LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

TEGUH TERNAK


Kedamaian pagi September 1,membawa saya ke suatu tempat yang indah lagi nyaman.Pertama kali dalam hidup menjejakkan kaki kesana.Setelah selesai bercakap melalui telefon dengan En Halim Milatu,pemilik bersama Teguh Ternak,saya bertolak dari Bandar Klang ke sana mengambil masa kurang 30minit.Saya melalui jalan ke Meru .Dari Pekan Meru lebih kurang 5 Km kita akan berjumpa persimpangan disebelah kiri ke Jalan Kempas.Dari simpang ke TEGUH TERNAK mengambil masa lebih kurang 5 minit.Ada papan tanda yang menunjuk arah ke ladang yang letaknya diatas bukit.

Bila saja sampai di puncak bukit,kelihatan tiga buah rumah banglo yang dikelilingi laman yang hijau.Laman yang dilindungi pohon durian yang sedang berputik. .Suasananya amat nyaman dan mendamaikan hati setiap pengunjung.Kesunyian sekitaran membuat hati berkata kata,”nak tanya sapa ni”.Sebuah rumah besar diterpa dan pintunya diketuk lantas memberi salam.Salam yang dijawap dan diri pula diperkenalkan padanya.Dia memberi arah jalan ke Ladang TEGUH TERNAK.Saya berjalan ke masuk ke ladang yang terletak di puncak bukit.Disekeliling kehijauan rumput napier yang sedia digunakan.

Kelihatan dua buah kandang kambing yang besar berkapasiti 250 ekor setiap sebuah.Saya menyusuri masuk ke laman kandang,kelihatan seorang pakcik dan anak muda sedang melapah kambing.Salam diberi dan memperkenalkan diri ,saya segera dibawa oleh anak En Halim Milatu untuk berjumpa bapanya.

Ketika itu En Halim Milatu amat sibuk melayan karenah pembeli kambing dengan tenang dan sabar.Ciri-ciri penternak jaya terpancar diraut wajahnya.Bila bersua dengan saya,kami bertukar kad nama.Beliau meminta izin untuk melayan pelanggannya,disini saya bertemu dengan seseorang dari JPH.Kami berbual dan bertukar pendapat.Sebagai seorang yang berpengalaman selama lebih 30tahun di JPH,beliau amat faham sangat dengan hal ehwal masalah dalam bidang ini.Antara sebab penternak muda atau penternak baru nak bermula atau penternak kecil gagal,kerana mereka tiada payung yang dapat membantu atau membimbing kearah jalan yang betul.Disini katanya lagi sebagai penternak dah berjaya,sepatutnya mereka ini menjadi payung pada kepada penternak yang kecil.Khidmat nasihat selepas jual dan bimbingan teknik yang betul.Bahkan mereka juga dapat membeli kembali hasil dari penternak dibawah bimbingan mereka.

Ada juga penternak yang besar mengambil kesempatan dengan menekan penternak kecil dengan mengenakan harga yang rendah bila,hasil ternakan dijual pada mereka kembali.Oleh kerana penternak kecil tiada tempat dan terdesak dengan pusingan wang,mereka terpaksa akur.Kekadang mereka juga mengalami kerugiaan bila hal ini terjadi.

Faham akan maksudnya saya merenung sejenak nasib penternak muda yang gagal.Mereka ini terpaksa menutup kandang kerana beberapa faktor.Antaranya:-
1.Patah semangat dengan kerugian yang menimpa
a.Ternakan banyak mati
b.ditipu pembeli
2.Semangat tidak sepanas dulu
3.Sering mengambil mudah
a.Tiada persedian ilmu
b.try and error
4.Tiada modal pusingan
5.Kelemahan pengurusan
6.Masalah pemasaran
7.Payung berteduh adalah payung api

Dari kandang pertama,saya dibawa ke ke kandang kedua,saya meminta izin untuk mengambil gambar,lantas dengan senyuman En Halim menjawab,”tiada ada sebarang rahsia disini,kalau ada pun kita akan berkongsi dengan semua orang”.Saya dibenar berkeliaran disekitar ladang.

Lantas lensa kamera cap ayam (pinjam kata kata syamsulariff.com) diarahkan pada sasaran yang sesuai dan menarik.Mengambil gambar salah satu bahan utama dalam penulisan saya.Semasa aktiviti berkeliaran diladang,saya bertemu kembali dengan tukang lapah kambing.Saya disapanya,kami berkenalan.Barulah satu tahu yang beliau adalah Haji Idris Milatu,saudara tua En Halim Milatu.

Kebetulan pada masa itu proses melapah sudah selesai,dia meluangkan masa berbual bercerita tentang pengalamannya dimasa lalu.Pernah berkhimat sebagai kakitangan kerajaan selama 15 tahun dan kini sebagai ahli perniagaan.Tuan Haji seorang yang peramah dan kata orang putih “friendly”.Riak muka dan susuk tubuh masih lagi kelihatan muda.Saya tidak menjangka yang beliau telah pun di era 60-an.Dalam mula mengumpat “sakan juga orang tua ni,dengan jeans dan t-shirt “

Sambil berjalan dan bercerita kami menghampiri bangunan yang 90% siap pembinaannya.Saya difahamkan inilah impiannya sebagai seorang penternak.Pusat latihan bagi melatih penternak baru.Perkongsian ilmu yang dimiliki mereka akan dikongsi dengan sesiapa saja yang berminat.Baginya inilah tali penghubung antara dunia kehidupan dan dunia kematian.Dalam sangat maksud tuan haji.

Bangunan yang terdiri dari dewan kuliah dan asrama pelajar dibina betul betul dipuncak bukit.Dari sini kita dapat melihat panorama yang sangat indah.Kelihatan dari kejahuaan kapal kapal berlabuh di Pelabuhan Klang.Sekali lagi lensa kamera cap ayam dihalakan kesasaran.Malang sekali,hasilnya kabur,padan lah dengan harga.

Disebelah bangunan itu ,sedang dalam pembinaan adalah surau.Kemudahan untuk pelajar beribadat .Disamping itu pelawat dan pelanggan juga boleh menggunakanya.
Kalau diamati kemudahan yang terdapat disini,memang sesuailah ianya dijadikan pusat pengajian bidang penternakan kambing.

Menurut tuan haji lagi,kelas yang pertama akan dijalan pada selepas cuti Hari Raya Puasa nanti.Sedikit kenduri kesyukuran akan diaadakan pada hari pembukaan kelas pertama.Mulut “capoi” saya terus bertanya,”tuan haji jemput saya dak”.Dengan senyuman “hang insyaAllah ,pasti dijemput”.

Kemungkinan besar pada masa itu musim durian gugur.Disini juga terdapat banyak pohon durian yang kini sedang berputih.Kata tuan haji durian ini bukan untuk djual,tapi untuk saudara mara dan pelawat ladang aja.Pada hari kenduri tersebut,pasti beberapa ekor janabari dan jawa rando yang menjadi hidangan kita.Kata tuan haji lagi ,nanti kita buat BBQ kambing.Air liur saya yang kering dari tadi menjadi cair bila mendengar perkataan BBQ kambing.PASTI SEDAP..

Setelah berjam jam menuntut ilmu bersama tuan haji,saya pun meminta diri untuk beredar.Tuan haji pantang bila tetamunya pulang dengan tekak kering.Saya dibawa kesebuah dangau atau pondok rehat ditengah tengah laman rumah adik adiknya.Suasana yang nyaman dibawah rendangan pohon durian.Saya dijamu lemang dan kuih muih sebagai pengalas perut.Sebagai pembasah tekak saya dihidangkan dengan jus mangga.Terima kasih tuan haji.Sedap dan nyaman sangat.

Sambil berehat dan menjamah selera,kami bercerita tentang strategi pemasaran.Tuan haji menggunakan internet sebagai sasaran utama.Laman web pun dhasilkan oleh anak saudaranya.Sila layari TEGUH TERNAK. Setiap kenderaan milik keluarga tuan haji akan terpampang dengan pelekat http://www.kambing.net/. Cuma anak sulungnya saja yang enggan keretanya dilekatkan.Menurut tuan haji anaknya itulah yang banyak menyumbang modal besar untuknya dan saudara maranya memulakan bisnes keluarga ini.

Susu kambing segar milik TEGUH TERNAK ada dipasarkan di Pasar Tani sekitar Klang dan Shah Alam.Disamping itu juga pelanggan boleh membeli diladang TEGUH TERNAK dengan harga yang mat berpatutan.

Hasil pengamatan saya dari cerita tuan haji dan en Halim Milatu,mereka ini adalah sebuah keluarga besar yang bahagia.Mereka menterjemahkan hiraki kekeluargan dengan baik dalam perniagaan ini.Yang muda sangat menghormati yang tua walaupun modal sebahagian besar darinya.Tuan Haji memainkan peranan dalam aktiviti pemasaran.Encik Halim Milatu sebagai pengurusan hal ehwal ladang.Beliau sangat mahir dengan kambing.Lagi seorang saudara mereka En Kamal Milatu,beliau memainkan peranan dalam hal ehwal kewangan.Semua ada tugas masing masing dan paling penting ikatan persaudaraan yang sangat kukuh dan bahagia.

Masa sangat mencemburui saya,salam perpisahan dihulurkan.Kami berjabat tangan sambil diiringi doa selamat jalan.Jemputan ke Jamuan Makan petang itu ditolak saya kerana kepadatan jadual.Saya melangkah pergi dengan gembira,tuan haji telah menghalalkan ilmu yang diperturunkan pada saya.

Akhir bicara dengan lafas “BISMILLAHIROHMANIROHIM,semoga Ladang TEGUH TERNAK diberkati Allah selalu.AMIN

KLIK DISINI UNTUK LIHAT GAMBAR.

WASSALAM
abghalim

6 comments:

Tanpa Nama 4 September 2007 3:46 PTG  

cerita yang menarik dari abghalim... saya dapat fahami perasaan dan dapat selami apa yang abghalim lalui ketika berkunjung ke teguh ternak. pengajaran yang dipelajari, yang muda harus hormati yang tua walaupun sebesar manapun budi yang ditaburkan. lebih2 lagi mereka itu orang tua kita. semoga hubungan abghalim dengan teguh ternak tak putus. semoga lebih berjaya kepada teguh ternak.

abghalim 4 September 2007 4:13 PTG  

anonymous....saya tulis cerpen ka?
Rasanya cerita tu pengalaman perjalanan dan promosi ladang ternakan .Mungkin jiwa saya romantik kot sampai ada orang tersentuh hati bila membacanya.

Apapun terima kasih dengan komen anda

TEGUH TERNAK 5 September 2007 8:57 PG  

Assalamualaikum Encik Halim;
Kami di Teguh Ternak mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian saudara menulis mengenai kami dan memaparkan dalam blog saudara. Semoga lebih ramai yang akan mengetahui akan usaha kami ini. Terdapat sedikit kesilapan kecil dalam penulisan tersebut, namun ia tidak memerlukan pembetulan. Terima kasih juga diatas maklumat yang saudara kirimkan mengenai khasiat susu kambing. Saya akan cedok untuk pamphlet yang sedang kami usahakan. Jangan lupa mengunjungi kami semasa musim raya - kerana pastinya durian kami telah mula gugur. Sekali lagi, terima kasih. Wassalam.

abghalim 5 September 2007 9:03 PG  

Salam Teguh Ternak
Maaf dengan kesilapan itu.InsyaAllah saya akan betulkan.Harap pihak Teguh Ternak dapat Highlight perkara itu.Maklumlah penulisan by head.
Apapun terima kasih dengan kerjasama anda.

aDi 12 September 2007 5:36 PTG  

erm...
bila baca ceriat abg Halim ni terasa mcm lama sungguh tak ke Teguh Ternak. Walhal bulan May lalu saya datang bali kambing kat sana. Sekarang nih dah macam2 bangunan lain naik pula. Masa Kami datang pon ade sembang ngan kawan saya masa datang tuh ' tempat nih kalau buat pusat latihan mesti best sebab keadaan yang tenang dan nyaman

abghalim 12 September 2007 6:31 PTG  

Adi

Cerita tentang kebaikan orang lain akan dibalas dengan berganda kebaikan kita.

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP