LTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG LTU...MUSIM QURBAN BERMULA..SILA SINGGAH KE LADANG TERNAKAN ULU YAM UNTUK MELIHAT SENDIRI TERNAKAN KAMI ATAU HUBUNGI 0192195589 Puan Zaitun OR En Sidek 012-3770445

HOBI PENTERNAK



Salam Penternakan kepada pembaca blog
ini.Kekadang saya tertanya tanya pada diri
sendiri,patutkah saya lari dari tajuk penternakan
dengan menceritakan hal-hal kehidupan?
Jawapan saya ko belasah aja..hahahaha.

Hari ini saya nak ceritakan tentang aktiviti saya
pada setiap hari Sabtu dan Ahad.Hari-hari biasa
saya bekerja di www.winpaq.com.Minggu kedua
setiap bulan pada Sabtu dan Ahad saya akan ke
Kampus USM belajar.Sekiranya ada rezeki saya akan
ke ladang ternakan sahabat yang menjemput atau
memberi khidmat nasihat pada penternak baru.Pada
Akhir bulan ,Sabtu dan Ahad saya akan ke
KL,Klang,Shah Alam atau Ulu Yam.
Bila ada masa terluang aja,saya akan menggalas
beg dan berpakaian sukan dengan menungang
motosikal EX5,saya akan menjalani aktiviti
kegemaran saya,iaitu mendaki bukit.Dah banyak
bukit yang telah saya tawan dikawasan utara.Cuma
beberapa buah gunung ja yang dah ditawan.
Baru baru ini saya berpeluang mendaki Bukit
Bendera.Pendakian bermula dari Taman Belia atau
Taman Bandaran(berdekatan Botinical
Garden).Perjalanan ke kemuncak yang melebihi 1000
kaki itu mengambil masa lebih kurang 3 jam.Dalam
perjalanan ke kemuncak Bukit Bendera 90% pendaki
adalah mereka berbangsa Cina,Melayu 6%,India 3%
dan lain lain 1%.Fakta ini juga lebih kurang sama
pada setiap bukit yang saya daki.Dari Bukit Larut
di Perak hingga bukit bukit di Kedah dan Pulau
Pinang.Jarang orang kita melakukan aktiviti
sebegini.Entah kenapa? Atau kita bersenanam
dengan aktiviti yang lain kot.

Bila saya mendaki kepuasan yang saya dapat adalah
dapat menikmati kesegaran udara yang nyaman lagi
segar (saya kaki rokok) berbanding hari
biasa.Kehijauan hutan serta pemandangan yang
saujana mata memandang.Mengkagumi anugerah ILAHI
dan menginsafi KEBESARANNYA.
Disini saya berkongsi gambar gambar pemandangan
dari Bukit Bendera.

1 comments:

vangardx 24 Ogos 2007 12:08 PG  

salam abg halim, ape kaba? jarang update blog skang, singgah blog sy pun tak :( huhu, mcmana dgn soalan sy tempoh hari nak tukar theme tak? kalau nak sy boleh cuba ubahkan kasi layout lebih tersusun, insyallah sy cuba :D

About This Blog

Blog Ladang Ulu Yam dibina sejak 2007
Sila hubungi uluyamfarm@gmail.com
019 2195589 or 012-3770445

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP