LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Permulaan satu hubungan

Kelian Farm terletak lebih kurang 11KM dari Pekan Baling,berhampiran dengan tempat peranginan Lata Bayu @ Lata Asam Jawa.Kunjungan di Kelian Farm pada hari Ahad 22-07-07,yang lalu menyedarkan saya tentang ilmu,menyahut cabaran dan nilai kasih sayang dari kedua ibubapa.

Berbekalkan segulung ijazah dari UTM,seorang anak muda bertindak nekad menyahut cabaran PM dengan menjadi penternak kambing.Bermula dengan bantuan kedua ibubapa,beliau memulakan bidang ini dengan menghadiri kursus di Kluang Johor selama enam bulan.Beliau juga pernah bekerja sebagai pembantu ladang selama 3 bulan untuk menambahkan pengalaman.

Hasilnya beliau dapat membuka Kelian Farm dengan modal sendiri.Selepas hampir setahun beliau menjalankan perniagaan ini,Pejabat Haiwan Baling sudah jemu melihat mukanya tanpa memberi sebarang bantuan yang sepatutnya beliau dapat.Permohonan pinjaman untuk membesarkan perniagaan sering ditolak oleh pihak-pihak yang berkaitan tanpa melawat dan menilai kemajuan projeknya.

Lafas kerajaan untuk menggalakkan siswazah menjadi usahawan berjaya adalah seperti melepaskan batuk ditangga.Apakah perlu siswazah seperti Nasri ini perlu menjadi MAT REMPIT dan kemudian martabatnya diangkat tinggi dan segala bantuan disalurkan?KLIAN FARM.

Read more...

PERTEMUAN


Pada hari Malaysia dibelasah 5-0,saya telah bertemu dengan seorang sahabat di Jalan Kebun,Shah Alam.Pertemuan singkat selama lebih kurang 2jam cam 2minit saja.Banyak Ilmu yang saya dapat dari beliau.Seorang yang hebat dan berkarisma tinggi.Masih muda dan macho lagi.Kuat dan bertenaga,mungkin kerana banyak makan daging kambing kot.

Apa yang penting dalam pertemuan itu ada Kejujuran dan Keikhlasan.Seorang yang berpelajaran tinggi.Terima kasih Bro,for me you are the great person.TERKILAN lupa bawa kamera untuk sekeping gambar kenangan.

Sila layari Blog Siswazah Penternak Ruminan.

Lepas ni aku nak cari MYBOB DAN LAIN LAIN PULA.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP