LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

KELIAN FARM

abghalim dan Nasri

KELIAN FARM

Kunjungan kali kedua baru baru ini,membawa pelajar USM untuk menemuramah
Encik Nasri pemilik Kelian Farm.Ladang
yang telah dibuka pada bulan Ogos 2006 ini,bermula dari kesedaran seorang anak muda yang ingin berbakti pada tanah tumpahnya.Jesteru itu beliau telah melanjutkan pelajaran lagi (setelah memiliki ijazah dari UTM) diperingkat
SKM 1 dalam bidang pentenakan di Intitute Haiwan Kluang Johor selama enam bulan.Selepas itu beliau bekerja sebagai pembantu ladang di Pasir
Gudang Johor selama beberapa bulan.Akhirnya beliau pulang ke kampung
halamannya di Baling untuk meneruskan kerjayanya dibidang penternakan ruminan.Sebagai lepasan ijazah,cabaran pertama yang ditempuhinya adalah
menyesuaikan diri dengan kerja yang tidak bertali leher.
Berlatarbelakang keluarga pendidik,yakni kedua ibubapanya adalah guru.Pahit getir yang dilaluinya amatlah perit.Kematian demi kematian kambing peliharaannya hari demi hari menginsafkan dirinya pada kebesaran ILAHI.Setelah usaha 110% komitmen yang
dicurahkan,hanya tawakal kepadaNYA adalah jalan terakhir.
Berkat kesabaran beliau dari 10 ekor kambing kini melebihi angka 60 ekor dan dijangkakan akan dibesarkan lagi dalam beberapa bulan ini.

Syabas dari pihak USM dan Ladang Ternakan Ulu Yam pada Siswazah
Usahawan Ruminan,Encik Nasri.Semoga anda akan berjaya dan terus maju.
Kita akan bekerjasama dimasa mendatang.


abghalim bersama Pelajar USM
abghalim bersama BOER

3 comments:

USM's student 21 Ogos 2007 2:58 PTG  

thank you abghalim coz guide us to KELIAN FARM. thank you also for all your information about breeder and your 100% cooperation. thank you so much... from us, USM's students...

Kuli Ladang 21 Ogos 2007 11:42 PTG  

hahaha..gambaq saya tak senonoh betoi..ok tak intebiu aritu bang? ke banyak yang kelaut je jawapan2 tu..satu lg..apa kaitan asigmen komunikasi depa dengan projek kambing ni..lupa nak tanya

USM's Student 5 September 2007 12:42 PTG  

tidak ada apa2 kaitan... kami cuma perlu mempelajari pelbagai teknik komunikasi yang digunakan setiap orang termasuklah komunikasi lisan dan bukan lisan. KELIAN FARM bertuah kerana menjadi pilihan kami untuk ditemuramah. secara tak langsung dapat mempromosikan KELIAN FARM termasuk ULU YAM kepada warga USM. walaupun bukan seluruh, tapi sebilangannya pasti akan baca mengenainya. terima kasih kepada en.nasri kerana beri kerjasama yang sepenuhnya...

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP