LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Projek Inkubator Ternakan Ruminen

Kiriman:ISMAIL HAJI HASHIM

Projek tersebut terletak di Parit Kadir, Senggarang Batu Pahat, Johor. Hasil usahasama syarikat kami, E Digital Solutions dengan rakan niaga di sana. Syarikat kami merupakan pengimpot dan wakil pemasaran bahan bahan rujukan dari penerbit dari seluruh dunia. Kami mewakili kepentingan lebih dari 170 penerbit ternama dari seluruh dunia tak termasuk dari Malaysia. Minat saya yang mendalam terhadap ternakanlah yang mendorong saya menimba ilmu dengan mengikuti kursus2 dan seminar2 penternakan.

Rakan niaga kami merupakan bekas mahasiswa UM didalam khusus bidang pembiakan kambing. Nama jermasia adalah nama kambing yang kami biakkan di sana hasil kaji selidik UM lebih dari 30 tahun. Jermasia bermaksud baka kambing jantan Jerman dikacukkan dengan baka kambing katjang betina Malaysia, so dapatlah keturunan baka jermasia.

Kami tak nak berlumba lumba mengimpot baka boer atau jamnapari atau apa apa baka baka lain seperti orang lain. Biarlah mereka mencuba, kami usahakan apa yang dah ada di tempat kita. Mungkin tak ramai yang nak buat kajian tentang pembiakan kambing, baka boer memang bagus di AU, kat Malaysia nie mana ada baka tersebut yang dah boleh dibanggakan tahan penyakit. Kebanyakan pengimpot tak bawa baka yang baik, kebanyakannya bawa baka yang scrap, lalu kerajaan pun bayar jutaan ringgit sebagai subsidi dan geran untuk biakkan baka boer dan jamnapari scrap.

Projek kambing boer Pak Lah di Penang pun hampir nazak......

Untuk baka jamnapari pula, kalau nak jual sup tulang bolehlah ternak baka nie....daging tak banyak. Kalau dah ada boleh lah crosskan induk betina dengan baka lain untuk memendekkan dan membulatkan badan anak2 yang bakal lahir.

Ok berbalik pada projek inkubator ternakan ruminen (kambing dan bebiri) nie, sebenarnya saya dan rakan niaga bertujuan untuk membimbing bakal usahawan atau sesiapa saja yang berminat untuk memulakan bidang perniagaan ini dengan modal yang kecil. Kami sediakan segala kemudahan seperti induk betina, pejantan jermasia, perubatan, penjagaan, pekerja, sewa kandang, permanian beradas (a.i) dari baka jermasia untuk induk yang telah melahirkan anak peringkat kedua dan seterusnya. Bukan itu saja kami juga akan membeli balik anak anak kambing jantan dari peserta inkubator untuk dijadikan sajian makanan. Juga usaha bimbingan untuk menjadikan setiap peserta inkubator sebagai usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.

Kami jangkakan dalam masa 2 tahun setengah setiap peserta inkubator, insyaallah akan mendapat anak tidak kurang 50 ekor hasil dari sistem pembiakan yang kami jalankan berasaskan dari 10 ekor induk betina, ini tak termasuk anak anak yang lahir dari pusingan pertama atau kedua betina , yang telahpun melahirkan anak.

Jadi dengan bermodalkan hanya RM13,000.00 sahaja peserta inkubator akan mendapat induk betina sebanyak 10 ekor yang berharga RM10,000.00 sementara RM3000.00 (setiap bulan RM250.00 untuk 10 ekor induk x 12 bulan) untuk bayaran makanan, sewa kandang, gaji pekerja, perubatan, permanian beradas (a.i) dsbnya untuk tempoh setahun. Hasil anak yang lahir adalah kepunyaan mutlak peserta inkubator.

Bayaran tambahan untuk anak anak kambing yang lahir dan tak dijual hanya dikenakan kepada peserta inkubator setelah anak anak kambing tersebut berumur lebih 3 bulan dari tarikh kelahiran. Dalam masa kurang 3 bulan, makanan, tempat tinggal anak2 kambing tersebut adalah percuma. Kami mengalakkan supaya peserta inkubator menjual kesemua anak anak jantan dan menyimpan anak anak betina bagi tujuan pembiakan seterusnya.

Tiada bayaran tambahan kecuali bayaran insuran gerompok untuk mengelakkan kerugian akibat kematian dsbnya. Saya masih lagi mencari2 polisi yang boleh underwrites insuran gerompok nie.

Kami mengalu alukan bakal bakal usahawan atau sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami dalam Projek Inkubator Ternakan Ruminen (kambing dan bebiri). Kami lakukan pekara ini kerana ianya adalah fardhu kifayah keatas kami dan juga tuntutan Allah dan rasul, ternakan dan perniagaan adalah sunnah rasul.

Semuga Allah swt memberkati segala usaha kami didunia dan ahirat, amin.

Wassalam, Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak.

Ismail Haji Hashim
Pengarah Urusan
e Digital Solutions
9-1 Jalan 3/4C
Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

Tel: +603-4147-4879
Fax: +603-6186-4879
Mobile: +6012-631-2537
Email :
ismail.eds@myjaring.net
jermasia@yahoo.com

Read more...

LAGI ISLAM DIPERSENDAKAN



Ini kerja KAFIR dan Yahudi Lanatullah.
Semperna keberkatan RAMADHAN yang mulia ini
Marilah kita sama sama berdoa agar mereka yang
mempersendakan ISLAM dan Menindas umat ISLAM
mendapat pembalasan yang setimpal dari ALLAH swt.
AMIIN

Kiriman;Kak Wan Faridah

Read more...

JEMPUTAN JAMUAN AIDIL FITRI - JUTAWANTANI


JEMPUTAN DARI MYBOB

KAMI MENJEMPUT SEMUA KENALAN YANG MENGENALI KAMI UNTUK HADIR KE MAJLIS HARI RAYA DI KANDANG KAMI..KHASNYA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DIDALAM BIDANG INI. BAGI MEREKA YANG INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PENTERNAKAN KAMBING BOER JUGA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI KERANA SATU SESI DIALOG SECARA TERBUKA MENGENAI KAMBING BOER DIJALANKAN SEPANJANG MAJLIS.



ANTARA MENU YANG MEMERIAHKAN MAJLIS INI ADALAH KAMBING PANGGANG, AYAM BAKAR,LONTONG DAN KUIH/BISKUT RAYA..

TEMPAT: BUKIT BADONG, IJOK.

(3 KILOMETER DARI SIMPANG PEKAN IJOK)

TARIKH DAN MASA: 27/10/2007, JAM 12 TENGAHARI

SILA HUBUNGI UNTUK PENGESAHAN DAN PETANYAAN:

YUZALEE(JOE) 017-6796667

Bob@Mybob 012-2028724

http://jutawantani.wordpress.com
@@@@@@SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI@@@@@@
________________________________________

Read more...

SERAMA KEDAH

Serama Kedah
Klik pada gambar untuk melihat gambar seterusnya


Ramadan yang penuh berkat ini saya telah ditemukan dengan seorang lagi rakan penternak yang baru.Beliau bersama dua lagi saudaranya menunggu saya di Petronas Taman Selasih Kulim.Dalam pukul 10pagi saya sampai disana dan kami bersama sama bertolak ke Ladang Ulu Yam.Yusri atau SERAMA KEDAH memandu kereta dengan berhati hati.Had laju yang ditetapkan tidak pula dilanggari.Itulah ciri ciri orang orang orang yang berjaya berdisplin dan patuh pada undang undang.

Dalam perjalanan ke sana,abghalim sempat juga jual ubat dan letupkan beratus biji bom…..hahahahaha bagi mengelakkan kebosanan.Bercerita kami tentang pengalaman hidup.Selepas melalui perjalanan yang panjang kami pun sampai di Ladang Ulu Yam.

Abang Sidek dan Kak Cik sedia menanti kedatangan kami.Kami dibawa masuk ke pejabat operasi Ladang Ulu Yam dan taklimat di beri oleh abang Sidek.Pada masa taklimat diberi saya tiada disana…maklumlah dah sebulan tak datang ,banyak perkara yang harus saya selesaikan.

SERAMA KEDAH and the gang dibawa menijau keseluruhan Ladang Ulu Yam yang luas melebihi 30 ekar itu.Penat jugalah mereka berjalan,dah la bulan puasa.Mereka diterangkan cara cara prosss memerah susu lembu.Kesempatan itu juga telah diambil oleh SERAMA KEDAH untuk merakamkan gambar gambar untuk membuat rujukan.

Setelah meninjau ladang,perbincangan pembelian lembu pun diadakan.Serama Kedah bercadang membeli 4 ekor lembu tenusu yang siap sedia untuk diperah.
Penghantaran akan dibuat pada hujung minggu ini.Harapan Ladang Ulu Yam pada SERAMA KEDAH agar dia akan berjaya.InsyaAllah sekiranya ada masalah jangan segan silu menghubungi pihak kami terutama Abg Sidek (Master In Lembu and Kambing) .

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP