LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

WHY CONTINUE STUDY

Why people continue further study in old age

1. Increase knowledge

2. Just get a break

Where excellent place

1. BATC UTM

What about education system

1. Come one month twice, every 3rd week Saturday and Sunday

2. Listen and understand

3. If don’t understand, ask

When PMA must be submit

1. within six weeks after class

Why they submit late

1. Students do not understand the module

2. Students with SPM do not know how to write PMA

3. Students do not know how to use and exploiting computer

4. Inferiority complex and unenterprising

How to settle this problem

1. Provide tutorial class

2. Students get discuss within itself

Some students, borrow PMA from

Other to guide but imitate entirely PMA

Read more...

KISAH PENGEMBALA KAMBING

CERITA SETERUSNYA...............

Betapa agungnya Tuhan...

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang
pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja
membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula
mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk
tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala
kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan
namuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Wallaualam...

CERITA DARI SEBUAH LAMAN WEB...LINK SORRY LUPA

Read more...

LADANG TERNAKAN ULU YAM






LADANG TERNAKAN ULU YAM


Mohd Sidek Haji Sher Mohd P.J.M @ Abang Sidek (PENGARAH URUSAN)


012-3770445/019-2195589

LADANG TERNAKAN ULU YAM (PG0137209-U)

Lot 821, Batu 30, Jalan Ulu Yam Lama,

44300 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-61047381 Fax: 03-61047381




Read more...

PERKHIMATAN KAMI


Kami merupakan sebuah syarikat bumiputera yang telah berpengalaman
selama 34 tahun dalam bidang penternakan, pembekalan dan sebagai pemborong
lembu dan kambing bagi pasaran tempatan. Syarikat kami amat mementingkan
kualiti dan kesegaran daging keluaran syarikat kami bagi memenuhi kehendak pelanggan. Kami bersedia menerima tempahan dari semasa ke semasa
Keluaran syarikat kami terdiri daripada:
1.Daging lembu dan kambing segar
2.Susu lembu dan kambing segar
3.Ikan air tawar

Kami juga menyediakan pembekalan lembu dan kambing untuk:-
1.qurban
2.aqiqah,
3.kenduri dan lain-lain majlis keramaian.

Selain dari membekal lembu dan kambing, syarikat kami juga menyediakan
perkhidmatan berikut :
1.Membekal makanan ternakan
2.Peralatan dan ubatan bagi ternakan
3.Khidmat nasihat kepada penternak baru
4.Pembinaan kandang ternakan Feeflot
5.Penyembelihan Pengangkutan

Untuk tempahan dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Mohd Sidek Haji Sher Mohd P.J.M @ Abang Sidek
(PENGARAH URUSAN) 012-3770445/019-2195589

LADANG TERNAKAN ULU YAM (PG0137209-U)
Lot 821, Batu 30, Jalan Ulu Yam Lama,
44300 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-61047381 Fax: 03-61047381

Read more...

CARA NAK BUAT PMA

Post Module Assignment (PMA)

Program Executive Diploma adalah Progrma untuk pekerja.
Pekerja disini bermaksud ada pengalaman.Tetapi mereka ini
terlalu sibuk dengan kerja harian dan ada yang telah berumah tangga.
Apa yang perlu dan penting bagi mereka adalah pengurusan masa.
Dengan kata lain,ada banyak perkara yang perlu mereka korbankan.

Bila mereka mendaftar sebagai pelajar,perkara yang penting mereka faham
adalah membahagikan masa dan berkorban perkara yang lain cuma dalam masa
setahun.

Semua manusia yang ada di bumi ALLAH beri 24jam.Tempoh PMA 6 minggu,jadi kita
ada 1008 jam.Tiada seorang pun dapat lebih dan kurang.Jadi kita kena pandai
membahagi masa.

First Important Priority.Kalau kita fikir nak bersenang,berenti belajar dan
bersenang lenang.Tak perlu menyusahkan diri dan orang lain.

Kalau ada masalah jumpa kawan berbincang.JANGAN MENIRU
atau tukar ayat dan perkataan dari PMA kawan.Hang saja tau letih dan takda masa.
AWAT KAWAN HANG ADA BANYAK MASA.

Read more...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP