LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

Projek Inkubator Ternakan Ruminen

Kiriman:ISMAIL HAJI HASHIM

Projek tersebut terletak di Parit Kadir, Senggarang Batu Pahat, Johor. Hasil usahasama syarikat kami, E Digital Solutions dengan rakan niaga di sana. Syarikat kami merupakan pengimpot dan wakil pemasaran bahan bahan rujukan dari penerbit dari seluruh dunia. Kami mewakili kepentingan lebih dari 170 penerbit ternama dari seluruh dunia tak termasuk dari Malaysia. Minat saya yang mendalam terhadap ternakanlah yang mendorong saya menimba ilmu dengan mengikuti kursus2 dan seminar2 penternakan.

Rakan niaga kami merupakan bekas mahasiswa UM didalam khusus bidang pembiakan kambing. Nama jermasia adalah nama kambing yang kami biakkan di sana hasil kaji selidik UM lebih dari 30 tahun. Jermasia bermaksud baka kambing jantan Jerman dikacukkan dengan baka kambing katjang betina Malaysia, so dapatlah keturunan baka jermasia.

Kami tak nak berlumba lumba mengimpot baka boer atau jamnapari atau apa apa baka baka lain seperti orang lain. Biarlah mereka mencuba, kami usahakan apa yang dah ada di tempat kita. Mungkin tak ramai yang nak buat kajian tentang pembiakan kambing, baka boer memang bagus di AU, kat Malaysia nie mana ada baka tersebut yang dah boleh dibanggakan tahan penyakit. Kebanyakan pengimpot tak bawa baka yang baik, kebanyakannya bawa baka yang scrap, lalu kerajaan pun bayar jutaan ringgit sebagai subsidi dan geran untuk biakkan baka boer dan jamnapari scrap.

Projek kambing boer Pak Lah di Penang pun hampir nazak......

Untuk baka jamnapari pula, kalau nak jual sup tulang bolehlah ternak baka nie....daging tak banyak. Kalau dah ada boleh lah crosskan induk betina dengan baka lain untuk memendekkan dan membulatkan badan anak2 yang bakal lahir.

Ok berbalik pada projek inkubator ternakan ruminen (kambing dan bebiri) nie, sebenarnya saya dan rakan niaga bertujuan untuk membimbing bakal usahawan atau sesiapa saja yang berminat untuk memulakan bidang perniagaan ini dengan modal yang kecil. Kami sediakan segala kemudahan seperti induk betina, pejantan jermasia, perubatan, penjagaan, pekerja, sewa kandang, permanian beradas (a.i) dari baka jermasia untuk induk yang telah melahirkan anak peringkat kedua dan seterusnya. Bukan itu saja kami juga akan membeli balik anak anak kambing jantan dari peserta inkubator untuk dijadikan sajian makanan. Juga usaha bimbingan untuk menjadikan setiap peserta inkubator sebagai usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.

Kami jangkakan dalam masa 2 tahun setengah setiap peserta inkubator, insyaallah akan mendapat anak tidak kurang 50 ekor hasil dari sistem pembiakan yang kami jalankan berasaskan dari 10 ekor induk betina, ini tak termasuk anak anak yang lahir dari pusingan pertama atau kedua betina , yang telahpun melahirkan anak.

Jadi dengan bermodalkan hanya RM13,000.00 sahaja peserta inkubator akan mendapat induk betina sebanyak 10 ekor yang berharga RM10,000.00 sementara RM3000.00 (setiap bulan RM250.00 untuk 10 ekor induk x 12 bulan) untuk bayaran makanan, sewa kandang, gaji pekerja, perubatan, permanian beradas (a.i) dsbnya untuk tempoh setahun. Hasil anak yang lahir adalah kepunyaan mutlak peserta inkubator.

Bayaran tambahan untuk anak anak kambing yang lahir dan tak dijual hanya dikenakan kepada peserta inkubator setelah anak anak kambing tersebut berumur lebih 3 bulan dari tarikh kelahiran. Dalam masa kurang 3 bulan, makanan, tempat tinggal anak2 kambing tersebut adalah percuma. Kami mengalakkan supaya peserta inkubator menjual kesemua anak anak jantan dan menyimpan anak anak betina bagi tujuan pembiakan seterusnya.

Tiada bayaran tambahan kecuali bayaran insuran gerompok untuk mengelakkan kerugian akibat kematian dsbnya. Saya masih lagi mencari2 polisi yang boleh underwrites insuran gerompok nie.

Kami mengalu alukan bakal bakal usahawan atau sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami dalam Projek Inkubator Ternakan Ruminen (kambing dan bebiri). Kami lakukan pekara ini kerana ianya adalah fardhu kifayah keatas kami dan juga tuntutan Allah dan rasul, ternakan dan perniagaan adalah sunnah rasul.

Semuga Allah swt memberkati segala usaha kami didunia dan ahirat, amin.

Wassalam, Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak.

Ismail Haji Hashim
Pengarah Urusan
e Digital Solutions
9-1 Jalan 3/4C
Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

Tel: +603-4147-4879
Fax: +603-6186-4879
Mobile: +6012-631-2537
Email :
ismail.eds@myjaring.net
jermasia@yahoo.com

2 comments:

mybob 6 Oktober 2007 5:51 PTG  

salam semua...

saya nak beri komen sikit kepada artikel ni abg halim..saya tak pasti mana abg halim dapat dari mana sumbernya. Tapi apa yang saya boleh komen kenyataannya kurang bernas sedikit..tak pasti sama samada newbie yang tak faham dunia kambing atau saja2 tak faham. Biar apa pun baka apa yang kita nak pelihara itu bergantung pada pengetahuan kita sendiri dan pengalaman kita sendiri. Apa yang kita nak buat..kita buat tapi tak payah lah nak kondem baka lain..sedangkan kita tidak tahu apa yang kita komenkan..realitinya bila sesuatu bidang skalanya menjadi semakin berkembang..sudah tentu ada sahaja pihak yang memanipulasikan sumber yang ada untuk menambah keuntungan..saya sendiri tahu akan kehadiran kambing scrap dari luar negara samada dari australia atau pun indonesia. Tentang baka jermasia saya pun tak nafikan ada potensinya sendiri..saya sendiri pernah pergi ke pusat penyelidikan di UM, malah makan sup kambing jermasia lagi kat situ..video AI ke atas seekor kambing jermasia sebenarnya ada di blog saya dibahagian video gallery..so kalau nak cerita bab jermasia..saya rasa saya tahu apa yang saya boleh komen...well kita tak perlu nak mebanggakan diri dengan cuba mejatuhkan orang lain..saya masih ingat kata ini "dunia kambing di malaysia ni sebenarnya tak sebesar mana..insyallah pusing2 jumpa muka tu juga" jadi hati2 lah dengan apa yang kita nak katakan..kang kena boikot dengan persatuan kambing semalaysia baru tau...hahhahahahaha

wassalam

abghalim 7 Oktober 2007 9:48 PG  

Terima Kasih Mybob dengan komen anda
Artikel ini ditulis oleh
Ismail Haji Hashim
Pengarah Urusan
e Digital Solutions
9-1 Jalan 3/4C
Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP