DOSA AYAH (semperna hari bapa)
Anak-anakku Ampun dan maaf kerana merontan kalian Ayah zalim dan kejam pada kalian Ketika kalian semua engkar membaca buku Ketika kalian culas mengaji Ketika kalian menderhakai ibumu
Anak-anakku Ampun dan maaf kerana merontan kalian Ayah tahu kalian sakit Hati meronta Mendendami ayah Kerana kalian cuma melakukan sedikit kesalahan Kerana tidak mandi petang Kerana tidak ke kebun getah
Anak-anakku Ayah mohon maaf Kerana terpaksa berkahwin lagi Kala ibumu ke rahmatullah Kala kalian memerlukan ayah Kala kalian diperantauan Kala ayah kesunyian
Anak-anakku Ada yang bergelar Dato Ada yang bergelar ahli perniagaan Ada yang bergelar pegawai Ada yang menjadi kuli cabuk Ayah menghormati kalian Kerana kalian bijak pandai Kerana petah berbicara Kerana kalian ternama Kerana kalian telah berjaya Kerana kalian kaya raya
Anak-anakku Ampunkan dosa ayah Kerana ayah tak sempurna Seperti ayah ayah orang lain Ayah begis Ayah garang Ayah tidak pandai membahagikan kasih sayang Ayah banyak dosa dengan kalian
Anak-anakku Hari ini hari ayah Ayah tak tahu Ayah cuma tahu hari raya Ayah tak pernah mengharap apa-apa Cuma kehadiran kalian ke syurga
Anak-anakku Dari hujung rambut Hingga hujung kaki Ayah mohon jutaan keampunan dari kalian Kerana ayah berdosa pada kalian Hukumlah ayah Ayah tak pernah minta kamu mengjenguk ayah Ayah tak mengharap kiriman wang pos Ayah dah tak ada apa-apa lagi Cuma menghabikan sisa-sisa usia tua Dimuka pintu
Anak-anakku Ayah doakan kalian berjaya menjadi Muslim dan muslimat Jangan jadi bodoh seperti ayah Jangan macam ayah mendidik kalian Ayah pohon kehadrat Allah Agar kalian menjadi ayah dan ibu yang berjaya
Anak-anakku Ampun dan maaf
Baca Selanjutnya Disini!
|