai Taiwan.Awat duit tabung jihad dah belambak ka?Sedekahlah kat orang susah,ganjarannya besar di bulan Ramadhan.Bukankah membazir itu amalan syaitan.Duk ikut kerja gila BN buat apa.Dah hampa tau depa gila,hampa pun ikut gila macam depa?
Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)
Yang hilang kepercayaan pada BN adalah Pakatan Rakyat bukan majoroti Rakyat Malaysia.Sabar la,tunggu PRU 13.
Sabda Rasulullah saw "Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan perbuatan yang dimurkai Allah, maka Allah akan membiarkan dan menyerahkan orang itu kepada mereka" (Tarmidzi)

Perpaduan Pakatan Rakyat sekarang bagaimana?
Perpaduan adalam Pakatan Rakyat kukuh. Kalau sebelum ini terdengar dalam PAS ada yang tak puas hati tetapi bila keputusan muktamar agar kukuhkan Pakatan Rakyat, perkara itu sudah tak timbul lagi. Saya tak tahu masalah dalaman PAS tetapi saya rasa sudah tidak timbul masalah.
Hubungan kita semakin rapat. Kita dah bersama bukan tahun ini saja tetapi sejak 1999. Ada yang sebelum ini tak jadi wakil rakyat sekarang sudah jadi wakil rakyat. Macam saya lah. Kita dah berkawan lama, tak ada masalah yang timbul.

Kukuh dimulut PKR sahaja.Haji Hadi kata kalau majoroti Islam berkurangan,mereka akan cabut.Akar umbi PAS nak Tuan Guru Haji Hadi jadi PM.Dah sah mahir dalam Islam dan agama Islam terpelihara dan impian menjadikan Malaysia negara islam terlaksana.
Kata akar umbi PAS,perkahwinan mereka dengan DAP di Pulau Pinang tak bahagia.Suami tidur di beranda dan isteri tidur dibilik.Saudara mara pakat dok Tanya,dah berapa bulan?Berapa bulan apa?Bini saya masih anak dara.
Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)

Apa harapan saudara dalam usaha membentuk kerajaan baru ini?
Saya mempunyai impian untuk melihat Malaysia ini berubah lanskap politiknya. Pentadbiran yang lebih telus dan kekayaan dapat dikongsi bersama oleh semua rakyat.
Jadi saya harap ianya akan menjadi kenyataan dan semoga rakyat terus bersabar dan berdoa agar impian ini akan menjadi kenyataan. - mr

Harapan kita agar Pulau Temasik yang dibuka oleh Sang Nila Utama menjadi milik bukan Melayu.Orang Melayu cuma tinggal nama dan bahasa yang tidak diguna.
Rakyat harus bersabar dan berdoa agar impian dan cita-cita Anwar jadi PM kerana dia sendiri TIDAK dapat bersabar sehingga PRU 13.
Orang Islam sila rujuk http://aziziabdullah.blogspot.com/
Baca Berbadan Pas Berbaju PKR.Anda akan lebih faham lagi.

Read more...

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.AMPUN DAN MAAF.HATI-HATI DIJALAN RAYA.
KIRIM SALAM abghalim pada kedua ayahbonda pembaca budiman.abghalim mendoakan semua anda SELAMAT SAMPAI DAN SELAMAT KEMBALI

From Blogger Pictures

Read more...

COPY N PASTE DARI USTAZ AZIZI

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN
-Azizi Hj Abdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?
Posted by tukya_azizi at 8:17 PM 34 comments
Labels: Artikel

Read more...

TUN KEMBALI


Selamat kembali kepangkuan Orang Melayu.Syukur ke hadrat Allah swt,didoakan agar TUN dapat memulihkan kembali maruah orang MELAYU.

Kepada Pak Lah jangan berdegil.Dengarlah nasihat Tun.

Kepada Nazri Aziz jangan dok KURANG AJAR pada TUN.

Kepada KJ jangan dok buat UMNO macam bapa ko punya.

TERUS MENYOKONG TUN.....

Read more...

SALAM RAMADAN

Salam Ramadan



Selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua muslimin dan muslimat.Disini kami di Ladang Ternakan Ulu Yam memohon ribuan AMPUN dan MAAF,seandainya kami terkasar bahasa atau bersalah dengan semua yang berurusan dengan kami.



Seperti biasa setiap kali bulan perayaan menjelang aktiviti perniagaan akan sedikit sibuk dari bulan-bulan biasa. Sekiranya anda ingin menempah lembu atau kambing sila hubungi pihak pengurusan LTU :-



Zaitun Othman 019-219 5589

Abang Sidek 012-377 0445



Atau datang sendiri ke LTU dialamat:-



Berbicara tentang bulan Ramadan yang mulia ini,kita sepatutnya memulakan dengan memohon kemaafan.Jangan dinantikan bulan syawal kerana bulan Ramadan penuh dengan keberkatannya.Banyaklah kita beribadat dan bersedekah di bulan yang mulai ini.Jangan kita menanti fakir dan miskin datang kerumah kita.Lebih AFDAL dimulakan dengan saudara mara dan barulah diikuti dengan orang lain.



Disini saya abghalim dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf kepada:-



1.Ayah dan Emak tiri

2.Abang ,4 kakak ,3 adik lelaki dan 1 adik perempuan

3.Ipar dan anak-anak saudara yang disayangi

4.Semua keluarga dan sanak saudara

5.Guru-guru

6.Rakan-Rakan

7.Pembaca-pembaca

8. Semua muslimin-muslimat



TERUTAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH kepada bonda tercinta ……Amin



Download Ceramah Agama Disini.

Read more...

Premier League Live


I saw your website http://ladanguluyam.blogspot.com/
and have a simple proposal
for link exchange. Your link will be placed on a related pr4 page inside our
links section. Our homepage is currently pr5 (expected to be pr6). The site
has huge traffic with an average of 240,000 unique visitors per month.

My link details are:
Url: http://www.free-football.tv
Title: Premier League Live
Description: Tune in to watch live football online on your pc with instant
access payments.

Should you decide to place our link, please reply to this email id with your
own link details. We will add your link within 48 hours of receiving your
email, exempting weekends.

I await your favorable response.

Regards
Webmaster
www.free-football.tv

Read more...

MAHA 2008


MAHA 2008 --- AKU YANG DOK NGA NGA.TERKILAN TAK DAPAT PI TENGOK



15/08/2008

Teknologi bawa kelainan pada MAHA

Oleh LAUPA JUNUS dan NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Pertunjukan rodeo antara yang menarik pada MAHA 2008.

Berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang diadakan di tapak kekalnya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula Selasa lalu sepatutnya menjanjikan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Betapa tidak, kunjungan tersebut perlu disertai dengan harapan dan iltizam untuk ‘bertemu’ teknologi-teknologi baru dan terkini dalam sektor pertanian yang tidak mungkin anda temui apabila berkunjung ekspo atau karnival seumpamanya, di mana pun anda melawat.

Justeru MAHA yang diadakan dua kali setahun sejak penganjuran pertama pada 1999 bukanlah semata-mata untuk menjadikannya pesta makan buah-buahan, pesta makan kerepek atau karnival ternakan untuk meraikan kejayaan petani semata-mata.

Perlu diingat bahawa MAHA bertujuan supaya pengunjung dan rakyat Malaysia secara amnya diberi pemahaman mengenai hasrat kerajaan memberi suntikan baru mengenai bidang yang sebelum ini dianggap terpinggir atau hanya industri di belakang rumah.

Pameran kali ini dan beberapa acara sebelumnya sebenarnya satu peluang bagi mereka yang berminat dengan teknologi, mekanisasi dan automasi.

Teknologi akan selamanya membawa kelainan setiap MAHA diadakan dan pada kali ini antara yang wajar mendapat tumpuan ialah pertanian persis atau perladangan tepat, teknologi fertigasi, sistem pemantauan vesel (VMS), mesin-mesin seperti transplanter, varieti baru tanaman, teknologi pembiakbakaan haiwan dan pelbagai produk berasaskan bioteknologi termasuk kultur tisu.

Sebahagian besar kalangan kita terutama pengusaha pertanian mungkin sudah lama ‘berkenalan’ dengan teknologi-teknologi tersebut tetapi sebahagian besarnya mungkin agak asing dan pertama kali mendengarnya.

Mungkin agak keterlaluan jika mengatakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang ‘buta teknologi maklumat’ mengetahui teknologi bersepadu pengurusan ladang menggunakan sistem pertanian persis yang menggunakan teknologi maklumat.

Mimos Berhad, sudah memperkenalkan teknologi yang mereka namakan sebagai Sistem Pengurusan Pertanian Tepat yang turut memanfaatkan teknologi Sistem Mekanikal Elektro Mikro (MEMS) atau pengesan dalam rumah kaca sejak dua tahun lepas.

Sistem tersebut memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dan teknologi pengesan MEMS untuk mengurus pertanian secara tepat dengan penggunaan input pertanian secara minimum, mampu meramal hasil serta menjimatkan kos operasi.

Selain itu, turut diperkenalkan ialah teknologi fertigasi iaitu penanaman sayur-sayuran khususnya jenis berbuah menggunakan baja dan pengairan serentak di bawah struktur pelindung hujan.

Mereka yang berminat dengan teknologi pembiakbakaan boleh menyaksikan sendiri bagaimana demonstrasi mengutip air mani kambing dilakukan.

Bagi yang berminat dengan penternakan kambing, mereka boleh menyaksikan beberapa baka yang popular khususnya Boer.

Malah pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa industri ternakan kambing selain khidmat nasihat daripada pengusaha dan pegawai yang terlibat secara langsung.

Selain itu, teknologi penghasilan baka tanaman secara penggandaan seperti kultur tisu juga diketengahkan. Ramai daripada kita telah mengenali teknologi ini tetapi lebih ramai yang belum mengetahuinya.

Bagi nelayan, mereka mungkin boleh menyaksikan sendiri sistem VMS untuk memantau vesel mereka di lautan. Teknologi ini penting, sama seperti teknologi pengesanan ikan yang sedang dibangunkan sekarang.

Malah hampir semua agensi kerajaan yang mempunyai teknologi yang membantu dan menyokong sektor pertanian termasuk Agensi Remote Sensing Negara mempamerkan kepakaran masing-masing.

Pendek kata MAHA ialah platform yang menggabungkan segalanya dalam satu.

Selain itu, turut diperkenalkan ialah pelabagi varieti tanaman berasaskan makanan seperti ubi keledek Vitato dan betik eksotika yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Varieti baru buahan-buahan seperti nangka dan manggis , serta jambu air dikenali sebagai Malay apple juga dipamerkan untuk tatapan dan dinikmati pengunjung.

Perlu diingat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), menyediakan ribuan tan buah-buahan di Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) pada kali ini termasuk durian, langsat, manggis, cempedak dan mangga.

Yang terbaik

Sambil menikmati buah barisan artis popular di Amphiteatre menghiburkan pengunjung setiap hari.

Dua keunikan MAHA 2008 ialah adanya pertunjukan rodeo selain lagu tema Lihatlah Dunia ciptaan Datuk Wah Idris.

Sementara itu, para pengusaha dan pengunjung MAHA menyifatkan penganjuran pameran kali ini merupakan yang terbaik dan mereka berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan pihak penganjur. Seorang peserta pameran, Nordin Mat menyifatkan antara yang menarik perhatian pengunjung kali ini ialah pertunjukan rodeo.

“Pengunjung nampaknya dipengaruhi oleh pertunjukan ini (rodeo) berdasarkan ramai yang datang ke sini bertopi koboi,’’ ujarnya. Beliau turut mempamerkan baka kambing pedaging Van Rooy mengakui, pengunjung sukakan rodeo kerana jarang melihatnya.

Peserta pameran Agrobazaar, Mohd. Zulkifli Zakaria, 43, berkata, pihak penganjur menjaga kebajikan para peniaga dan peserta dengan baik seperti menyediakan gerai jualan yang tersusun, membekalkan kemeja-T, kad petugas serta pelekat letak kenderaan.

“Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini menjadikan para peniaga dan peserta lebih selesa untuk menjalankan aktiviti bersama pengunjung sepanjang acara ini berlangsung.

“Tempoh pameran yang lebih panjang iaitu selama 13 hari juga memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk menyertainya berbanding tujuh hari pada MAHA 2006 yang lalu,’’ katanya yang telah dua kali menyertai program tersebut.

Azura Yunus, 23, pula berkata, melalui penganjuran yang teratur dan keadaan persekitaran yang selesa, ia akan menarik lebih ramai pengunjung datang untuk memeriahkan MAHA kali ini.

“Walaupun ini merupakan pertama kali saya menyertai MAHA, namun saya amat berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini,’’ katanya.

Pengusaha produk berasaskan nanas itu berkata, beliau ingin terus menyertai pameran tersebut pada penganjuran yang akan datang kerana ia merupakan peluang terbaik bagi peniaga-peniaga memasarkan produk keluaran mereka.

Bagi pengunjung MAHA, Naemaa Mohamad, 23, pula berkata, orang ramai terutama para pelajar tidak seharusnya melepaskan peluang mengunjungi pameran tersebut kerana melaluinya, banyak pengetahuan yang akan dapat diperoleh.

“Banyak ilmu berkaitan bidang agro, industri asas tani dan teknologi makanan dapat diperolehi pada pameran ini.

“Pengetahuan ini secara tidak langsung akan dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih dekat lagi tentang tentang bidang berkenaan,’’ katanya yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Sains Gunaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Vincent Chan, 34, pula berharap agar program tersebut dapat dianjurkan setiap tahun berbanding dua tahun sekali ketika ini.

“Ini kerana, melalui program begini, orang ramai akan dapat mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci tentang penghasilan sesuatu produk baru,’’ jelasnya.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP