LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

MENULIS UNTUK BERSAHABAT

LATA BAYU BALING

MENULIS UNTUK BERSAHABAT

Salam Syaaban (Nisfu Syaaban) pada semua pembaca yang budiman.Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi ruang pada kita untuk bersama.
Pada 15hb Syaaban nanti semua amalan baik dab buruk kita akan di hantar kehadrat Allah swt.Selepas itu bermulalah buku baru dalam kita meneruskan kehidupan seterusnya.Dalam kita akan menghadapi bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini,marilah kita merenung sejenak diri sendiri.Bagaimana dengan amalan yang lalu,Ok ka atau just nice.Biarpun apa penilaiannya,jangan kita lupa memohon keampunan dariNYA,seperti FIRMAN NYA yang bermaksud

".....dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang orang yang beriman supaya kamu
berjaya."

(surah al-Nur 24:31)

Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini memberi lebih kejayaan pada jualan ternakan kita.Sememangnya bulan Ramadan ini suasana di ladang ternakan amat sibuk menerima tempahan ternakan untuk dipasarkan.Proses penghantaran dan ada juga proses penyembelihan perlulah diawasi dengan baik dan cekap.Ini perlu bagi memastikan pesanan sampai tepat pada waktunya.

Sebelum menjelang Aidil Fitri pada pagi Syawal,janganlah kita ALPA pada yang memerlukan.Bersedekah dan berzakatlah sekiranya pendapatan kita cukup haulnya.Semasa bersedekah dan berzakat, lihatlah saudara mara kita yang paling dekat,kerana ini lebih afdal.Jangan terlepas pandang agar nanti zakat dan sedekah kita menjadi sia sia.Dengan hubungan kekeluargaan menjadi lebih akrab,kerana jurang kaya dan miskin telah dihakiskan.

Sekiranya semua ini telah diambil kira dan tiada yang layak,maka kita carilah dan bantulah mereka yang memerlukan agar diringankan penderitaan mereka.

HABLUN MIN AL-NAS merupakan hubungan manusia sesama manusia yang berhubung dalam bentuk bentuk seperti berikut sebagaiman firman Allah yang bermaksud:

"Semua mukmin bersaudara."
(surah al-Hujurat 49:10)

"Hendaklah saling bantu membantu dalam kebajikan dan ditergah bantu-membantu dalam permusuhan".
(surah al-Ma'idah 5:3)

"Apabila menjatuhkan hukum mestilah adil"
(surah al-Nisa 4:57)

"Aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu"
(Surah al-A'raf 7:68)

Keikhlasan beribadah kita akan menjadikan kita lebih tenang bagi menhadapi hari hari yang mendatang.Jiwa yang tenang ini dapat memberi kita lebih keyakianan dalam meneruskan cita cita kita dalam industri penternakan.Dengan ini sekiranya ada di kalangan sahabat yang ingin menceburi bidang ini,dapat juga kita membantu dengan sebaiknya.

Memberi khidmat nasihat yang IKHLAS pada sesama kita,besar pahalanya.Ilmu yang kita ada dikongsi dengan sesama kita besar ertinya bila kita sudah tiada.Kerana hidup ini pasti ada penghujungnya.Tiga perkara yang dapat menghubung kita selepas tiada hanyalah:-

1.Anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.

2.Amal Ibadat kita

3.Ilmu yang dapat dimanafaatkan oleh orang lain.

Janganlah kita MENYOMBONG diri dengan pengalaman yang kita ada.Sesungguhnya Allah amat benci pada makluk yang sombong.Sikap ini samalah seperti sikap IBLIS laknatullah yang sombong dan berbangga diri dengan kehebatan dirinya,sehinggakan dia dihumban keluar dari SYURGA.

Tiada akan kurangnya ILMU itu kalau dicurahkan,malah bertambah berkat dan dilimpah ruah lagi pada kita.Itu janji ALLAH pada kita.Walaupun kita berpengalaman luas dalam bidang penternakan,kita digalak menuntut dan menambah lagi ilmu hingga ke liang lahat.Sabda Rasullullah SAW,bermaksud:

"Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negeri China"

"Menuntut Ilmu itu adalah wajib bagi semua umat Islam"

Siapalah kita tanpa kurniaan ALLAH.Kita makluk bersifat BAHARU dan tidak akan kekal selamanya.


WALLAHUALAM

SALAM IKHLAS
abghalim
Jumaat 24-8-07 12.05pm

0 comments:

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP