LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah



Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah

'Memoir Seorang Guru diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.


Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya.

Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.

Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

-Bekas Murid.



Ikuti ceritanya......"saya ABDUL HALIM OTHMAN,murid yang tidak pernah dibenci dan dijerkah,mahupun dijentik oleh guru ini.Kerana itu saya menjadi cemburu .Saya cemburu kerana kawan-kawan saya dijerkah dan dibenci kerana berkelakuan buruk.......................aku mencari cari murid ini tinggal dimana,anak siapa.Malangna,usia tua ini tidak mampu mengingatinya.
"Ustaz saya sekarang menjadi Usahawan ternakan lembu,lembu daging,lembu susu,kambing dan sayur-sayuran,"katanya dengan bangga."Saya tak belajar tinggi.....................

KELUARAN ALAF 21
Harga RM13.00

atau layari http://aziziabdullah.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut

5 comments:

abghalim 21 November 2007 12:04 PTG  

Salam

Khas untuk murid-murid ustaz Azizi.Harga buku ini cuma RM13.00 saja..mai kita pakat pakat beli...Mudah-mudahan ustaz boleh jadi jutawan....ustaz pastinya akan berbakti kepada Agama dan Negara...kerana kita kenal siapa ustaz Azizi Hj Abdullah

abghalim 23 November 2007 11:35 PG  

Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru.Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas beliau ,samada beliau seorang pendidik atau seorang guru yang makan gaji.
Ustaz juga mengutarakan isu keberkatan hasil gaji yang di perolehi.Isu ini cuma dalam bentuk kiasan dan masih boleh diterjemahkan oleh perbaca.Isu KEBERKATAN ini membuka minda saya untuk terus memusahabah diri.Menilai balik hasil kerja saya adakah ianya baik dan berkesan.Tanggungjawap yang diamanahkan oleh majikan,adakah saya melaksanakan dengan jujur dan amanah?
Bila cukup bulan,semua hasil titik peluh saya dimasukkan kedalam akuan bank saya sebagai wang gaji atau imbuhan kerja.Pada majikan,itu imbuhan kepada nilai sebuah amanah dan kejujuran.
Bila amati dengan lebih mendalam lagi,saya bertanya pada diri?Jenis akuan bank yang saya miliki.Oh akuan perbankan Islam.Lapang dada seketika.
Bila saya menhalusi dengan lebih teliti lagi bank yang saya gunakan itu ada unsur ISLAM DAN RIBA.Persoalannya beranikah saya meminum air yang bersih tetapi dicampur dengan sesudu RACUN?Ibarat kata orang tua-tua,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Alias,Midun,Sakinah dan Abdul Halim apakah mereka ini didik untuk orang yang berjaya?Bukankah mereka dididik untuk mengisi jawatan tinggi?Atau mereka ini akan jadi bekas murid yang berhemah tinggi.Atau jadi seperti anak-anak saudaraku yang bapanya berjawatan tinggi tapi rendah peribadi?

Pertemuan ustaz dan bekas muridnya yang selalu diilusi semua ditempat yang mulia.Murid yang dulunya memanggil ustaz dengan "ucetad" kini megah bersolat atas keterbukaan ustas.Alias,Midun dan Sakinah di tempat yang telah banyak berjasa pada nyawa dan kesihatan manusia.Pertemuan dengan Abdul Halim pada petang Sabtu di Masjid Kulim menjadi kesinambungan jalan cerita selanjutnya.

Harapan ustaz agar ILMU yang diturunnya berkat.Setiap muridnya diharapkan menjadi umat yang berguna pada Agama dan negara.Tak dinafikan ada juga segelintir menjadi sebaliknya.

Seorang bapa yang takut Kamariah mengalami stress sepertinya.Bapa yang mengharap Kamariah faham niat bapa.Bukan kerja guru itu tidak baik,tapi mampukah Kama menghadapinya dengan tabah.

Ustaz.....dari 1975~1980 bukan seperti novel itu.Ustaz yang menjawap "saya punya suka la.itu novel saya"bila aku bertanya pada tahun 1985,"kenapa mematikan watak Tuk Ya dengan kematiannya?"Jawapan ustaz disambut gelak ketawa.Aku berbangga kerana itulah ustazku yang selalu berjenaka.

Buat bekas murid yang mengenali ustaz,anda turut akan berilusi sekiranya membaca novel ini.Novel yang penuh dengan emosi dan perlu dihayati dengan keilmuan.Novel yang bersekitar di Daerah Kulim,akan membawa kita mengimbau kenangan dizaman persekolahan.

Kepada bakal guru dan semua pembaca,novel ini adalah "HEAVY DRAMA" yang terbaik dari USTAZ AZIZI HJ ABDULLAH.

salam
abghalim ULU YAM

abghalim 24 November 2007 10:44 PG  

EMAIL DARI USTAZ AZIZI

Halim,
Saya telah membaca komen Halim tentang novel MEMOIR SEORANG GURU. Terima kasih kerana ternyata Halim mempunyai kekuatan kepekaan membaca dan menghayati sebuah hasil kreatif.
Walaupun novel HARGA SEBUAH MARUAH mendapat tempat kedua dalam sayembara 50 tahun Dewan Bahasa (Baru terbit) dan Sangeetha telah mendapat penghargaan Novel MASTERA untuk Asia Tenggara (27hb November 2007 jam 8 malam akan menerima anugerah di Dewan Bahasa KL) tapi bagi saya, Memoir Seorang Guru lebih menyentuh.

Saya sebenarnya tidak berbangga menjadi guru semua pelajar kerana saya gagal. Tapi saya amat berbangga kalau semua pelajar yang pernah saya sentuh dan cubit, pukul membaca novel ini.
Tapi itulah, berapa kerat sangat yang suka membaca.

Terima kasih.
Ustaz Azizi Hj Abdullah

azizihjabdullah 26 November 2007 11:46 PG  

abdul halim,
saya tak pandai nak tulis komen dalam ruang TV3. tolong masukan kalau boleh:

Kepada bekas murid-murid saya.
Terima kasih kerana ramai memberi komen yang sekaligus mengangkat saya sebagai guru kalian. Saya tak berapa seronok kerana pujian selalunya melupakan diri.

Bagaimana pun saya tergenang juga air mata memikirkan, betapa bekas anak murid yang begini, masih tidak padam ingatan terhadap guru, walaupun guru seperti saya, tidak benyak menolong anda berjaya dalam akedemik.

Jika anda mampu memahami novel MEMOIR SEORANG GURU saya sangat puas hati kerana itulah balasan murid memahami luahan batin seorang guru.

Saya bangga anda kerana anda ingat dan baik, menegur jika berjuma, tawadduk. Pengajaran pertama ketika saya jumpa murid yang saya sudah lupa; Abdul Halim inilah, sehingga menjadi sumber saya mencatat bahagian akhir novel ini prihal ketawadukan seorang murid, pada hal saya bertemu dengannya, saya merasa saya sangat kecil dan kerdil dalam segala hal.

Terima kasih jika memahami novel saya MEMOIR SEORANG GURU.

-Azizi Hj Abdullah

Tanpa Nama 12 Disember 2007 3:50 PTG  

memoir seorang guru....

walaupun tidak mengenali azizi abdullah, namun saya dapat menyelami perasaannya ketika mengharungi ranjau menjadi seoarng pendidik. akan saya jadikan pengajaran dan panduan kerana saya juga akan bergelar seorang guru suatu hari nanti... InsyaALLAH...

terima kasih ustaz azizi kerana mencetuskan ilusi yang baik dalam novel ini. akan saya khabarkan kepada sahabat handai yang juga akan bergelar guru seperti saya nanti...

terima kaih juga kpd abghalim kerana memperkenalkan dan menghadiahkan kepada saya novel ini...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP