LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

SALAM RAMADAN


Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih
ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu 'memohon maaf' jika saya ada berbuat
kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita
dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah
S.W.T, insyaallah.Wallahua'lam...
Selamat Berpuasa.
Kiriman:Wan Faridah (wan_faridah@globe.com.my)

ABGHALIM MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA RAKAN DAN SAHABAT

Read more...

BELAJAR BUAT BLOG (dedikasi untuk rakan penternak)

BELAJAR BUAT BLOG

Salam ternakan pada semua pembaca budiman.

Dimana saya belajar buat blog?Mula-mula saya cuba dan belasah.Kemudian saya rujuk pada semua blog rakan rakan ternak yang telah dahului dalam bidang ini.Terima Kasih saya ucapkan pada anda semua.Berbekalkan pengetahuan dalam bidang IT yang saya belajar dahulu sekitar tahun 1990-an.Pada akhir May 2007 saya pun melancarkan blog Ladang Ulu Yam.Idea ini datang selepas saya pulang dari klas "Creativity & Innovation Strategy" UTM BATC,oleh pensyarah muda Encik Zaipul Anwar dan juga penulis blog 5Wife 1 husband.Cuba anda layari blog beliau dan anda akan dapat belajar sesuatu.

Bila saya habis klas Information System Strategy oleh Prof.Md Shariff Othaman,Pengarah BATC UTM,saya lebih faham dan timbul idea bagaimana nak buat promosi Ladang Ulu Yam dengan lebih berkesan lagi.Mulai dari hari itu saya lebih giat berusaha mendalami bidang PEMASARAN.Kesan dari ini blog saya yang dilancarkan dengan rasmi pada 16-6-07 telah mula dikenali.

Blog saya ini lebih popular bila lawatan pertama saya ke ESIS CASSEROSE.Walaupun pada masa ke sana saya tidak membawa kamera untuk bergambar tapi saya scan name card esis dan lapirkan pada cerita.Biasanya HIT blog saya antara 20~30 orang.Selepas balik dari CASSEROSE blog saya mencecah hit sehingga 63 orang sehari.Terima Kasih Esis kerana beri peluang saya tumpang populariti anda.Kini blog ini maintain antara 60~70 pelawat sehari.Setiap hari saya akan menjawap sekurang kurangnya 2 emel.Dari
tak tahu apa tentang kambing,sampai tahu serba sikit.Saya terpaksa merujuk dan membaca untuk mendalami ILMU KAMBING.Terima Kasih ESIS,jasa mu di kenang.

Kemudian saya cuba berinteraksi dengan MY BOB.dari
JUTAWANTANI.melalui sms dan melawat blog
beliau.Kagum dengan blog beliau.Disini saya lihat ada nilai kejujuran pada diri beliau.Apa saja mengenai pertanian dan penternakan ada pautan di blog JUTAWANTANI.ini.So apa lagi saya pun tiru idea dia.Rupanya berkesan la.TERIMA KASIH MYBOB abghalim kagum dengan hang.Call selalu juga tapi jodoh
pertemuan belum ada.InsyaAllah ada masa dan ketika kita jumpa,tapi dengan syarat jangan tanyalah "ini kambing apa nama",sorry abg tak tau,hahahaha.

Kini saya mula meronda berjumpa dengan sesiapa saja yang ingin berkongsi cerita tentang kehidupan.Saya juga melawat NASRI.sebanyak 2 kali.Bertemu haji Hishsam yang kini menyepi dengan kesibukkan jaga kambing (hahahahaha baru hang tau).Sudah ramai yang saya jumpa dari yang miskin dan yang kaya raya.Mereka semua
membahagiakan saya.
Untuk menambah ilmu didada saya selalu menghabiskan masa yang terluang dengan membaca artikel penulisan didalam blog.Saya selalu memberi komen dan menerima teguran.Dengan besar hati saya terima saja semua kritikan dan teguran.Bila saya melayari blog AMIN YATIM.saya selalu terjumpa "baca selanjutnya disini".Tertanya tanya dalam hati camna nak buat.Saya cuba bertanya pada rakan rakan BLOGGER cara nak buat.Tampil SYAM. membantu saya.Saya cuba tapi tak berjaya.SYAM.membantu saya mengubah HMTL dan tah apa apa lagi,saya tak faham.Maklumlah otak dah tua dan berkarat.Saya gagal lagi.Saya faham SYAM.tidak punya masa terluang untuk membantu saya,memandangkan dia "BAKAL SEORANG PEGAWAI TENTERA" so sibuk dengan aktiviti sehariannya.Saya mencari lagi sehinggalah saya berjumpa dengan rakan dari seberang.Apa pun terima kasih SYAM.kerana sedaya upaya membantu abg.

Saya terjumpa blog ROHMAN ABDUL MANAP.Dia menulis BLOG KOLOM TUTORIAL yang mengajar kita dengan lebih mudah untuk membuat blog.Dalam bahasa yang mudah kita faham (adakala tak faham juga bahasa Indonesia).Saya emel dia dan bertanyakan soalan.ROHMAN sangat baik dan tidak lokek dengan ilmu.Dengan dia
terhasillah blog sedemikian rupa.TERIMA KASIH ROHMAN,ilmu yang anda beri sangat berguna.Kini blog saya hasil dari pembelajaran dari ROHMAN.

Bermula dengan blog penternakan kini saya mula menulis cerita dan pengalaman kehidupan.Dengan menulis blog saya ditemukan kembali dengan bekas ustaz saya iaitu AZIZ HAJI ABDULLAH.Dengan dia saya mendalami ilmu penulisan dari pembacaan novel tulisannya.Beliau kini berkhidmat sebagai editor CAP disamping menulis
buku.Nantikan kemunculan novel terbarunya ILUSI keluaran Alaf 21.Sekiranya anda berkesempatan sila layari blog AZIZ HAJI ABDULLAH.Banyak ilmu
kehidupan yang anda akan dapat.

Baru baru ini saya juga melawat TEGUH TERNAK. dan beramah mesra dengan abg Ismail,Jafre,Marlina,Fadli dan lain lain lagi.Mereka ini memberikan saya semangat untuk menulis dan mengkritik.KRITIKAN MEMBAWA MAKSUD "MASIH ADA YANG SAYANG"bukan pembunuh.Kepada sesiapa yang terkena kritikkan pedas abghalim,saya mohon maaf.Mungkin kita akan jadi sahabat yang lebih setia.

Kini saya akan menumpukan masa terluang yang ALLAH pinjamkan pada saya dengan menulis dan mempromosikan RAKAN RAKAN TERNAKAN.InsayaAllah kalau ada
REZEKI dan kesempantan saya akan melawat semua ladang ternakan rakan rakan yang ada di seluruh Malaysia.

Read more...

TEGUH TERNAK


Kedamaian pagi September 1,membawa saya ke suatu tempat yang indah lagi nyaman.Pertama kali dalam hidup menjejakkan kaki kesana.Setelah selesai bercakap melalui telefon dengan En Halim Milatu,pemilik bersama Teguh Ternak,saya bertolak dari Bandar Klang ke sana mengambil masa kurang 30minit.Saya melalui jalan ke Meru .Dari Pekan Meru lebih kurang 5 Km kita akan berjumpa persimpangan disebelah kiri ke Jalan Kempas.Dari simpang ke TEGUH TERNAK mengambil masa lebih kurang 5 minit.Ada papan tanda yang menunjuk arah ke ladang yang letaknya diatas bukit.

Bila saja sampai di puncak bukit,kelihatan tiga buah rumah banglo yang dikelilingi laman yang hijau.Laman yang dilindungi pohon durian yang sedang berputik. .Suasananya amat nyaman dan mendamaikan hati setiap pengunjung.Kesunyian sekitaran membuat hati berkata kata,”nak tanya sapa ni”.Sebuah rumah besar diterpa dan pintunya diketuk lantas memberi salam.Salam yang dijawap dan diri pula diperkenalkan padanya.Dia memberi arah jalan ke Ladang TEGUH TERNAK.Saya berjalan ke masuk ke ladang yang terletak di puncak bukit.Disekeliling kehijauan rumput napier yang sedia digunakan.

Kelihatan dua buah kandang kambing yang besar berkapasiti 250 ekor setiap sebuah.Saya menyusuri masuk ke laman kandang,kelihatan seorang pakcik dan anak muda sedang melapah kambing.Salam diberi dan memperkenalkan diri ,saya segera dibawa oleh anak En Halim Milatu untuk berjumpa bapanya.

Ketika itu En Halim Milatu amat sibuk melayan karenah pembeli kambing dengan tenang dan sabar.Ciri-ciri penternak jaya terpancar diraut wajahnya.Bila bersua dengan saya,kami bertukar kad nama.Beliau meminta izin untuk melayan pelanggannya,disini saya bertemu dengan seseorang dari JPH.Kami berbual dan bertukar pendapat.Sebagai seorang yang berpengalaman selama lebih 30tahun di JPH,beliau amat faham sangat dengan hal ehwal masalah dalam bidang ini.Antara sebab penternak muda atau penternak baru nak bermula atau penternak kecil gagal,kerana mereka tiada payung yang dapat membantu atau membimbing kearah jalan yang betul.Disini katanya lagi sebagai penternak dah berjaya,sepatutnya mereka ini menjadi payung pada kepada penternak yang kecil.Khidmat nasihat selepas jual dan bimbingan teknik yang betul.Bahkan mereka juga dapat membeli kembali hasil dari penternak dibawah bimbingan mereka.

Ada juga penternak yang besar mengambil kesempatan dengan menekan penternak kecil dengan mengenakan harga yang rendah bila,hasil ternakan dijual pada mereka kembali.Oleh kerana penternak kecil tiada tempat dan terdesak dengan pusingan wang,mereka terpaksa akur.Kekadang mereka juga mengalami kerugiaan bila hal ini terjadi.

Faham akan maksudnya saya merenung sejenak nasib penternak muda yang gagal.Mereka ini terpaksa menutup kandang kerana beberapa faktor.Antaranya:-
1.Patah semangat dengan kerugian yang menimpa
a.Ternakan banyak mati
b.ditipu pembeli
2.Semangat tidak sepanas dulu
3.Sering mengambil mudah
a.Tiada persedian ilmu
b.try and error
4.Tiada modal pusingan
5.Kelemahan pengurusan
6.Masalah pemasaran
7.Payung berteduh adalah payung api

Dari kandang pertama,saya dibawa ke ke kandang kedua,saya meminta izin untuk mengambil gambar,lantas dengan senyuman En Halim menjawab,”tiada ada sebarang rahsia disini,kalau ada pun kita akan berkongsi dengan semua orang”.Saya dibenar berkeliaran disekitar ladang.

Lantas lensa kamera cap ayam (pinjam kata kata syamsulariff.com) diarahkan pada sasaran yang sesuai dan menarik.Mengambil gambar salah satu bahan utama dalam penulisan saya.Semasa aktiviti berkeliaran diladang,saya bertemu kembali dengan tukang lapah kambing.Saya disapanya,kami berkenalan.Barulah satu tahu yang beliau adalah Haji Idris Milatu,saudara tua En Halim Milatu.

Kebetulan pada masa itu proses melapah sudah selesai,dia meluangkan masa berbual bercerita tentang pengalamannya dimasa lalu.Pernah berkhimat sebagai kakitangan kerajaan selama 15 tahun dan kini sebagai ahli perniagaan.Tuan Haji seorang yang peramah dan kata orang putih “friendly”.Riak muka dan susuk tubuh masih lagi kelihatan muda.Saya tidak menjangka yang beliau telah pun di era 60-an.Dalam mula mengumpat “sakan juga orang tua ni,dengan jeans dan t-shirt “

Sambil berjalan dan bercerita kami menghampiri bangunan yang 90% siap pembinaannya.Saya difahamkan inilah impiannya sebagai seorang penternak.Pusat latihan bagi melatih penternak baru.Perkongsian ilmu yang dimiliki mereka akan dikongsi dengan sesiapa saja yang berminat.Baginya inilah tali penghubung antara dunia kehidupan dan dunia kematian.Dalam sangat maksud tuan haji.

Bangunan yang terdiri dari dewan kuliah dan asrama pelajar dibina betul betul dipuncak bukit.Dari sini kita dapat melihat panorama yang sangat indah.Kelihatan dari kejahuaan kapal kapal berlabuh di Pelabuhan Klang.Sekali lagi lensa kamera cap ayam dihalakan kesasaran.Malang sekali,hasilnya kabur,padan lah dengan harga.

Disebelah bangunan itu ,sedang dalam pembinaan adalah surau.Kemudahan untuk pelajar beribadat .Disamping itu pelawat dan pelanggan juga boleh menggunakanya.
Kalau diamati kemudahan yang terdapat disini,memang sesuailah ianya dijadikan pusat pengajian bidang penternakan kambing.

Menurut tuan haji lagi,kelas yang pertama akan dijalan pada selepas cuti Hari Raya Puasa nanti.Sedikit kenduri kesyukuran akan diaadakan pada hari pembukaan kelas pertama.Mulut “capoi” saya terus bertanya,”tuan haji jemput saya dak”.Dengan senyuman “hang insyaAllah ,pasti dijemput”.

Kemungkinan besar pada masa itu musim durian gugur.Disini juga terdapat banyak pohon durian yang kini sedang berputih.Kata tuan haji durian ini bukan untuk djual,tapi untuk saudara mara dan pelawat ladang aja.Pada hari kenduri tersebut,pasti beberapa ekor janabari dan jawa rando yang menjadi hidangan kita.Kata tuan haji lagi ,nanti kita buat BBQ kambing.Air liur saya yang kering dari tadi menjadi cair bila mendengar perkataan BBQ kambing.PASTI SEDAP..

Setelah berjam jam menuntut ilmu bersama tuan haji,saya pun meminta diri untuk beredar.Tuan haji pantang bila tetamunya pulang dengan tekak kering.Saya dibawa kesebuah dangau atau pondok rehat ditengah tengah laman rumah adik adiknya.Suasana yang nyaman dibawah rendangan pohon durian.Saya dijamu lemang dan kuih muih sebagai pengalas perut.Sebagai pembasah tekak saya dihidangkan dengan jus mangga.Terima kasih tuan haji.Sedap dan nyaman sangat.

Sambil berehat dan menjamah selera,kami bercerita tentang strategi pemasaran.Tuan haji menggunakan internet sebagai sasaran utama.Laman web pun dhasilkan oleh anak saudaranya.Sila layari TEGUH TERNAK. Setiap kenderaan milik keluarga tuan haji akan terpampang dengan pelekat http://www.kambing.net/. Cuma anak sulungnya saja yang enggan keretanya dilekatkan.Menurut tuan haji anaknya itulah yang banyak menyumbang modal besar untuknya dan saudara maranya memulakan bisnes keluarga ini.

Susu kambing segar milik TEGUH TERNAK ada dipasarkan di Pasar Tani sekitar Klang dan Shah Alam.Disamping itu juga pelanggan boleh membeli diladang TEGUH TERNAK dengan harga yang mat berpatutan.

Hasil pengamatan saya dari cerita tuan haji dan en Halim Milatu,mereka ini adalah sebuah keluarga besar yang bahagia.Mereka menterjemahkan hiraki kekeluargan dengan baik dalam perniagaan ini.Yang muda sangat menghormati yang tua walaupun modal sebahagian besar darinya.Tuan Haji memainkan peranan dalam aktiviti pemasaran.Encik Halim Milatu sebagai pengurusan hal ehwal ladang.Beliau sangat mahir dengan kambing.Lagi seorang saudara mereka En Kamal Milatu,beliau memainkan peranan dalam hal ehwal kewangan.Semua ada tugas masing masing dan paling penting ikatan persaudaraan yang sangat kukuh dan bahagia.

Masa sangat mencemburui saya,salam perpisahan dihulurkan.Kami berjabat tangan sambil diiringi doa selamat jalan.Jemputan ke Jamuan Makan petang itu ditolak saya kerana kepadatan jadual.Saya melangkah pergi dengan gembira,tuan haji telah menghalalkan ilmu yang diperturunkan pada saya.

Akhir bicara dengan lafas “BISMILLAHIROHMANIROHIM,semoga Ladang TEGUH TERNAK diberkati Allah selalu.AMIN

KLIK DISINI UNTUK LIHAT GAMBAR.

WASSALAM
abghalim

Read more...

KEMERDEKAAN BERSAMA TEMAN BARU



Bas yang sepatutnya bertolak dari Butterworth,pukul 1.30pagi pada 31-8-07 telah terlewat 1jam.Semasa menanti ketibaan bas,saya ditakdirkan Allah bertemu dengan insan yang saya anggap istimewa,abang Ismail Wahab 019-6092301 dari Kupang,Baling.Beliau kini menetap di Kuala Lumpur adalah pelajar sambilan jurusan syariah di UM.Bekas seorang pengikut Al-Arqam,yang banyak berbicara tentang ketuhanan.Perbualan yang hampir berjam-jam lama dengannya rasa seketika cuma.Terima kasih abang Ismail,kalau ada masa kita bertemu lagi.Maaf abang umur saya bukan 28 tahun tapi 40 tahun.

Bas yang ditunggu telah pun tiba,saya pun menaiki bas pada jama 2.30 pagi dan terus terlena hingga ke Kuala Lumpur.Sesampainya ke ibu kota saya lihat ramai peserta perarakan perbarisan kemerdekaan telah bersiap sedia dan ada yang berpusu pusu datang dalam suasana yang kelam kabut.Maklumlah acara mesti tamat sebelum solat jumaat. Jam waktu itu telah hampir 7.00 pagi.Laju juga bas yang saya naiki itu.

Sesampai saya di Pudu Raya,saya berjalan terus ke Plaza Rakyat untuk mengambil LRT ke Masjik Jamek dan bertukar LRT ke KL CENTRAL.Tujuan saya ke sana untuk mandi dan bertemu dengan orang yang dijanjikan.Malangnya bilik mandi ditutup sebab cuti umum.Heran rasa di fikiran,buat bisnes cam mana,waktu cutilah ramai pelanggan ditutup pula.Patutlah KTM tak untung,tak peka dengan situasi.Pastu saya masuk tandas awam untuk gosok gigi dan cuci muka aja.Tandas di KL CENTRAL tidaklah sebersih waktu pembukaannya dulu,kata orang KEDAH "lantai dia basah lencun dan lecah pulak tu"

Sesudah bersiap lawa,saya pun pergi membeli akbar dan mencari sarapan pagi.Orang yang pertama yang dijanjikan telah pun menalipon akan sampai 5 minit dari waktu itu.Beliau adalah saudara Jafre yang kini menetap di Siputih Kuala Lumpur dan seorang kakitangan Kerajaan.Jafre seorang anak muda dari Trengganu berkelulusan dari UM.Saya dan Jafre bersarapan bersama.

Bermulah episod soal jawap tentang perternakan.Saya telah bersedia dengan beberapa contoh nota dan kertas kerja mengenai penternakan.Satu salinan saya beri pada Jafre.Nota-nota itu saya muat turun dari blog Wan Jutawan Ternak,Syam Kelantan dan JPH.Terima kasih dan maaf sekiranya mengambil tanpa izin kalian.Saya banyak berbual tentang pemasaran kerana conderong saya ke arah itu.Pentenakan yang sebenar saya tidak pandai.Saya mengaku pada mereka perkara yang sebenar.

Pada tepat pukul 9.00 pagi teman lagi sorang datang bersama rakannya.Marlina datang bersama Fadly.Perkara sama juga yang saya lakukan,memberi salinan nota sebagai panduan pada mereka.Kami beramah mesra dan bertukar pandangan tentang penternakan di Malaysia.Maklumlah depa semua lepasan U dah banyak buat kajian sebelum memulakan suatu perniagaan.

Saya amat kagum dengan mereka kerana cita cita untuk menjadi PENTERNAK berjaya suatu hari nanti untuk berbakti pada keluarga dan kampung halaman.Semoga suatu hari nanti Jafre memiliki ladang ternakannya di Terengganu dan Marlina di Negeri Sembilan.Kepada Fadly,dari kota ke desa dengan pengalaman baru yang gembira dan .......(nanti hang tau sendiri ).Bila dah bersama Marlina jangan dok ..... dia dah ada ILMU PELEMBUT HATI.Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.

Waktu bersurai sudah tiba pada jam 11.30 pagi.Kami bersalaman dan berjanji akan setia sebagai TEMAN selamanya........

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP