LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

KEPADA OTAI DAN SIFU : TOLONG JAWAB SOALAN INI

KEPADA OTAI DAN SIFU : TOLONG JAWAB SOALAN INI

MENGUNAKAN SEMULA SISA TANAMAN (BATANG) JAGUNG UNTUK MAKANAN (SILAJ)
TERNAKAN LEMBU PEDAGING
PROSES MEMBUAT SILAJ BATANG JAGUNG (100 KG)
Batang jagung segar dicincang

Masuk dan memampatkan
Kedalam bekas kedap udara

Siram dengan larutan
Garam 1kg.+ UREA 1/2 kg.
Molases 1kg. + Air 4 liter

Tutup rapat
(Kedap udara)

Peram selama 21 hari

silaj
Panduan ini saya perolihi dari laman blok penternakan.

Saya ade beberape soalan yang hendak diajukan:

1) sekiranya silaj napier adakah perlu untuk siram dengan larutan garam+urea+molases+air seperti pembikinan silaj batang jagung manis di atas?

2) Sekiranya perlu, bolehkah saudara memberi panduan proses membuat silaj rumput napier di dalam tong silo mengikut acuan saudara?

3) Saya terbaca satu artikal tentang mesin pemampatan rumput untuk membuat silaj yang direkacipta oleh jph. Berdasarkan pengalaman, bolehkan abg halim ceritakan kaedah lain yang abg halim gunakan untuk memanpatkan napier di dalam tong silo.?

Saya Izwan Salleh, menetap di Pahang.berminat dengan industri ternakan kambing dan sekarang sedang mencari ilmu berkaitan dengan ternakan kambing ni. Kerjasama dari pihak saudara amat2 saya hargai sekian/0196097606

5 comments:

Kuli Ladang 21 September 2007 10:35 PTG  

salam ramadan..

ni bukan cerita saya ni sifu ka otai..lebih kurang ja dengan geng2 baru..ada ilmu lebih pastu kongsi2..tp kalo silap mintak yg lain perbetulkan..

sebelum saya jwb soalan tu, saya nak tegaskan kat sini, kalo napier tu lebih baik beri secara fresh dan sebagai makanan hijau..tak payah susah2 buat silaj ka apa ka kecuali napier tu terlebih potong atau amik kat tepi sungai secara banyak..silaj ni bertujuan utk saport rumput dengan hasil sisa pertanian yang lain sprt batang jagung,padi dan sebgainya..bukan utk tujuan utama pemberian makanan ternakan..dia mcm makan nasi dengan makan tapai la..tapai mmg sedap tp still nasi putih tu makanan asasi..tapai tu buleh la sekali sekala..contoh la..

ok menjawab soalan saudara..bg saya proses tu sama ja dengan napier..perkara asas seperti penambahan molasses dan urea serta garam tu utk mengantikan protin serta kandungan nutrien yg lain yang hilang semasa proses pemeraman tu..penggunaan bahan asas tu juga membantu proses pemeraman tu berkesan dpt diperam dengan elok..boleh jugak tambah dedak padi, mikrob em ka, apa2 la yg dirasakan perlu dalam silaj tu..

mesin pemampat tu dipanggil silo tower(yer kot?)..dengan mesin ni kita boleh mampatkan silaj kita sekali malah 2 kali ganda rumput yang hendak diperam tu berbanding manual (naik atas tong n pijak rumput tu bagi mampat)..bila mampat ruang angin tu jadi kecil dan memudahkan proses pemeraman silaj tu..

sekadar yg saya tau la..mungkin ada maklumat, idea serta pandangan lain dari rakan2 ternak lain..atau boleh juga tegur sekiranya maklumat yg saya beri ni salah..sama2 belajar

nasri
http://kelian-farm.blogspot.com

Kuli Ladang 21 September 2007 10:43 PTG  

alamak silap la..

yg dimaksudkan tu bukan silo tower..yg tu inovasi terbaru dr jph dipanggil silager..ianya merupakan kombinasi alat pemampat, penyedut udara dan tong plastik diubahsuai utk pengeluaran silaj yang berkualiti yang dapat menjimatkan kos, masa, meningkatkan hasil kerja dll..

Tanpa Nama 24 September 2007 3:53 PTG  

abg halim... ttg silaj tu, gula molaj penting dicampur dalam silaj krn ia membekalkan nutrien tambahan kpd binatang ternakan. utk bg gemuk dan sihat

SYAM

ZULUBRAVOROMEO 25 September 2007 10:36 PG  

salam bang, mollasses tu aper? dan aper pula gula molaj, mohon beri penjelasan yg detail. sekian tima kasih daun keladi

Tanpa Nama 27 September 2007 11:32 PTG  

moloases tu sisa akhir drp proses gula tebu..sebelum jd molases tu jd gula merah..molases ni kita bagi sebagai supplement tambahan kepada ternakan samada campuran dalam minuman, makanan dan galian blok..molases sesuai utk digunakan sebagai menambah tenaga ternakan dengan kandungan tdn yang tinggu..kalo ternakan kurang selera makan, kurus, lepas beranak mmg sesuai diberi molases ni..dalam pembuatan silaj pun digunakan jugak..tp kalo susah nak cr molases ni boleh guna gula merah tp kos mahal la sikit..

nasri
http://kelian-farm.blogspot.com

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP